DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Sabtu, 2 Februari 2013

Berubah.


Kanak-kanak yang berani. Sumber goggle

 Sorang kawan semaktab dahulu mengisi wall di fb gambar anaknya sedang berada nun di puncak menara TNB.Anak nya sudah bekerja dengan TNB.
“Inilah anak aku,kecik-kecik dulu penakut,naik papan gelongsor kena pak dia dukung,naik buai apa lagi,mak dia dukung duduk kat buai,paknya yang tolak,la nia boleh dia panjat menara TMB,aku yang seriau. Macamana boleh jadi berani lagu tu aku pun tak tau lah”

Ketawa saya,
 
Masa kecil dahulu saya ada sepupu yang nakalnya sehingga saya trauma  mahu mendekat,seboleh-bolehnya elakan dari bertemu dia.Dia pernah membaling kepala saya dengan batu sehingga sekarang sakitnya masih terasa.Namun sekarang dia telah menjadi orang penting dalam pejuangan dunia Islam.Memunafaatkan kekutan jiwa,akal fikirannya untuk agama.Pengikutnya di FB dan blog begitu ramai,bukan sebab cerita yang lagha,tapi ilmu dan pengalamannya yang dikongsikan.Walaupun sakit balingan batunya masih terasa, saya bukan menyimpan dendam tapi menjadikannya sebagai kenangan,kesakitan dari seorng ikon Islam zaman mutakhir.Tangan yang membaling batu itu melambangkan kekuatan jiwanya.

Saya pernah menerima sekeping kad hari raya dari seorang bekas pelajar yang sedang berada di IPT sedangkan semasa sekolah rendah dulu belilau adalah salah seorang pelajar corot. “Cikgu,saya sebenarnya malu nak bagi kad ini sebab semasa sekolah dahlu saya tak pernah dapat hadiah semasa hari ucapan,cikgu pernah cakap tak semestinya masa sekolah kita tak pandai kita tak boleh berjaya masuk universiti,saya masih ingat lagi kata-kata cikgu” Basah jiwa saya membacanya

Anak teruna saya semasa kecil dulu tidak suka dipeluk,dia akan mengelap pipinya bila dicium.Sangat kerap tersumbat.apabila keperluannya tidak dipenuhi dia akan membatu seperti patung.Sangat membimbangkan saya.Tapi bila telah mengakhiri zaman remaja,bila mahu berpisah atau baru bertemu dialah yang paling erat memeluk saya,dan sangat senang mengendalikannya,baru-baru ini dia mahu menghadhiri satu temuduga,mengajak kakaknya membeli baju baru,bila saya cadangkan tidak perlu membeli baju baru,pakai sahaja baju abah,pilih sahaja masih cantik.Sungguh tidak menyangka yang dia akan bersetuju,dan Alhamdulillah dia lulus temuduga untuk menjadi pegawai kapal. Semasa bermain ditepi pantai dia sangat takut bila ombak datang,habis semua orang dipanggilnya naik,untuk ke gigi air dia akan mengesot seperti penyu.Apabila besar dengan gagahnya dia menempuh gelombang setinggi pokok yang melanggar kapalnya.Entah sejak bila berubah saya pun tidak sedar.

Anak gadis sulung saya sewaktu kecil dahulu juga sangat membimbangkan saya ,sangat tidak peduli pada orang sekeliling.Adik kecilnya disebelahnya menangis sampai biru pun,dia dengan selamba meneruskan kerjanya mewarna gambar. Satu ketika adiknya telah disengat tebuan,seperti tertutup telinganya terus sahaja dia membaca buku cerita. Apalah akan terjadi pada anak sulung saya ini bila besar nanti. Bimbang saya. Namun bila dia telah dewasa,dialah paling cakna pada adik-adik.Mudah dia mengeluarkan bantuan dan RMnya demi adik-adik.Bila dia sedang bercuti, dialah yang saya harapkan menghantar embah-embahnya ke kelinik atau kemana-mana tempat yang dihajati mereka.

Ada juga segelintir bekas pelajar saya yang dahulu semasa kecil cerdik,keletah,ramah mesra,tapi bila telah dewasa boleh dia buat tak kenal pada kita bila terjumpa di majlis kenduri atau di pekan,malah kita yang menegur dahulu.

Begitulah,bila saya telah memasuki gerbang usi emas ini saya telah berpeluang melihat perkembangan manusia,dahulu begitu sekarang begini,dahulu begini sekarang begitu. Kadang ada kawan-kawan yang masih muda,mengeluh tentang perilaku anak-anak. Saya cuma dapat mengongsikan pengalaman.

Sebenarnya kanak-kanak yang nakal itu dia mempunyai kekuatan semulajadi iaitu berani,cekal dan berjiwa pejuang. Seandainya jiwa itu disi dengan iman InsyaAllah,mereka nanti akan menjadi pejuang Agama. Berani membetulkan yang hak. Tidak gentar menghadapi kepayahan . Namun Ibubapa  idak boleh berhenti  untuk berusaha dan berdoa untuk membentuk dan mengaplikasikan kelebihannya. Anak yang suka menjawab dan suka melawan,bentuk dia menjadi seorang pendakwah yang berani menegur kesalahan,tatapi dengan adab dan hikmah bukan secara gelojoh dan beremosi.

Ada juga kanak-kanak yang lambat kemahiran membaca.Jangan mengalah usaha disamping doa,ajari sahaja,satu ketika dengan tiba-tiba terbuka mindanya,terus sahaja lancar membaca.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang cerdik,cepat kemahiran membacanya,senang urusannya,jangan leka,itu juga ujian,adakah kita akan menjadi ujub dan riak dengan membangga-banggakan kelebihan bahawa akaulah ibubapa yang pandai menjaga anak.Waspada kadang-kadang satu ketika anak itu mejadi beban kepada kita melalui perkara lain pula yang kita tidak menyangka.
Walaubagaimanapun perlu waspada pada anak-anak yang suka menipu dan mencuri,kedua-duanya adalah sifat yang berkaitan. Ianya juga seperti bakat. Dalam menghadapi anak-anak jenis ini ibubapa perlu melakukan sesuatu, samada muhasabah diri ibubapa dan bertaubat dari melakukan pencarian rezeki yang tidak halal,sebab jika bertuerusan kebiasaan mencuri itu akan menjadi sebati pada dirinya dan akan menjadi lebih advanc lagi.Begitu juga kanak-kanak yang suka menipu.dia mempunyai bakat untuk berpura-pura dan berlakon.Kalaulah dia menjadi pelakon terkenal tidak lah mengapa tapi dia akan menjadi manusia punya dua identiti.
Sabda Nabi SAW " Didiklah anakmu dengan 3 perkara-cintakan Nabi SAW, kasih kepada ahli keluarganya dan membaca al-Qur'an". Nabi juga berpesan " Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam), maka kedua orang tuanya yang meYahudikannya, atau meNasranikannya atau meMajusikannya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular