DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 19 Februari 2013

Fitnah iblis

http://3.bp.blogspot.com/-WOxGbxCHbro/Tgc93GBHvlI/AAAAAAAAANc/mU9JTZtG130/s1600/ayatkursi2.jpg 



Petang itu Kak Jannah berkunjung ke rumah,menghantar kad jemputan.Sembang punya sembang,memujilah keistimewaan kuih-kuih Kak Nona yang dijual setiap pagi di pondok pisang sesikat disimpang jalan.Bukan sahaja sedap tetapi juga murah,mana ada orang jual kuih 4 biji seringgit lagi.Kak Nona kata buat apa dia jual mahal-mahal bukan dia kena bayar cukaipun.

"Kesian Kak Nona,dia rasa nak berhenti je jual kuih,sebab tempahan dari orang ramai pun sudah cukup,menanggung mereka anak-baranak,tapi kesian kata orang kampung,pagi-pagi nak serapan."Kata Kak Jannah.

"Kenapa berhenti?"Saya bertanya.

"Macamana Makbonda,kuih habis licin jualannya tapi bila bukak tempat simpanan duit,betul-betul dapat pulang modal je" Dengan wajah kasihan.

"Hilang? Dah pereksa betul-betul?"Saya meminta kepastian.

'Udah.Dah selalu jadi macam tu,dia dah letak surat Yassin kat bekas duit tu,tapi hilang juga."

"Surah Yassin bukan untuk diletak je Kak Jannah,kena baca. Baca pun kalau tak dihayati tak berkesan juga"

"Dia tak berapa pandai baca makbonda.Selalu jadi macamni. Dulu bila hari sukan kat sekolah tu ramai yang berniaga,tapi tulah barang jualan habis tapi duit dalam bekas pun habis,sekarang dah tak de orang berniaga lagi.Tapi hairannya orang kantin sekolah tak pernah pulak kena,Kedai runcit Kak Bedah pun tak pernah kena,entah di pilih-pilih pulak"

Kasihan Kak Nona,segala penat lelahnya tidak berbaloi. Untuk menghentikan jualannya dia pula yang kasihan pada orang kampung. Dari cerita-cerita mulut yang kurang jelas buktinya,ini adalah satu jenayah yang menggunakan makhluk spesis iblis yang dipelihara oleh seseorang.Ceritanya juga ada  di sini

 Tidak selesai lagi ancaman pencuri berbentuk manusia,makluk punca segala kejahatana tidak akan berhenti membuat kerosakan hingga tiba hari kiamat.

Seorang sahabat suami saya.Beliau seorang guru. Mengikut cerita dari mulut ke mulut,datuknya dahulu adalah terlibat dalam jenayah ini. Namun apa yang saya perhatikan sekarang adik  beradiknya semua berjaya dalam hidup dan tinggal melata.Hanya beliau yang tinggal dikampung mendiami rumah pesaka.  Isterinya berasal dari tempat lain yang jauh dari sini.Keterampilannya begitu muslimah lagi,dengan jilbab yang labuh dan pakaian yang longgar,tanpa tabarruj. Sekarang ini isterinya telah terpalit dengan fitnah ini. Menurut buah mulut masyarakat setempat,sesiapa yang berurusan pertukaran kewangan dengan isterinya akan kehilangan wang,temasuk semasa menyumbang kenduri.Tuan rumah akan memisahkan wang pemberiannya dari stok simpanan yang lain,kalau tidak stok wang itu akan susut. Kisah ini menjadi buah mulut masyarakat tanpa pengetahuannya.

Saya simpati padanya. Kalaulah dia tahu apa yang berlaku pasti dia malu. Kebenaran dari cerita orang ini tidak dapat dipastikan.Saya tidak berapa rapat dengannya sekadar bertemu sesekali dalam majlis ilmu atau kenduri-kendara,jadi tidak selayaknya saya menampilkan diri bersemuka dengannya. Jika dipandang dari sudut kemenjadian anak-anaknya serta cara hidup keluarga mereka sangat Islamik. Kalaulah mereka terlibat dalam apa yang menjadi pertuduhan  dalam masyarakat tentu sekali serba sedikit ada kafarahnya,tapi ini sebaliknya. Saya berharap seandainya dia menyedari akan fitnah yang melandanya dia akan bersabar,semoga fitnah-fitnah itu akan menaikan makam imannya.

Begitulah kuatnya pengaruh iblis,akibat salahlaku yang dilakukan oleh datuk moyang mereka,anak cucu terus mendapat fitnah.Sebenarnya ada tip-tip untuk mengalahkan makhluk ini, saya dapati di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular