DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 28 April 2016

PUAN PENJUAL KAIN BATIK

InsyAallah saya berasazam untuk sifar dari membeli pakaian bila saya telah bersara kecuali kain putih yang akan membaluti tubuh sebelum pemakaman nanti. Saya rasa terbeban dengan koleksi pakaian di dalam almari dan penyakngkut pakaian. Sebaik saja bersara saya telah mengumpulkan pakaian yang saya gunakan untuk bekerja dahulu dan berikan pada kawan-kawan dan jiran tetangga, setelah anak-anak pun tidak sudi dengan corak kegemaran emaknya. Walaupun saya tidaklah seperti sesetengah orang yang memperuntukkan setiap bulan wang gajinya untuk sekurang kurangnya sehelai pakaian. Saya membeli hanya mengikut keperluan sahaja,adakalanya terpaksa membeli kerana menghormati penjual,kadang sanak saudara kita atau rakan sekeliling. Kadangkala juga terpaksa menghormati permintaan orang sekeliling yang mahu besendondon samada keluarga atau tempat bekerja pada masa-masa tertentu. Walaupun begitu koleksi baju saya masih menjadi beban kepada saya.

Apabila mengetahui saya akan ke Terengganu anak anak meminta saya membeli kain batik sarung Terengganu untuk dipakai semasa hari raya kata mereka. Menurutnya mereka mahu berkain batik sedondon kalau boleh corak pun sama. Itulah perkara yang sukar untuk ditolak dan mengorbankan azam saya. Sesatu perkara kadang kena menghormati kehendak mereka setelah mereka menampilkan sikap yang positif pada saya selama ini.


Sedodndon dalam keadaan tertentu
Apa yang saya hendak ceritakan adalah peristiwa di Pasar Payang Kuala Terengganu antara saya dan penjual kain batik. Antara cara saya bila memasuki pasar ialah fokus pada barang yang saya sasarkan dan tidak perlu merayau-rayau membuat tinjauan,demi menjimatkan masa.

Sebaik sahaja saya menaiki tangga ditingkat pertama saya terus menutu di satu gerai dihadapan pintu untuk bertanya apa yang saya mahukan. Dengan mesra Puan gerai tersebut melayan saya dengan memeilih dahulu jenis material kain dan menawar harga, dari sehelai rm25 hinggalah dapat 6 helai untuk RM110, selepas itu barulah memilih corak. Untuk dijadikan cerita paling ada hanya 3 helai untuk corak yang sama. Untuk emmenuhi perintaan pelanggan beliau meengarahkan anak dan pekerjany mencari di 4 lagi gerai kepunyaannya yang terletak di tempat yang berlainan.

Sementara itu kami pun berbual-bual tanpa disedari berbagai-agai isu yang sebelum ini saya pun tidak ambil berat.

Mereka rasa terpinggir dari arus ekonomi negara,suatu masa dahulu produk mereka diberi promosi secara besar-besaran. sekarang pengunjung pasar payang keluar dari pasar hanya membawa keropok kata mereka. Kemasukan febrik dari luar berleluasa seperti tanpa sekatan. Pengguna lebih suka membeli febrik dari luar. Jakel sendiri yang memonopoli gedung-gedung febrik memandang sebelah mata sahaja pada produk tempatan. Bila berurusan dengan mereka layanan yang mereka beri seolah oleh penggeluar batik tempatan rasa terhina,dimalukan dihalayak dan adakalanya mengenepikan sama sekali. Beliau bertanya samaada pernah membelibelah di Jakel. Memang adalah sekali sekala bila meninjau kain lagsir,memang saya akui tidak ada febrik produk tempatan.

Itulah masaalah mereka sekarang. Sekarang mereka telah upgrade kan corak kain songket,kalau dahulu hanya 2 warna sekarang menjadi beberapa warna. Kos pembuatannya tentulah meningkat kerena ia memerlukan masa yang lebih untuk menghasilkannya. Satu masa semasa satu karnival di bandar besar seorang datin yang berkedudkan tinggi dengan celuparnya mengatakan kenapa songket mahal sangat,lebih baik beli di India atau Thailand. Puan penjual itu sangat terkilan,Dia boleh membeli belah diseloroh plusuk alam tetapi boleh berkira dengan produk tempatan yang sememangnya itulah nila sebenar berdasarkan kos dan nilai kreativitinya.

Sekarang ini satu demi satu kilang-kilang batik dan songket telah mulai gulung tikar. apabila kurangnya pembeli satu demi satu kedai telah tutup kerena tidak mampu mebayar sewa kedai. Selepas ini hanya Allah yang tahu nasib mereka. Saya juga bertanya beliau samaada mereka ada persatuan atau tidak,bila ada persatuan kuatlah suara mereka untuk menyampaikan meseg mereka kepada pihak yang berkaitan. Sebenarnya memang ada cuma belum begitu kuat ikatannya. Sekarang mereka sedang bercadang untuk menggunakan kuasa sultanah bagi mempertahankan kedudukan produk mereka.

Itulah saya rasa satu-satu caranya mereka perlu mengukuhkan ikatan Jemaah mereka. Mereka perlu bersaing dan melengkapi satu sama lain.Teknik pemasaran kena update kan. Apabila ikatan Jemaah kuat suara mereka akan sampai kepada pihak yang berkenaan dalam kementerian perdagangan Malaysia, Mereka harus menyadari hak mereka kerana mereka semua adalah pengundi.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Simah, lama tak menjenguk. Apa khabar. Rindu pun ye juga. Buat apa sekarang dah bersara. Lajunya waktu berlalu. Saya kini masuk 14 tahun bersara. Alhamdulilah. Allah kurnia sihat secara bandingan. Darah tinggi kecing manis jantung semua ada masaalah. Tapi Allah masih kurnia keselesaan. Semoga Simah pun sihat-sihat dan bahagia sekeluarga. Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Embah..hehehe....ye saya pun rindu...masih mengharap dapat bertemu....waktu sekarang ni kongsi hobi dengan suami berdamping dengan flora fauna....ada juga dengan masyarakat tapi kuranglah international seperti Bonda Ngasobah. InsyaAllah masaalah kesihatan itu juga kifarah Allah untuk menghapus doa.Terimakasih atas doanya semoga Allah perkenankan.

      Wasalam

      Padam

Catatan Popular