DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 21 Jun 2016

Kebetulan vs Suratan

Hari ini 21hb Julai bersamaan 16 Ramadhan. Pagi tadi saya mengikuti jadual program tadarus bersama jemaah muslimah di masjid,terdiri dari makcik-makcik seusia 50an-70an. Ada yang lancar dan tidak kurang juga yang merengkak-rangkak, Alhamdulillah dapat menmbaca doa khatam.

Sebenarnya  program tadaruss ni bukan di jalankan sempena Ramadhan sahaja,dan bukan seperti yang group lain jalankan dengan membhagi-bahagikan setiap group memilih juzuk tertentu dan membaca dengan laju untuk dihatamkan kesemua juzuk pada hari itu juga dan dijalankan majlis khatam dengan pulut kuning dan bunga telur bagai. Tadarus kami itu dijalankan sepanjang tahun,adalah idea dari ustazah naqibah kami. Ustazah menganjurkan kami membaca dengan tartil setiap petang sabtu dari jam 3 hinggalah masuk waktu 'Asar.  Tidak ditentukan sebanyak mana yang dibaca,setiap orang membaca sehelai secara bergilir. Kedatangn juga adalah secara kendiri,siapa yang boleh datang datanglah. Ustazah sendiri tidak sentiasa hadhir, Pada ketika beliau hadhir beliau akan mengambil masa sedikit untuk memilih ayat-ayat tertentu untuk ditafsir. Kadangkala beliau tidak dapat hadhir kerena tugas beliau sebagai guru di sebuah sekolah mengah selalu menuntut beliau bertugas disekolah walaupun pada hari Sabtu. Kami akan terus membaca bergilir-gilir sambil membetulkan kesilapan bacaan ahli kumpulan.  Kesan daripada program ini ramai dikalangan ahli yang telah mulai baik bacaannya. Saya juga kagum dengan kegigihan mereka,kadang terpaksa ditegur dengan kerap atas kesalahan,namun mereka sangat positif. Saya sendiri sering absent atas hal-hal peribadi.

Sempena Ramadhan ini kami berpakat untuk menjalankan program ini setiap pagi. Alhamdulillah, Khatam hari ini. kami tidak berhenti disini,,akan diulang lagi lagi mampu. Selepas ini saya akan mencadangkan untuk menggunakan al Quran terjemahan perkata. Saya rasa cara ini lebih berkesan untuk tadabbur al Quran bagi orang yang tidak mempunyai asas bahasa Arab seperti saya.

Selepas habis program tadi kami berpakat untuk menziarahi salah seorang ahli yang tidak hadhir kerena menjaga ibumertuanya yang kurang sihat. jam 12 tengahari baru saya sampai dirumah. Tiba-tiba dapat panggilan dari pihak takaful anak kedua saya,kerana menurutnya telah beberapakali menalifon anak saya yang sedang bekerja di Petaling jaya tidak berangkat. Oooh rupanya hari ini hari kelahirannya. Saya sendiri tidak ingat perkara itu. Sebenarnya beliau lahir malam tadi jam 12 malam,jadi tarikhnya hari inilah.

Apa yang menyebabkan saya terkedu ialah bila saya cari balik apa yang pernah saya tulis dalam blog ini mengnai kelahirannya di sini kalbu saya sangat tersentuh dan tambah yakinlah saya atas kebesaran Allah yang mencipta dan mengatur segala makhluk ciptaannya. Allah yang punya segala sifat-sifat yang tidak dipunyai oleh makhluknya. Allah yang Sami' maha mendengar segala permintaan walaupun makhluk itu sering lalai dalam mejalankan tanggungjwabnya sebagai hamba, Ya Bari' yang sentiasa mengadakan.


An-Nisa'[4]:134
Barangsiapa
مَّن كَانَ
menghendaki
   يُرِيدُ
 pahala
   ثَوَابَ
di dunia
   ٱلدُّنْيَا
bahwa di sisi.
   فَعِندَ
Allah
 ٱللَّهِ  
ada pahala
  ثَوَابُ
dunia
   ٱلدُّنْيَا
dan akhirat.
وَٱلْءَاخِرَةِ
Dan adalah  
وَكَانَ
Allah
     ٱللَّهُ 
Maha mendengar,
سَمِيعًۢا
Maha Melihat
بَصِيرًا     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular