DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 9 Jun 2016

SABAR IKHLAS REDHA

Tema usrah hari tu ialah sabar,ikhlas dan redha. Salah seorang anak usrah mengajak ahli kumpulan membuat satu keputusan untk membantu Bik Jannah. Waktu ini Bik Jannah tidak dapat menghadirkan diri dalam usrah kerena menjaga suaminya Pak Juni yang beransur pulih dari stroke. Walaupun masih berkerusi roda dan memakai lampin buang pakai namun telah boleh bercakap dan boleh meminta itu dan ini dan meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan bersuara. Sebelum suaminya jatuh sakit dahulu Bik Jannah sering juga meluahkan ketidakpuasan hatinya pada kawan-kawan. Menurutnya suaminya mementingkan diri sendiri,tidak memberi wang belanja padanya,semua perbelanjaan harian Bik Jannah cari sendiri seperti mengambil upah atau menjual berbagai-bagai hasil tanaman dan membuat kuih,sudahlah begitu garang tak bertempat.  Hasil usahanya itu cukup untuk membesarkan anak-anak tanpa pemberian suaminya. Sekarang anak-anak semua sudah habis belajar, anak-anak semuanya baik,memegang jawatan yang baik dan sentiasa mengambil berat pada ibubapa, Setiap bulan masing-masing memberi Bik Janah duit,Sekarang Bik Janah tidak perlu bekerja, hanya membuat kuih yang ditempah oleh orang ramai yang tahu akan keistimewaan kuih buatannya. Masa juga ditumpukan pada membelai orked dan taman dihalaman rumahnya. Pada saya adalah sekali beliau menyentuh pasal suaminya itu sewaktu saya mengambilnya untuk menyertai usrah haraki yang agak jauh lokasinya.  waktu itu sempat saya pulangkan balik apa yang diluahkannya itu.

"Tapi Allah kan dah bayar balik kesengsaraan Bik Jannah tu,tengok anak-anak Bik Semua baik,berilmu dan soleh. Salah sorangnya penceramah agama di masjid masjid,cemburu saya Bik,saya harap dapatlah anak atau menantu yang macam tu"

"Alhamdulillah...tu sebab semua aku sekolahkanlah"

"Ramai juga orang sekolahkan anak Bik tapi ramai yang tak menjadi,maknanya Allah yang tolong anak-anak Bibik,kena banyak bersyukur Bik"

Saya juga memuji tentang kerapian halaman rumah Bik Jannah, bersih tanpa sebarang rumpai. Tiang pokok orked pun rapi dari kayu yang sama saiz dan jenis, Ada juga pagar hiasan yang diperbuat dari kayu tersusun penuh seni. Saya bertanya adakah itu Bik janah buat sendiri. Menurut Bik Jannah itu semua kerja suaminya,dia setakat tanam dan siram sahaja.

"Hah tu,adalah lebihnya Pak Juni ni,kalau suami saya tak mampu buat ini semua....minta racun rumput pun entah berapa kali merayu baru dibuatnta,minta tiang orked pu tak dapat dapat akhirnya buat sendiri entah apa-apa kayu dicacak"

"Alah itu je pun"

"Itupun ok sangat lah Bik,mana ada orang lengkap semua"Saya tidak nampak reaksinya kerena mata saya tertumpu pada lampu trafik yang hampir hijau.

Ya,sekarang Bik jannah sedang menjaga Pak Juni yang beransur pulih dari stroke. perangai lamanya masih sama suak memerintah,bercakap kasar dan meminta itu dan ini. dulu Bik Janah tidak berani melawan,sekarang bukan sahaja melawan malah mengungkit lagi. Setiap yang datang berziarah akan menjadi tempat luahannya, Apabila masing-masing mengingatkannya dengan perkataan sabar
beliau akan berkata

"Sudahlah jemu aku bila orang kata sabar,sebab sabarlah aku jaga ni,kalau tak sabar dah aku tinggal duduk rumah ana-anak."

Jadi salah seorang ahli usrah meminta semua fikirkan bagaimana hendak membantu Bik Jannah ini supaya amalannya itu tidak sia-sia.

Kesimpulannya sekarang jangan gunakan perkataan sabar lagi,Katakan padanya Allah sayang Bik Jannah,diberi peluang untuk menjaga suami,iaitu satu makhluk ciptaan Allah,yang pernah menjadi teman tidur Bik Jannah hingga melahirkan anak-anak yang sekarang menggembirakan Bik Jannah. Tanpa Pak Junni tak adalahlah anak-anak. Segala sikap buruk di adalah untuk bagi pahla pada Bik Jannah, taat suami itu perintah Allah. Ikut perintah Allah ganjarannya Syurga. Jadi segala kesakitan dalam hati itu kita tukarkan kepada redho, Allah yang buat dia begitu. Mana nak pilih,sakit hati dan amalan tak dapat apa-apa atau redho dan dapat pahla. Kerjanya sama sahaja.

Dan siapakah yang lebih baik
وَمَنْ أَحْسَنُ
agamanya
      دِينًا
Daripada orang yang menyerah
مِّمَّنْ أَسْلَمَ   
Dirinya kepada Allah
 وَجْهَهُۥ لِلَّهِ
sedang dia mengerjakan kebaikan
وَهُوَ مُحْسِنٌ 
, dan mengikuti
   وَٱتَّبَعَ
agama Ibrahim yang lurus? 
مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًا 
Dan Allah telah memilih
 وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ       
Ibrahim kesayangan(-Nya).
 
إِبْرَٰهِيمَ خَلِيلًا ﴿١٢٥
An-Nisa'[4]:125



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular