DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 1 Januari 2010

Pagi jumaat 1.1.2010,yang baru gerhana bualan pada pagi tadi…….

Di kampong makbonda setiap pagi jumaat bermula 8.30pagi ada aktiviti membaca Yasin oleh kaum wanita dari rumah kerumah,selepas Yasin, tahlil,pemimpin tahlil bidan terjun sahaja dan tuan rumah akan menyediakan hidangan,semestinya makbonda hanya dapat turut serta bila cuti sekoalh sahaja,pada ketika inilah merek akan halakan pada makbonda yang tak cukup ilmu ini memimpin majlis. Yang bagusnya majlis membaca Yasin ni dapat sambutan,mencecah 40 orang atau lebih,berbanding pengajian di masjid atau balairaya paling ramai 10 yang gurunya terdiri dari guru-guru KEMAS.Antara sebabnya mungkin mereka menjadikan majlis ini satu adat,siapa tak ikut serta akan terpulau.

Satu ketika tibalah giiran di rumah jiran ustazahAzizah,semestinya beliau dijemput,dan menutup majlis dengan sedikit tazkirah,sejak itu di setiap giliran belaiu dijemput sebab beliau bertugas sekolah sessi petang, Sebelum ini penduduk tidak berani menjemputnya dalm pengajian di kampong,dengan alasan tiada tauliah,meraka tak pandang pun
latarbelakang Ijazah ustazah dari Nilampuri dan UM,sebab lagi mengapa mereka tida berani menjemputnya ialah atas larangan JKKK pada ketika itu..

Pada ketika inilah makbonda bagi perangsang pada ustazah ,ambil peluang menyampaikan ilmu,Allah dah bagi lorong,jangan di uzurkan,kalau ustazah uzur bagi orang lain pimpin dan tazkirah satu yang wajib.

Hari ini Jumaat,tiba giliran rumah ustazah,tapi beliau menjemput Ustazah Sabariah pula yang menyampaiakan tazkirah dengan tajuk Kelebihan Hari Jumaat,beliau ialah pesara guru Ferdhu Ain yang lenggok bahasanya sama dengan ibu-ibu kampung,makonda kagum dengan pengetahuan semasanya.Beliau bertanya siapa yang melihat tayangan filem tenggelamnya kapal titanic dalam tv pada malam hari Natal minggu lepas? Beliau kaitkan pula dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh.Cuba bayangkan bagaimana keaadaan penumpang di kedua-dua kapal tersebut dalam menghadapi saat-saat genting.Agaknyalah semasa kecemasan tiba-tiba ada sesaorang laungkan azan di kapal titanic tu apa terjadi, di akhiri dengan membuat kunklusi, beliau mengajak ibu-ibu supaya memilih,naik titanic yang teknologinya serba canggih atau bahtera Nabi Nuh? Alhamdulillah penyampaian ilmu yang menerojakan,dan nampak sinar di wajah ibu-ibu,peluk cium yang syahdu di pembubaran majlis, “Esok-esok datang lagi ye ustazah.”

Moral cerita salah satu supaya kerja-kerja da’i menjadi mudah ialah dengan menyerapkan diri dalam adat satu-satu masyarakat ,apabila mereka sudah menerima,mudah kerja-kerja penyebaran ilmu.

Sebenarnya ada cerita kekecewaan dari makbonda,seawal pagi makbonda bersiap,pergi naik motosikal,dengan niat nak bonceng Nenak Syitah sebab dia sakit kaki,rumah ustazah ni jauh sikit,rupanya nenek Syitahk dah pergi naik basikal,mereka dah berkumpul Makcik Nap,Makcik Mis dan Makcik timah,dengan basikal tua masing-masing,bila makbonda pelawa salah seorang membonceng motosikal masing menolak atas rasa setiakawan mereka,tapi nasib baik lalu rumah kak Pah,anak dia baru nak hantar,jadi dapatlah juga makbonda pelanggan.Benarlah di akhir zaman nanti ,sukar nak berkebajikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular