DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 12 Julai 2012

Anak vs Emak

Saya tahu tentang keperitan tinggal diasrama,tetapi keperitan itulah yang banyak mendewasakan. Walaupun tinggal berjauhan dengan ibubapa,menanggung rindu,namun kasih sayang semakin kukuh.Menghadapi kerenah kawan-kawan yang sama-sama sedang berenang di alam remaja semamangnya lelah,tapi banyak  manisnya. Peranan orang lain mengajar untuk berinteraksi,bergaul,bertolak ansur,berkompromi sesama orang lain adalah kecil berbanding  peranan kendiri.Akhirnya keperitan menjadi nikmat.

Alhamdulillah,sepanjang tinggal di asrama juga saya tidak pernah mengalami terserempak dengan perkara nagetif seperti cerita-cerita dari pengalaman orang lain yang mengatakan ada penghuni melakukan perkara-perkara songsang, buli dan sebagainya.Alhamdulillah,itulah hasil doa emak dan bapak.

Saya sangat setuju tentang pendapat bahawa bila berjauhan doa kita lebih feeling,berbanding bila mereka ada dihadapan mata.

Sebab utama saya menghantar anak bungsu ke asrama adalah kerana terlalu sayang padanya.Sebab sebagai emak, tahu kelemahan dan kekuatannya,walau beberapa kali dia pernah memohon untuk keluar dari asrama,Inshaallah saya masih bertahan.Alasan-alasan yang diberikan belum meyakinkan untuk mendapat  pertimbangan. Alasan-alasan yang masih belum kukuh. Paling-paling kena bangun pagi,berebut bilik air,krisis dengan kawan,kawan tak nak kawan dan isu remeh temeh. Atas alasan inilah sebenarnya mengapa dia perlu tinggal diasrama.Dia bungsu,menikmati banyak hal berbanding dengan saudar-saudara yang tua.Hidup dalam zon selesa.


Setiap kali dalam kerisis dengan teman,akan menalifon,meminta keluar asrama.Dan jawapannya;

"Memanglah,hidup dengan manusia lain banyak kerenahnya,manusia memang bermacam-macam.Itu untuk menguji kita,kuat ke tidak. Kita tak boleh ubah orang lain,kena ubah diri sendiri.Selalu doa supaya akhlak kita baik. Macam orang dah kahwin,tak kan gaduh je terus nak keluar rumah,balik rumah emak bapak,kenalah selesaikan dulu,ada masa kita marah,ada masa sejuk,jangan layan kemarahan tu,sejukan diri,ambik wuduk ke,doa mintak diberi kekuatan,bukan untuk menjatuhkan orang tu."

Tidak pastilah apa yang kita katakan itu diterima atau tidak,sebab bila berlaku lagi itu jugalah yang akan dilakukannya. Di pihak saya hanya mengubah sahaja skrip atas tema yang sama.Sekarang aduan-aduan sudah semakain kurang.Insyaallah suatu ketika nanti akan berhenti jua.

Satu ketika sebelum berpisah
"Ok, Mak  nak balik dulu,Mak doakan Emy kuat menghadapi kesusahan-kesusahan,Selesa dengan suasana.Paling utama selalu ingat, Allah tak tidur,jangan susah hati tak ada kawan,Allah sentiasa bersedia menjadi kawan"

"Tapi Emy selalu doa biar mak terbuka hati keluarkan Emy dari asrama"

"Ok kita bersaing doa lah ya, siapa yang Allah kabulkan. Emak doa untuk kebaikan Emy,bukan kebaikan Emak sendiri,Emy doa untuk kebaikan diri sendiri,lainlah  kalau Emy doa nak keluar asrama sebab nak senangkan mak,nak tolong buat kerja rumah ke,Insyaallah Emy menang."

"Ok Emy tukar doa"

"Tapi Allah maha tahu,Dia tahu apa yang ada kat hati tu.Mana Emy nak, dapat keluar asrama tapi mak tak sayang ataupun duduk-mana-mana asalkan emak sayang"

Saya yakin,suatu ketika dia akan berterimakasih pada saya kerana memberi kesempatan untuk berada di dalam kesukaran yang akhirnya menjadi satu nikmat.



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

2 ulasan:

  1. Salam makbonda,
    Syahdu pula rasa. Teringat masa saya kat asrama dahulu...

    Katakan pada Emy, berdoa sangat penting. Dahulu, saya kerap berdoa supaya dimudahkan belajar, exam. Tetapi amat jarang saya berdoa supaya hidup saya dimudahkan, dan dikelilingi sahabat yang baik. Kerap kali saya cemburu melihat teman yang 'cop' tempat mandi atau giliran basuh baju utk kawannya. Pd saya itu tak adil sbb kita dah tercongok kat situ. hehe...
    Ustaz selalu cakap, nak berdoa biar jelas apa yg dimahukan, kalau bercakap pun biar ada Insya Allah, sebab semua di tangan Allah. Jika kita ikut cakap ibubapa dok asrama, ia tak salah sebab kita masih bergantung dgn ibubapa. Jangan cepat mengalah. Katakan Insya Allah, saya mampu. ;)
    Ex-student asrama dekat 6 taun.

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam.

    Insyaallah,akan saya sampaikan,saya bagi dia wirid-wirid tapi tak tahulah setakat mana dia amalkan.Insyaallah akan ada perubahan juga akhirnya nanti.

    6tahun tinggal diasrama?pengalaman yang panajng juga tu.
    Selamat menempuh gerbang Ramadhan untuk indah suami isteri.

    BalasPadam

Catatan Popular