DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 1 Julai 2012

Rezeki

Bertambah keyakinan Makbonda bahawa rezeki itu bukan hanya dapat duit atau dapat makan.Badan sihat,selera makan,hati tenang,jumpa kawan itu semua antara rezeki.

Sejak dua menjak ini rezeki Makbonda dapat bersua muaka dengan samada insan yang sudah lama terpisah dan tidak bertemu bertahun-tahun atau insan yang Makbonda kenal dia,nampak wajah mereka di dalam gambar majalah dan akhbar atau gambar maya walaupun mereka tidak pernah melihat atau kenal Makbonda.

Insan pertama,sewaktau Karnival Pendidikan atau Pesta buku Sabak Bernam.
 Ya ini dia, Khadijah Hashim.Siap beli buku terbaru beliau untuk di tandatangan.

 Bersama AJK karnival

Hari Sabtu mengikut suami memenuhi undangan perkahwinan anak kawannyanya  di Jalan Kebun,Kelang.. 
 Kawannya satu kolej di MPPPP. Terjumpa kawan lain yang telah terpisah sejak tahun 1980

Dalam perjalanan pulang mengambil kesempatan singgah di SACC menjengah PBS 2012. Pusing-pusing sehingga singgah di booth Kalimat Cinta. Bertemu Editornya yang comel dan keras kerjanyanya. Anak pakar motivator katakan,tentulah sentiasa bermotivasi.Suka mengikuti kisah perjalann abuya dan umminya di Majalah Solusi. Selalu berchating dengannya tapi tak pernah bersua muka,harap-harap jumpa umminya,tapi umminya datang selepas Maghrib katanyaa.Jadi,belum rezekilah nampaknya.

 Ini dia orangnya.Kalau mahu melihat celotehnya kenalah dapatkan Majalah Fardhu Ain.


Hari ini Ahad.Ada lima jemputan kenduri,satu daripadanya undangan melaui SMS.Walau bagaimanapun diusahakan juga untuk pergi sebab beliau adalah kawan seasrama yang tidak pernah bersua muka sejak. 1979. Bila disana tentu sekali bertemu dengan kawan-kawan lain. Semamangnya berubah sekali dari segi fizikal dan raut wajah.Yalah sedari gadis 17 dan kini menghampiri usia emas.
Tuan rumah yang ditengah,dia telah 2 kali sambut menantu,Makbonda belum lagi.
Setelah bersalaman untuk meninggalkan khemah,makbonda berjalan dahulu,sementara suami masih tersangkut di muka khemah.Makbonda berselisih dengn seorang lelaki,dari ekor mataa perasan ada seorang lelaki berjalan bersaorangn,namun tidak dapat mengecam samasekali,tiba-tia dia memberi salam,dan Makbonda membalasnya.Mungkin dia kenal makbonda sebaliknya Makbonda pula yang tidak mengecamnya. Bila beliau sampai ke suami Makbonda mereka bertepok-tepok bahu,wah tentu mereka saling mengenali. Bila Suami mendekat,Makbondapun bertanya "Siapa tu,nampak macam somebody je?"
"La tak kenal,kan mantan MB kita"
"Ye ke,kenapa lain tak macam dalam gambar,dia bagi salam,agaknya dia rasa tentu kita kenal dia"
Macamana Makbonda nak kenal,wajah sudah tidak seJawa dahulu.


Inilah hasil memancing di kedua-dua Pesta Buku;


Bila Emak Makbonda tahu yang kami mahu ke PBS,beliau minta carikan buku mengenai perubatan sihir.
"Nak buat apa Mak?"
"La,kan membaca tu tambah ilmu,nak tambah ilmulah"Kata Emak.
"Hehehe,Insyallah Mak."
Inilah dia untuk Emak,semoga bermunafaat.

Akhir tahun ini 2 orang GPK sekolah Makbonda akan bersara,Makbonda tanya pada mereka,buka apa yang mereka mahu;
"Cikgu yang nak bagi,bagi je lah,apa pulak tanya-tanya"Kata mereka malu-malu.
"Kenalah tanya,takut nanti dah ada dalam koleksi"

Akhirnya mereka memilih buku ini.Semoga ilmu yang di cerna darinya  memberi syafaat kepada sipemberinya.


4 ulasan:

  1. Salam Hasimah. Bila agaknya ya saya akan ada rezki bertemu muka dengan Simah, Jawa yang mengaku Jawa. Ada Jawa yang tidak suka dikenali dia keturunan Jawa, walau "cegeh" cakap Jawanya masih nyata. Berbagai manusia......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Puan,

      Ketawa saya menyebut "cegeh",saya tak baisa dengan perbendeharaan ini.

      Insyaallah Puan,saya sentiasa mengharap,semoga Allah beri ruang.Masih ada can lagike saya nak hadhir kenduri sambut menantu? Kalau saya buat majlis nanti Insyaallah saya akan hantar undangan,tapi entah bila,Isyarat dari langit masih belum menampakkan tanda. :))

      Padam
  2. Salam makbondaaaaa ^_^ Yeaaay, akhirnya ada juga foto saya d abadikan ;)

    Sangat tak sangka berjodoh d pesta buku :) Terima kasih sebab menegur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali,

      Sukanya dia,Makbonda pun suka,tapi suka orang tua.
      Baguskan jodoh di pesta buku. Tegur menegur merapatkan ukhuwah. :)

      Padam

Catatan Popular