DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 28 September 2012

HAMKA

Hamka: Siapa ni Mama

Mama: Ni Professor Hamka,orang panggil dia Abuya Hamka.

Hamka: Eh sama dengan Hamka yang ini.(sambil memegang dadanya)Tapi orang itu tua,Hamka yang ini kecik lagi kan Mama.

Mama:Ya,Hamka yang itu dah tua,dah meninggal pun. Dia orang pandai,rajin,berani. Dia hero.Hamka suka nak jadi macam Abuya Hamka ni?

Hamka: Nak,nak

Mama: Kena rajin ngaji kalau nak pandai,jangan suka menagis kalau nak berani. Jangan suka buli kakak kalau nak jadi hero.Kena rajin tolong emak kalau nak jadi baik.

Hamka:Ok.







Hamka ini anak saudara kepada suami Makbonda.sekarang umurnya 3 tahun lebih.Menjadi anak yatim ketika berusa 1tahun 3 bulan.Dia memanggil makbonda mama tapi memanggil emaknya sendiri emak. Setiap kali Makbonda singgah dirumahnya semasa pulang dari sekolah pasti akan mengikut balik. Kenalah pula Makbonda yang kesunyaian,maka jadilah dia pengisi ruangan. Sejak diperkenalkannya dengan Abuya Hamka,setiap kali datang dia akan meminta Makbonda bukakan gambar Abuya Hamka,ditenungnya lama-lama.dia belum tahu membaca,nanti kalau sudah tahu bolehlah dicarikan biodatanya. Sebelum dia hidupnya terdedah kepada idola-idola yang bukan-bukan dan medorong kepada kerosakan,elok kita dedahkannya dengan tokoh-tokoh ilmuan seperti ini.

"jika mahu melihat keadaan sesebuah negara pada masa hadapan, lihat lah pada pemudanya pada masa sekarang"  -Umar Ak khatab.

4 ulasan:

  1. Salam. Bagus strategy itu. Saya dah umur ini belum habis baca tafsir Hamka. Beli masa umur akhir tigapuluhan.Semoga diampuni. Saya pernah pergi juga di tempat asal Hamka dilahirkan dan disemadikan di Bukit Tinggi. (Kalau betul ingatan). Ada museum Mini Hamka. Tempat tidurnya pun ada. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Ruhnya. Cuma saya belum faham mengapa adat perpatih itu masih diikuti hingga kini. Mungkin Simah boleh cerita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Bonda.

      Itulah antara yang mencemburukan saya,entah plusok dunia mana telah Bonda selusuri,semoga saya juga mendapat peluang seperti itu suatu ketika. Insyaallah kita sama-sama berusaha untuk menghadam semua koleksi buku yang ada.

      Mengenai adat pepetih saya sesungguhnya saya memang kurang berkesempatan menghayati,sebab kurang bergaul dengan pengamalnya,kebetulan pula yang ada berkait dengan saya dipihak lelaki,jadinya cerita yang negetif sahaja. Mungkin dipihak perempuan ada alasannya sendiri yang menyebabkan ianya terus dipertahankan.Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

      Padam
  2. Subhanallah..mulianya kakak saya ni.terima kasih kerana mengabadikan kisah anak yatim ni..sayalah ibunya. memang itulah harapan seorang ibu yang mengimpikan anaknya menjadi seperti Idolanya...sering apabila bermain dgnnya dan menusapkan kepalanya mg HAMKA cilik menjadi seperti PAK HAMKA..megimpikan dia yang mengimamkan solat jemaah di rumah kami. Ucapan jutaan terima kasih pada akak sekeluarga yang tak jemu2 melayan karenah anak2 saya setiap saban hari..semoga Allah SWT menganjari akak sekeluarga..apa yang cukup membanggakan mereka semua memanggil akk Mama dan suami Akak Abah..ya Allah Kau rahmatilah,ampunilah, kurniakanlah hidayah dan limpahan rezeki yang baik utk mereka sekeluarga..kumpulkanlah kami di SyurgaMu ..Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen.

      Masyaallah,macamanalah dia boleh jumpa blog ni. ;)

      Kakak rasa Jutaan terimakasih tu tak layak untuk perkara sekecil ni.Malah kami yang sepatutnya bersyukur pada Allah SWT yang telah memberi rezeki dengan kewujudan mereka. bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini.

      Insyaallah Semoga Hamka menjadi insan besar disuatu masa nanti,dengan didikan dan doa ibunya dan orang sekeliling.

      Padam

Catatan Popular