DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Sabtu, 15 September 2012

Rakan pembimbing



“Tiap kali raya ginilah aku tengok kamu ni Tom”  Komen mak Odah bila Mak Tom menyambutnya dengan wajah sugul dan lesu sekali.

Hari ini telah  dua minggu lebih Syawal berlalu,baru Mak Odah berkesempatan menziarahi Mak Tom yang katanya kurang sihat.Dari akhir Ramadhan hinggalah seminggu Syawal,Mak Odah belum boleh meninggalkan rumah.Anak cucu berkumpul .Ke duabelas anak-anaknya semuanya balik walaupun tidak serentak.Ada yang balik 2hari akhir bulan Ramadhan,ada juga yang petang 1 syawal,ada juga yang hari ketiga syawal. Mak Odah tak kesah,bukan semestinya Syawal baru balik,yang penting dalam jiwa mereka ada kesedaran tentang pentingnya mengunjungi ibubapa.Mak Odah selalu bersyukur.Itulah rahsia ketenagan hidup Mak Odah.

Walaupun ilmu Mak Odah nipis sangat tapi Mak Odah menyakini  firman ini;


18:46

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Mak Odah kena yakin,sebab ini adalah salah satu rukun Iman. Jadi kalau adalah anak-anak yang mengabaikan ibu bapa, itu adalah urusan mereka dengan Allah,Mak Odah telah menjalankan amanah membesarkan mereka,sekarang terpulang kepada mereka.Siapalah dia mahu mengubah dan menentukan hidayah kepada mereka kalau bukan Allah Rabbul Jalal.

“Kamu ialah Odah,anak-anak kamu semua baik,semua balik raya,anak-anak aku?” bersinar-sinar matanya sambil menjeling tajam pada Mak Odah.

“Tak apalah tak balik raya,bukan ada suruhanpun raya mesti balik,balik masa lain pun boleh.Agaknya adahal lah tu,ialah kan sekarang ni macam-macam,kerja tak kira raya ke tidak.” Mak Oda cuba menurunkan suhu kepanasan Mak Tom.

“Entahlah Odah,macam-macam sangat yang jadi kat anak-anak aku ni.Sorang balik tak bawak bini,datang petang malam dah balik,sorang lagi bawak bini tak bawak anak-anak,geli benar anak-anaknya nak datang rumah aku. Sorang lagi sebelum raya kata balik lepas raya kata tak dapat balik, anak-anak mintak beli baju macam-macam,duit habis nak beli minyak. Ya Allah,kalau zaman dulu tu tak apalah,nak jalan susah kena naik bas,duit susah nak cari,sekarang masing-masing dah ada kereta,masing-masing kerja,macamana hati aku bengang Odah. Raya macam-macam aku masak,buat ketupat sampai tidur jauh malam,mencuci perut lembu sampai badan aku bau lembu, kacau dodol sampai bentan-bentan. Semua tu nak bagi jamu kat dia,kita tau kecik-kecik dulu itulah yang disukanya.” Turun naik nafas mak Tom,kalaulah Mak Odah punya keistimewaan sebagai Nabi Sulaiman yang terbuka hijabnya dengan Iblis,pasti nampak bayangan iblis yang sedang mengipas Mak Tom.

Mak Odah mengelus-ngelus belakang Mak Tom yang telah membongkok sabut itu.Berselawat sambil meniup ke telinga Mak Tom.

“Kamu ni kena beristigfar banyak-banyak Tom.Itulah selalu akau ajak kamu,bulan puasa banyakkan amal,ini kamu aku ajak terawih tak mau,sibuk jaga cucu.dah kamu tak nak pergi terawih,anak kamu tu tahu bulan puasa kena banyak beramal,tu yang dia pergi terawih,yang kamu lebih suka duduk rumah bela cucu. “

“Aku tak larat nak terawih,tau tak? kaki aku ni dah tak boleh berdiri lama”Beliau masih memberi alasan.

“Tarawih tak larat kacau dodol larat,Kita ni dah tua Tom,entah bila-bila masa kena panggil.Patut dah tak payah layan nafsu makan tu .Tak ada sapa suruh kamu buat ketupat,dodol bagai,kalau tak buat tak dosa pun,saja kamu susahkan diri. Anak-anak kemu tu dah dewasa,dah tak heran ketupat lauk perut lembu kamu,dah boleh beli masa tak raya pun. Dodol dah berlambak kat kedai.Sesia je kamu membentankan badan”

“Habis dah namany raya,takkan tak buat apa-apa,orang datang nak jamu apa?

“Kamu kena faham Raya tu apa,tulah aku ajak ngaji pun kamu tak mau.Raya tu untuk orang yang banyak amalannya masa puasa,banyak tahan nafsu,kalau betul puasa kita,masa raya hati kita bahagia,tenteram,tenang.Anak balik ke tak balik ke redha je,yang masih balik kan ada? syukur je dengan yang ada.”

“Yelah,esok biar anak dia yang balas,baru padan”Mak Tom masih tidak berpuas hati.

“Itu doa Tom,doa mak kat anak senang tertunai,kalau selalu kamu cakap macam tu,anak kamu tak bahagia.Kamu patut selalu doakan anak-anak bahagia,dapat hidayah,kalau dia insaf kan kamu juga yang dapat faedah.Lagi satu Tom,masa kamu marah kat anak-anak cuba ingat balik,pernah tak kamu buat kat orang.”

“Say tak pernah buat kat emak saya pun”

“Kadang kita tak sedar,tak buat kat emak tapi pada orang lain,contohnya kat menantu ke.Kamu pernah tak tahan menantu kamu balik rumah mak dia?Ataupun kamu ungkit-ungkit sampai dia serba salah nak beraya rumah mak dia?Mungkin masa tu dia ikut tapi tau perasaan dia,mungkin dia sedih dan berdoa.” Mak tom terdiam,tiba-tiba dia manarik nafas panjang.Terkebil-kebil. Memang selama ini itulah yang dilakukannya.Lama dia mendiamkan diri.

Tiba-tiba dia menangis; “Satu lagi yang buat aku sedih,baru-baru ni aku dapat tahu si Hajar kena madu,suaminya kawin lagi,siapa tak sedih Odah. Dahlah masa kahwin dulu sikit je antaran dia bagi,dia dia pergi kawin lagi pulak,jagalah balik nanti aku sunat sampai habis,gatal sangat. Huh macam macam Odah anak-anak aku ni.”Sambil jejari tuanya menggaru-garu kepalanya yang telah memutih itu,mengganggu ketenteraman kutu-kutu yang seang beristirehat.

“Aku dengar juga cerita tu,tapi bukanke suami dia kawin lagi tu dia yang pinangkan,masa suami dia bernikah dia ada sama.Maknanya dia reda,yang kamu susah kenapa.Patutnya kamu bersyukur anak kamu sebaik itu,bakal ahli Syurga tu Tom,betuah kamu. Lainlah kalau  suaminya kawin lagi dengan menipu,menganiaya isteri tua ke,patut kita masuk campur.Dah lah jangan diungkit kisah lama. Sekarang kita sama-sama tua,hidup kita dah sampai hujung,tak ada apa yang kita nak kejar lagi kecuali bekal nak mati.Dah lama kita rasa nikmat dunia,makin dikejar makin tak puaskan hati.Dah berhenti fikir tu semua,fikir apa kita nak bawak bila mati nanti.Anak,duit,rumah,makanan semua kita tak bawak yang kita bawak amalan kita,banyak-banyak sedekah,banyak doa,banyak maafkan anak-anak.Yang wajib jangan tinggal.”

Sememangnya Mak Odalah yang paling layak membimbing Mak Tom. Mereka seusia,Suami Mak Tom sudah lama kembali kerohmatullah,kalau anak-anak tentu sekali sukar bagi Mak Tom mahu menerima,mereka apa tahu,.garam yang mereka makan sedikit sangat.


اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Alloh, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular