DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 6 September 2012

Tetamu VI


Habis waktu sekolah petang tadi saya bergegas ke rumah bapak,menghantar ubat yang telah saya ambilkan di kelinik sejak Isnin tempoh hari sambil menghantar bekalan makanan ayam emak.

Terojanya saya bila bapak berjaya menghabiskan bubur nasi yang saya beli. Tiba-tiba terpacul soalan darinya.

"Minggu ni tak ada sapa-sapa datang lagi?"

Saya, suami  dan  emak terkesima.

Semamangnya sejak akhir-akhir ini berlaku fenomena dimana bapak menerima banyak kunjungan dari kalangan adik-adik serta anak buah serta cucu cicitnya..

Adik beradik bapak lapan orang,tinggal 4 orang yang masih hidup,dua lelaki dua perempuan.adik bungsu bapak sudah menjadi pesara.

Kampung bapak terletak jauh dipendalaman.Perhubungan agak sukar,sebab itulah jarang mendapat kunjungan dari saudara mara,bapak akur,dan tidak pernah jauh hati. Ada juga beberapa adik-beradik bapak yang rajin berkunjung pada ketika itu.Dulu masa bapak sendang peroses membuka hutan seorang adik bapak yang kami panggil Pak Andak rajin datang kerana beliau sedang menuntut di MPSI Tanjung Malim.Yang paling kerap ialah Pak Long yang tinggal di Tenang dan juga Mak Iti dari Batu pahat.Pada ketika itu sukanya hati kami sebab emak akan memasak berbeza dari hari biasa. Itulah dinamakan tetamu datang membawa rahmat.Razki kami bertambah.

Apabila perhubungan jalan semakin baik,kekerapan mereka berkunjung bertambah.Tambahan lagi kekerapan emak mengadakan kenduri walimah kesepuluh-sepuluh anaknya,setiap itulah mereka akan datang. Aruah Pak Andak saya juga sering singgah dalam perjalannya bermesyuarat ke arah utara tanah air,beliau aktif dalam koperasi.

Sekarang perhubungan jalan telah baik sepenuhnya.Bapak telah uzur,namun rohani dan mentalnya masih sihat.Nampaknya kunjungan dari adik beradik dan anak buah bertambah memberasangkan.walaupun ada diantara mereka telah tiada ibu bapa,kesedaran untuk bersilaturrahim dalam jiwa mereka meningkat, Alhamdulillah. Pada Hari Raya tahun ini berbondong-bondong mereka datang setiap hujung minggu.

Sungguh saya tidak menyangka,Selama ini bapak yang semakin diam dan kurang bersuara,dan nampak sepertia tiada respon atas kujungan tetamu-tetamunya tiba-tiba melontarkan soalan seperti di perenggan di atas.


“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”

“Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat,maka muliakanlah tetamunya



Hadis : Setiap tetamu yang memasuki rumah anda akan mendatangkan :

1. Seribu berkat.
2. Seribu rahmat.
3. Allah akan mengampunkan semua dosa anda sekelurga.
4. Allah akan berikan pahala 1000 orang syahid.
5. Setiap kunyahan yang dimakan oleh tetamu pahalanya seperti pahala haji mabrur.
6. Allah akan bangunkan untuknya satu Bandar didalam syurga.

Salah seorang tetamu bapak yang ampunya blog ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular