DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

ASAL USUL

Saya menyahut cabaran Bonda Ngasobah untuk menulis sejarah perhijrahan nenek saya dari Pulau Jawa ke Malaya pada awal abad ke 20 dahulu.Walaubagaimanapun pencertitaannya tidaklah setanding kerja sejarawan yang lengkap dengan tarik dan masa yang tepat.Hanya dari mulut ke mulut sahaja.Hanyalah dari pengetahuan saya yang kerdil ini.

MulA-mula dari sebelah Emak.Menurut emak, Embah Wedok(prempuan)(nenek sebelah emak) berasal dari tempat namanya Kori,tapi bila saya gogle,saya belum jumpapun tempat yang dimaksudkan.Namanya Hajjah Khotun. Beliau lahir pada 1900. Asalnya keluarganya agak berada juga,tetapi tanahnya telah diambil oleh pemerintah untuk pembangunan.Untuk menampung anak-anak seramai 14 orang tentu agak sukar. Jadi anak-anak cepat dikahwinkannya termasuk embah yang ketika itu berusia 11 tahu. Embah tidak rela,bila malam dia lari balik rumah,tetapi emaknya mengunci pintu.

Sebelum ini salah seorang abang iparnya telah merantau ke Malaya. Setelah mempunyai tapak yang baik dia mahu menjemput isterinya mengikutinya.Embah mengambil peluang untuk mengikuti  kakaknya. Dia menjual 2 ekor lembu hasil pajakannya untuk bekalan. Seusia 12 tahun embah berhijrah ke Malaya bersama beberapa kumpulan sanak saudara. Mereka semua  telah menjualkan harta-hartanya  untuk mencari tempat baru. Perjalanan mereka  diuruskan oleh Syarikat Syeikh yang berpengkalan di  ke Singapura.Seterusnya meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam,iaitu tempat yang telah dirintis oleh beberapa orang saudara mereka termasuk abang ipar Embah.

Embah Lanang(lelaki) (datuk sebelah emak) Berhijarah ke Malaya lebih awal,Namanya  Haji Sidik,asalnya Madiun.Tidak berapa diceritakan sebab-sebab berpindah. Kumpulan mereka  turun di Teluk Anson(Teluk Intan kini). Embah membuka tanah di Hilir Perak dan menunaikan Haji,sepulangnya ke Malaya aruah berkahwin dengan ibu tunggal beranak satu.Beliau tidak tahan dengan perangai anak tirinya dan isterinya yang suka melawan dan terlalu membela anaknya,lalu diceraikan dan ditinggalkan ditanah yang diterokainya,lalu membuka tanah baru di Sabak bernam dan bertemu Jodoh dengan Embah saya.Saya tidak sempat bertemunya kerana Allahyarham meninggal ketika emak berusia 14tahun. Embah wedok saya pula meninggal ketika saya telah punya empat orang anak ketika itu usianya lebih dari 90tahun. Antara yang saya kagum dengan Embah wedok saya ini  sehingga akhir hayatnya beliau tidak nyanyuk,apabila kita menziarahinya sentiasa memberi nasihat, jika lelaki;
 "Berbuat baik pada emak,bapak,isteri anak,anak,jangan sia-siakakan anak istri,itu amanah,jangan mewah-mewah kan anak isteri,ajar berjimat"
Yang cucu perempuan "Taat kat suami,hormat emak mertua,jaga anak-anak,jangan bebankan suami,jimat-jimat" Disaat akhir hayatnya beliau sudah tidak dapat mengeluarkan suara dengan jelas,tetapi masih lagi cuba memberi nasihat seperti diatas. Pakcik saya kata beliau tidak nyanyuk kerana atas ketaatanya pada suami,sepanjang bersama suami Pakcik saya tidak pernah melihat Aruah mengeluarkan bahasa kasar atau membantah pada suami.

Embah sebelah bapa pula lahir di  Sri Ladang,Rengit.Namanya Hajah Hindun bt Affandi. Bapanya seorang guru tarikat yang berulang-alik antara Rengit dan Semukut, Sumatra. Beliau  membuka pusat tawajjuh di Sri Ladang Rengit dan juga Semukut.Setiap Bulan Muharram beliau akan mengadakan perhimpunan untuk bertawajjuh. Sampai kini pondok di Semukut masih bergerak aktif,dan pondoknya diwariskan kepada anak-anaknya(adik embah). Embah lanang saya pula namanya Haji Bawok @Hj Solih, dari Purworejo,dan kurang diketahui sejarah silamnya.Saya tidak sempat bertanyanya.Saya bertemunya hanya beberapa kali sahaja sepanjang hayatnya,kerana kami tinggal jauh,beliau di Rengit dan kami di Perak. Kenapa di Perak? Boleh rujuk pada post saya kisah Bapak siri 1 hingga siri 20. Beliau meninggal dunia ketika saya berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun saya pernah bermanja denganya,ketika berusia 4 tahun,pada ketika itu kami mahu melihat kapal korek yang sedang menyangkul taliair di belakang tanah Embah. Beliau membuat tawaran kepada saya
"Simah nak jalan ke nak dokong" Saya memilih meminta dokong,dan beliau mendokong saya di belakang ,tidak dapatlah membayangkan betapa beratnya dokongan itu sebab ketika itu saya seorang kanak-kanak yang tembam.Walaubagaimanapun saya pasti beliau puas,sebab kami amat jarang bertemu.Embah wedok saya amat menjaga agama,masa luangnya tidak lekang dengan Al Quran,beliau paling tidak suka diambil gambar,tidak suka orang bermini skirt dan berseluar ketat dan amat sukar mengajaknya makan diluar.Malu katanya.
Bila saya memujuknya "Alah Mbah,ngapa malu,bukan orang kenal kita pun,orang lain pun nak makan juga,tak peduli kat kita pun"
Jawabnya "Aku tak malu dengan orang,aku malu dengan Allah" Saya terdiam.Yang saya lihat setiap aktivitinya sentaiasa berselawat.Bila beliau memandikan bayi atau anak kecil lidahnya sentiasa berselawat dan membaca doa dalam bahasa jawa. yang bermaksud lebih kurang



"Ya Allah,berikan kesihatannya,hilangkan penyakitnya,jauhilah dari ganggun syaitan" 
Beliau sangat pandai menjahit baju kurung jahit sembat,bukan baju kurang namanya kalau tidak disembat. Saya sempat diwariskan kemahirannya ketika saya menggu keputusan SPM,pada ketika itu saya tinggal bersamanya. Aruah juga tidak suka orang berkain johor yang siap dizip,Mesti susun dan ikat dengan tali pinggang supaya perut tidak menggeleber. Dalam perkara ini saya tidak dapat memenuhi kehendaknya. Tetapi semasa saya menghadiri majlis konvokesyen anak sulung di UTM 2009,saya telah bertemu dengan seorang wanita yang masih memakai kain susun dan ikat dengan talipinggang di bilik persalinan dalam masjid UTM.Menurutnya beliau dari  Benut.Tetapi kami tidak sempat berkenalan kerana majlis akan berlangsung.Yang sempat saya tahu beliau adalah lepasan UTM juga.

Di sebelah emah saya,ada seorang pakcik yang kerap menjejaki saudara mara di Daerah Ponorogo sana.Bagi jenerasi saya setakat ini belum ada,sedangkan saudara-mara di sini sahaja kami hampir hilang hubungan apa algilah yang di sana.Bagi sebelah bapak,dulu Pak Long yang tinggal di Tenang itu rajin berhubung dengan saudara mara di Semukut,tetapi kini beliau telah pulang ke rohmatullah,nampaknya tiada siapa yang meneruskan usahanya.

Di bawah ini adalah foto yang sempat saya ambil dari wall FB adik-adik saya.
 


Hajah Khotun,embah sebelah emak saya,beberapa tahun sebelum pulang ke Rahmatullah.

Haji Bawok @ Hj Solih, Bapa kepada Bapak saya. Diambil tahun 1967 untuk pasport Haji.

Ini hasil kerea

Ini hasil kereativiti adik-adik saya. Walaubagaimanapun setelah menguploadkan foto ini,kami dapat bertemu dengan ramai sepupu sepapat kami selama ini jarang dan ada yang tidak pernah ketemu.


"Wahai Allah, ampunilah Dosaku,dosa kedua ibubapaku,dosa Embah-embahku juga semua umat muslimin dan muslimat, naikkanlah darjat kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan kami yang masih hidup atau mati. Ampunilah  kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur bagi kami dan berikanlah cahaya didalamnya."

Ahad, 29 Julai 2012

Meriahnya Ramadan.




Saya telah di jemput oleh adik saya utnuk mengikuti group FB bernama Komuniti peranakan  kampung kami.Bila saya amati ahli-ahlinya ramai yang saya tidak kenal. Mereka adalah kawan-kawan adik-adik saya yang rata-rata sebaya.Dan yang sebaya saya memang tidak ada.Ya memang saya sudah tua.

Perbualan mereka tentang kemeriahan Ramadan di zaman kanak-kanak dahulu.Tentang membeli air batu yang di balut habok kayu,tentang meriam,mercun,memukul kentung selepas trawikh dan sebagainya.Itulah cara mereka memeriahkan Ramadan.Tiada siran TV untuk di tonton,Ada siran langsung Musabaqah Al Quran di radio.Ibu bapa tidak pernah melarang anak-anak bermain meriam,malah seperti menggalakan kerana diberi belanja kos karbaid.Itulah caranya mereka menimbulkan mood Ramadan.


Saya anak perempaun,jadi saya tidak terlibat dalam aktiviti meriam,sekadar menjadi penonton yang menutup telinga sambil terjerit-jerti . Saya ingat sewaktu berusia 8 tahun,saya mengikuti kakak-kakak yang lebih berusia untuk bertadarrus disurau yang kosong semenjak pembenaan masjid baru.Selepas berbuka kami akan saling menjemput kawan untuk berkumpul disurau,bertadarrus dengan menggunakan cahaya dari lampu minyak tanah.Tidak ada perasaan takutpun dijiwa kami sebab Bapak kata bulan puasa hantu syaitan di kurung.Di Masjid,solat tarawih hanya kaum lelaki sahaja.Tidak ada pun jemaah wanita yang turut serta.

Suatu ketika didalam bilik guru masing-mesing-masing mengimbau pengalaman lama semasa Ramadan.Meriahnya.Seorang rakan sekerja lelaki  mencadangkan anak-anak sekarang patut di beri rasa kemeriahan bulan puasa dulu-dulu.Ajar mereka membakar mercun,memasang pelita,membena meriam dan semua yang dialami dahulu..Menurutnya kanak-kanak sekarang sudah kehilangan kemeriahan kerana sudah diisi dengan rancangan TV,play game,internet dan sebagainya.


Pada perkara dua baris di bawah pada perenggan diatas ini saya setujulah tetapi untuk yang baris pertama itu,saya sama sekali menolak. Pada masa kini berlaku perlambakan ilmuan-ilmuan yang mengingatan kita tentang ruginya kehidupan dalam suasana lagha,membuat perkara yang tidak bermunafaat. Jika sebelum membakar mercun atau memasang pelita,membina meriam itu dimulai dengan lafas Bismillah dengan penuh pengertian,sudah pasti ianya tidak akan diteruskan.


Samalah dengan karyawan-karyawan atau orang budaya yang mencungkil-cungkil adat tradisi lama,dihidupkan kembali untuk dikenali oleh jenerasi baru. Sehinggalah digunakan sebagai matapelajaran yang boleh menyumbang pencapaian ijazah.Kebanyakan adat tradisi lama yang bertiangkan perkara kurafat,buat apalah diketengahkan lagi. 


Sekarang disana sini kita telah diingatkan tentang kepentingan Ramadan.Bagaimana mahu menyemarakan Ramadan.Banyak punca. Tidak perlu meriam atau mercun . Pada anak-anak hanya perlu mengingatkan mereka apa yang mereka akan dapat bila melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan.Kata Ustaz Nurudin Ramadan ibarat hari pasar.Pada hari biasa kita berniaga biasa-biasa sahaja,kerana pelanggan yang datang orang biasa-biasa,tetapi pada hari ada pasar malam kita kena lipat gandakan barangan kerana pelanggan lebih ramai.Ramadan adalah bulan rahmat,jadi ibadat kita juga kena lipat gandakan untuk mendapat rahmat yang berganda.



 “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai pentunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah).” (Al-Baqarah: 185)

Ahad, 22 Julai 2012

Mood Ramadhan.

Minggu lepas,hari Selasa,waktu pendidikan Seni visual tahun 1.Sebelum menjelangnya Ramadan Makbonda mengambil peluang untuk menimbulkan mood Ramadan kepada penghuni kelas ini.

Makbonda mahu menimbulkan mood Ramadan dalam jiwa mereka sambil juga untuk diri sendiri.Selama ini bila mahu masuk Ramadan bayangan tentang keletihan,tentang juadah lazat-lazat dan sebagainya adalah lebih menonjol. Sedangkan ibu-ibu  dan orang dewasa juga memulakan mood Ramadan dengan senarai resepi  Apatah lagi anak-anak.

"Siapa tahu,minggu hadapan bermula bulan yang paling penting dalam tahun ni"
Masing-masing berbut-rebut.
"Kita tahu......kita tahu.........bulan puasa"
"Betul bulan kita wajib berpuasa.Namanya bulan Ramadan.Apa puasa tu."
Tidak perlu diterangkan,semua sudah tahu.
"Siapa yang suka puasa?"
Ada yang mengangkat tangan dengan penuh bangga telah berpuasa pada Ramadan yang lepas,ada yang menggeleng kepala.Ada juga diam menyembunyikan implisit.

"Kita tak tahan puasa,masa tu puasa sekerat hari je,lepas tu sakit perut"

"Mengapa kita perlu berpuasa?"
Mengikut standard usia mereka adalah juga jawapan yang boleh diterima.Sedangkan kita yang seusia begini masih lagi belum dapat mengisi jawapan sepenuhnya hikmah puasa,apalah lagi mereka.Masih ramai lagi orang dewasa yang masih melangkar adab-adab bulan Ramadhan,apatah lagi mereka.
Labih kurang 5 minit bersoaljawab barulah menerima kertas yang perlu diwarnakan.



Macam-macam aksi mengikut keselesaan,


kawan-kawan mengutuknya kerana mewarnakan songkok upin-ipin berbelang-belang
"Tak apalah,ini namanya kreatif"Kata Cikgu mempertahankannya.

Pertama kali dia dapat menyelesaikan lukisan,sebelum ini tidak pernah selesai.
5 minit sebelum tamat masa,mempamerkan lukisan untuk masing-masing menilai,sambil berjanji akan berpuasa dengan jayanya Ramadan ini.
"Lepas ni kita jangan cakap bulan puasa,tapi kena cakap bulan Ramadan"


Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah akan jauhkan mukanya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”

Ahad, 15 Julai 2012

Kasut


Dulu masa sekolah rendah,jarak sekolah sangat jauh.Bila musim hujan jalan lecak,tidak boleh memakai kasut,jadi kasut simpan dalam bekas dan berkaki ayam. Nanti bila hampir sekolah cari parit untuk basuh kaki. Di sekolah baru pakai kasut,Jadi kasut bersih. Tidak mengapalah sepanjang  jalan berkaki ayam,kadang luka terpijak cengkerang siput atau tersangkut batang semalu atau tersandung tunggul kayu,asalkan disekolah kasutnya putih dan bersih.Tidak ada perasaan malu sebab semua orang begitu kecuali kawan-kawan yang tinggal berhampiran sekolah.

Sekarang bila sudah menjadi cikgu,setiap perhimpunan hari Isnin akan memeriksa murid-murid dari segi rambut,kuku,tanda nama,baju dan tudung ,dan yang paling penting kasut. Rambut dan kuku pendek,baju dan  tudung bersih dan bergosok,tanda nama lengkap,kasut bersih. Bagi lokasi sekolah kami sudah tidak ada alasan jalan lecak,tidak ada streka dan sebagainya kerana kesemua mereka sudah tidak menempuh jalan berselut dan tidak ada satu rumah pun yang tiada bekalan elektrik. Bila ditanya tidak ada seorang pun dirumah yang tiada mesin pencuci baju.

Setiap minggu diberi amaran,namun setiap Isnin mesti ada yang tersangkut.

Lihat sahajalah apa yang diceritakan di dalam imej dibawah.






Hari Isnin sudah begini,sama seperti hari Jumaat.

Buruk tidak mengapa asalkan bersih


Pada hari itu tiba-tiba mata tertangkap pada jejaka tampan ini. Ketua kelas tahun 1.


“Alif,siapa basuh kasut kamu?”Tanya Cikgu.

Sebenarnya jangkaan yang kami buat tentu dia menjawab“Kakak,atau nenek atau abang dan mungkin Abah saya” kenapa bukan emak saya, Sudah pasti tidak, kerana emaknya telah pulang kerohmatullah 2 bulan yang lalu,selepas beberapa bulan berjuang dengan kenser payudara. Ya,Alif sudah tidak punya emak seusia 7 tahun.Tetapi dia masih punya seorang abang,dua orang kakak,abah dan seorang nenek. Walaupun begitu dia menjawab;

“Saya sendiri”

Tersangatlah menyentuh kalbu,disamping kawan-kawan yang masih lengkap ayah ibu namun berkasut kelabu,berbanding Alif yang tidak beribu berketerampilan seperti ini,tentu sekali dia punya disiplin kendiri.Selama ibunya berjuang dengan sel kenser dia telah bermandiri.

Alif di panggil untk berdiri di hadapan perhimpunan.
“Baik ,semua orang pandang hadapan.Pandang Alif. Seorang murid tahun 1,kita tanya dia siapa basuh kasut Alif”
“Saya basuh sendiri”
“Dengar tak?Alif sudah tidak ada emak tapi pakaian dia kemas dan bersih,tantu gembira emak dia di dalam kubur kerana anaknya seorang anak yang baik.Kamu semua sayang tak dengan emak kamu?”
“Sayaaang”
“Kalau sayang jadilah anak yang baik,yang soleh,berdikari,ikut macam Alif basuh kasut sendiri,kita patut mencontohi Alif. Boleh?”

Ada yang menjawab “Boleeeh” ada juga yang menjawab “Insyaallaah"

Tengok sahaja Isnin esok.
                

Catatan Popular