DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 23 Januari 2013

BRIM

Usai taklimat di PPD Makbonda mengambil kesempatan singgah di kedai buku,mencari barang keperluan yang yang memeng perlu. Yalah tempat tinggal Makbonda jauh di pendalaman,sementara melalui pekan,tidak mengapalah menyinggah-nyinggahkan,bukannya untuk berwindowshoping. Makbonda terserempak dengan kawan seasrama dahulu yang sekarang sudah menjawat GPK HEM di sekolah menengah.Pastinya Makbonda menyangka dia juga mengambil kesempatan menyinggah,rupa-rupanya beliau sedang mengambil cuti rehat khas.(CRK)

"Uruskan anak ke" Tanya Makbonda.
"Tak saja rehat,penat Makbonda,beberapa hari ni terget tugas saya melencong 90 darjah"
"Subhanallah,begitu sekali,tak sihat ke?Teruk juga kerja GPK Hem di awal tahun ni ye?,tak apalah dah tugas kan,tempuhi je dengan ikhlas."
"Kalau tugas biasa tak apalah,dah disusupun dalam takwim,tapi nilah musim BRIM ,perkera mudah sengaja disusahkan.Dah beberapa hari ni tak masuk kelas,taqwim yang dah tertulis tak terlaksana.BRIM punya pasal,orang besar nak datang,buat persiapan dewan,siapkan jemputan ibu bapa,susunan majlis,macam-macam lagi,guru-guru tak masuk kelas.Sekolah kita jadi pusat pulak,penjaga dari sekolah lain datang sekolah kita.3 hari 3malam kerja saya  hanya untuk itu."Luahnya.

"Tak apalah Gayah,kita ni pelaksana,dengar je dan laksana.Buat semampunya,disekolah kami saya tidak terlibat sangat,cuma menyediakan senarai murid siap dengan nama pejaga dan IC,senang je kerja saya,copy and paste je,sebab saya penjaga data. GPK HEM lah yang teruk, kena pergi bank pagi-pagi diiringi pegawai polis ambik duit,isi dalam sampul satu-satu, nak serahkan pada pada wakil rakyat yang nak datang barulah serah penjaga. Orang lain yang urus dewan,urus ibubapa yang datang,kira duit,sediakan protokal semua,jadi saya tak rasalah penat dan tak ambillah CRK he he he. 2 hari jugalah anak murid saya tak belajar sebab cikgu-cikgunya sebok"Saya pula mengungsikan pengalaman.

"Bukan apa Makbonda,sekarang kan dah era bank in pakai online je,masuk jelah dalam akaun budak-budak,tak lah melibatkan polis,dan banyak pihak lagi terlibat.Menyusahkan betul"Sambungnya lagi.

"Tak apalah kita susah,untuk menyenangkan orang lain,bagi canlah wakil rakyat nak bertemu rakyat jelata.Moga-moga kita ikhlas" Kami berpisah,beliau terus membelek majalah Dewan Masyarakat. Makbonda sebenarnya mahu membeli wall papar untuk menampal papan kenyataan yang telah berlubang sana berlubang sini dimakan usia.

Betul juga katanya,bukan kah lebih mudah bankinkan sahaja RM tesebut,biarlah ibubapa bersusah payah ke bank,kalau tentang RM sesiapa juga sanggup meredah kesusahan sebab itulah fitrahnya. Biarlah polis tu buat kerja lain,intai orang curi kelapa sawit ke,pecah rumah ke. Belum lagi mak bapa yang nak datang sekolah,yang kerja ambil cuti,yang cikgu kena tinggalkan anak murid,yang kerja ikut jam kene potong gaji. Samalah dengan seorang anak yang mahu tidur,jika sudah mengantuk,berbantalkan lengan pun boleh mendengkur.Apalagi kalau tidur mengikut sunah,dengan mengiring kekanan,meletakkan kedua-dua tangan dibawah kepala,dan membaca doa sebelum tidur,tentu tidurnya lena dan mendapat pahala pula. Tidak perlu lah didodoikan oleh ibu dan dihias tempat tidur dengan bunga-bunga segar dan wangi yang pasti mahal kosnya. Biarlah ibu terus membuat kerja-kerja dapur dari mengambil masa mendodoikannya.Kos eksosori pula digunakan untuk perkara lain seperti belanja dapur,susu dan sebagainya.Lainlah kalau semangnya RM melimpah ruah,setalah digunakan kos untuk perkara lain,berinfak dan sebagainya masih lagi berlebih.Ataupun ibu ada bibik yang membuat kerja rumah,ibu tidak ada kerja lain,boleh lah dodoikan sampai terjaga balik.

Moral
1.Anak kecil.-:Tidurlah sahaja,janganlah menyusahkan ibu mendodoikan kamu sehingga mengambil masa tugas ibu.
2.Ibu-:Janganlah dibiasakan anak menyusahkan kamu,dah fitrah manusia perlu tidur,tidak perlulah membazirkan kos untuk eksesori tempat tidur.
3.Cikgu-cikgu-:Buat sahajalah apa yang diarah,cikgu tidak masuk kelas bukan salah cikgu,salah orang yang mengarah,jadi jangan rasa bersalah.
4.Ibu bapa-: Sebenarnya tidak perlu ambil cuti semata-mata mahu mengambil BRIM tersebut dari tangan orang besar,datang sahaja masa lain,cikgu-cikgu masih simpan RM tersebut selagi ibu bapa belum tandatangan.Jangan bimbang,Cikgu-cikgu tidak akan mengambilnya.
5.Orang yang mengarahkan-: Sudah-sudahlah jangan menyusahkan cikgu.Cikgu-cikgu ibarat enjin pengluar produk.Dengan berhentinya mesin maka prodak-prodak terganggu jumlah pengeluarannya.Rugi kita. Janganlah kita turun kebelakang dalam penggunaan teknologi sekarang ini,akibatnya banyak pihak lain yang terlibat tidak dapat melangkah ke hadapan.
gambar hiasan sumber google

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

(Bukhari dan Muslim)

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Hasimah

    Tidak terfikirkah mereka jika peruntukan yang sebegitu boleh digunakan untuk pembangunan fizikal yang lebih bermanfaat ataupun untuk pembangunan insan.

    Andai mereka semat di hati akan pesan Rasulullah saw itu, tiadalah mereka mahu menyusahkan yang mudah.

    Salam maulidurrasul..


    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kak Werdah,salam mulidurrasul.

      sebenarnya ada lagi satu moral,
      Kepada GPK tersebut,janganlah lari dari tanggung jawab,kamu cuti orang lain yang kurang kene mengena pula yang memikul,jadi berganda-gandalah tali yang tersimpul.

      Kak Werdah,
      Benar sekali apa yang Kak werdah fikirkan.Saya terfikir,Kalau ibubapa yang income bawah 1K,besarnya nilai tersebut,tapi yang menghampiri 10K?

      Ada segelintir pelajar sekolah saya dapat KWMP tapi tak habis bayar PIBG,sekolah tidak dibenarkan memotong pula.

      Padam

Catatan Popular