DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Sabtu, 19 Januari 2013

LADAP

Tadi siang diadakan LADAP(Latihan Dalam Perkhidmatan)disekolah.Topiknya adalah pendedahan kepada  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Apakah bendanya itu boleh lah di cari di goggle.Sebenarnya satu jihad juga Sabtu-Sabtu begini kena pergi sekolah, duduk dimajlis, sedangkan jiran tetangga sedang mengadakan khenduri sambut menantu. Sepatutnya bagi jiran yang baik seperti saya ini kenalah rewang.Untuk itu saya telah menghadirkan diri dari petang semalam membawa kemalam,dan saya telah berjaya menyiapakan bahan utuk sambal kerabu. Dari mengisar cili,cekur,udang,belacan,bawang putih sehinggalah menggorengnya sehingga kering,dan saya agak berpuas hati dengan rasa asam,gula dan garamnya,Semoga para tetamu berpuashati dan merasa senang apabila menjamah kerabu semasa kenduri esoknya.

Menggoreng sambal kerabu juga satu jihad,menggaul campuran kelapa parut dan bumbunya dikuali besar yang berapi selama satu jam,boleh membuatkan badan lemah dan sakit-sakit di esok paginya. Nasib agak baik kursus perogram berlokasi di makmal komputer. Sambil pembentang beraksi dihadapan peserta dibebaskan beronline.Mungkin ini disengajakan agar peserta tidak berasa tertekan.Walaubagaimanapun saya tidak mengambil kesempatan mengupdate blog saya,itu tidak berkat namanya,namun saya hanya mengambil kesempatan utuk mengupdate blog sekolah yang saya sebagai adminnya.Tanpa aktiviti begini pastinya saya akan terbang ke alam mimpi.Sekurang-kurangnya saya mencatat apa yang di bentangkan dalam post,dan boleh dikongsi oleh orang lain.

Antara pendedahan yang dibuat dari PPPM tadi ialah Malaysia agak corot dalam pendidikan dibandingkan dengan negara lain terutama dalam Matematik dan sains.Tentu sekali pukulan itu sangat mengena kepada guru-guru macam saya.Dan lagi peruntukan untuk pendidikan paling banyak dikeluarkan,tapi bagi pandangan guru yang seperti saya dimanakah tirisnya yang banyak-banyak itu. sedangkan kami masih mengeluarkan belanja sendiri bila menghatar pelajar mewakili sekolah. Kami berbincang sesama sendiri dengan kawan sebelah menyebelah.Semamangnya ada laptop dan alatan lain semasa musim PPSMI dahulu tetapi semuanya berusia pendek. Entah dari kilang mana objek-objek itu dikeluarkan. Sebanarnya mana-mana sekolah yang hebat-hebat perasarananya adalah dari tajaan pihak pihak lain,jika tiada penaja atau bergantung semata-mata pada budget yang turun alamat suramlah suasana.


Dalam PPPM,semua kesilapan lalu akan diperbaiki,Sabjek-subjek pelajaran tertentu akan di beri penumpuan khas. Tiba-tiba seorang peserta bertanya,
 " Adakah subjek Agama Islam termasuk?". Jawapannya "Tidak,hanya subjek teras sahaja."
"Adakah pihak-pihak yang terlibat dalam penggubalan plan ini tidak menyedari kesilapan yang lepas. akibat dari pengabaian subjek Agama inilah akibatnya kita telah gagal malah berkedudukan corot pula. Mengapa tidak dijadikan iktibar. Sekurang-kurang subjek ini dijadikan subjek peperiksaan sekolah rendah?."Kata peserta itu panjang lebar.
"Kita pelaksana dasar ustaz,tak boleh buat apa-apa"
"Ialah betul kita tidak boleh buat apa-apa,kita hanya pendengar yang perlu mendengar lalu melaksanakan."
"Bagaimana dengan keteresan budget pendidikan yang begitu tinggi tapi kita tidak jelas pun hasilnya,tidakkah pernah ada usaha untuk menyisat dimana kebocoran berlaku,yang pasti bukan pihak guru yang memenuhkan kantung itu"Peserta lain pula mengutarakan soalan.

"Macamnilah cikgu-cikgu semua,kita boleh menyuarakan permasaalahan ini dengan melibatkan diri dalam kesatuan guru,jadi mendaftarlah cikgu-cikgu semua dalam kesatuan guru"Kasihan sungguh saya memandang pembentang tersebut,kerana beliau juga seperti kami.Mendengar dan melaksanakan,tanpa perlu bersoaljawab.

Tidak mengapalah Ustaz,tidak perlulah ada periksa-periksa semua,kalau para astaziah berjihad menegakkan ilmu Islam,ilmu islam tidak dipandang pada gred di sijil tapi  dari pembentukan akhlak pengamalnya. Kalau dapat para Ustaz dan Ustazah disekolah-sekolah seluruh negara bersatulah,bermuzakarah tingkatkan akhlak,perbaiki diri  masing-masing semoga dapat melahirkan  insan bertaqwa yang tunduk pada Allah Subhanawataala.Itulah dia saham untuk kalian diakhirat nanti disamping gaji setiap bualan. Sebenarnya saya tidakpun berkata pada ustaz itu,hanyalah bermonolog sahaja.

2 ulasan:

  1. Salam Simah.
    Sistem kita memang macam tu. "IKUT SAJA". Kalau guru pun ikut saja, anak didik bila dewasa dan bekerja pun nanti "IKUT SAJA". Tak ada peluang dan tidak di beri peluang untuk berfikir. Jadi Rakyat Malaysia hari ini "JADI PAK TURUT" saja. Kalau dalam ucapan sibuk kata nak bentuk ULUL ALBAB. Tak kesampaian. Kita sering lupa Allah benci orang yang berkata tanpa dikota. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu. Semoga Allah melindungi dan menurunkan pembuat-pembuat dasar yang mengerti apa itu YANG BENAR dan ikhlas dalam melaksanakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan,
      Anak sulung saya,sementara dapat posting mengajar disekolah dia mengajar di salah sebuah IPTS,bila dia telah mendapat tempat rasa tiadak mahu menerima sebab rasa seronok di IPTS,sebab kreativitinya dipandang.Saya paksa dia pergi juga sebab dia pemegang biasiswa,saya minta dia habiskan kontrak.Rupa-rupanya benar apa yang dijangkakan,disekolah dia hanya boleh jadi pelaksana. Tak tahulah sehingga bila dia bertahan.

      Padam

Catatan Popular