DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 28 Januari 2013

ASAL USUL 2

Mengikut cerita bagaimana sejarah penghijrahan Nenek suami saya dari Sumoroto,Jawa Timur, ke sini ialah;

Namanya Embah Marmi(EM)Ketika itu berusia bawah 4 tahun,telah dibawa berhijrah ke sini oleh ibunya dan 3 saudaranya yang lain.Turut serta juga adik beradik ibunya dengan beberapa saudara mara yang lain. Asalnya mereka Tinggal di Batu Pahat.Setelah 14tahun EM dikahwinkan lalu dibawa oleh suaminya ke  daerah Bagan Datok Perak.Ibunya tidak kerasan disini sebab meninggalkan 4 lagi anak di seberang yang mengusahakan pubrik batik,lalu ibunya pulang ke Sumoroto.Beberapa ketika kemudain meninggal dunia. EM berasa sedih,sudahlah dibawa pindah jauh dari saudara mara,ibunya pula pulang ke Solo dan meninggal dunia tanpa dapat melihat jenazahnya.

Masa terus berlalu,EM membesarkan anak-anak,dalam  menyimpan kerinduan kepada saudara-mara di seberang sehinggalah anak-anak telah berumah tangga dan EM talah menjadi nenek. Beliau ada berutus surat kepada saudara-maranya tetapi surat-surat hanya disimpan.Sering juga dia meluahkan tentang kerinduannya kepada anak cucu tapi apakan daya anak cucu tidak ada ruang untuk menghantarnya pulang ke sana. Sehinggalah dia pulang ke rohmatullah.

Suatu hari anak-anak mengemaskan barang-barang peninggalannya,mereka terjumpa alamat dan maklumat tentang saudara mara arwah di seberang. Masing-masing seperti tersandung. Anak bungsunya yang agak berjaya dalam perniagaannya telah berusaha menjejaki dengan menghantar surat melalui alamat yang ada.Usahanya mendapat tindakbalas dari keluarga di sana..Dengan bantuan pekerja nya beliau pergi keseberang. Sehinggalah berjaya mengunjungi mereka di sana. Anak Bungsunya ini iaitu pakcik suami saya mempunyai ramai pekerja Indonesia yang membantu menaikan perusahaannya,rata-rata semua berasal dari daerah kemiskinan di Pulau Jawa. Jadi ceritanya adalah tentang kedaifan seperti rumah yang berdinding tanah liat,minum air kali,tandas yang open air serta dindingnya setinggi pinggang,dan bermacam-macam lagi. Lalu dia membuat kesimpulan bahawa begitulah dengan keadaan saudar-maranya juga.

Setelah tiba di Jakarta dia telah ditunggu oleh beberapa orang diantara mereka dengan Mobil yang gede  siap dengan sopirnya. Terpukul benar rasanya. Dia disambut dengan meriah sekali. masing-masing menawarkan diri untuk diinapi kediamannya. Dari Kota Jakarta sehingga ke Surabaya,semua tempat ada sudara mara yang rata-rata kelas pertengahan dan atasan. Yang punya toko-toko perniagaan atau pun pegawai pemerintah.Cerita-cerita yang dibawa oleh pekerjanya mengenai situasi tempat tinggal yang telah tertanam didalam benaknya menyimpang sekali. Pada ketika itu hatinya betul-betul meruntun.Kalaulah arwah ibunya dapat pulang bertemu saudara-maranya tentu terlerai kempunannya. Jiwanya dihantui rasa bersalah.Untuk menebus rasa bersalah tersebut beliau membuat siri-siri lawatan dengan membawa isteri,anak,kakak-kakak dan anak saudara secara bergilir-gilir. Sebagai balasannya mereka juga datang membalas kunjungan dengan jumlah yang memerlukan sebuah bas.
 
Baru-baru ini tiba giliran suami saya sebagai anak saudaranya dibawa kesana mengenalkan asal-usul.Dalam masa peninggalan suami,beberapa orang bertanya ke manakah suami saya.Selepas diterangkan situasinya,masing-masing membuat ulasan.Meraka antaranya berpengalaman kesana tapi atas urusan yang berbeza dengan suami saya,ada yang sekadar melancong-lancong ada yang untuk shoping-shoping.Ada juga atas urusan menghantar anak belajar di pesantreni juga di universitas. Meminjam ungkapan Bonda ngasobah dalam permusafirannya di bumi Morocco,masing-masing bercerita bagai orang buta dengan gajah. Sipemegang ekor menyimpulkan bahawa gajah seperti tali,pemegang kaki pula gajah seperti tiang,pemegang telinga pula gajah seperti kipas,pemegang belalai pula gajah seperti ular dan pemegang gading gajah seperti keris.

"Eh baik-baik kesana,nanti tinggal sehelai sepinggang,semua barang-barang kita di mintak" Kata yang berpengalaman itu

"Eh saya tak lalu makan di Jakarta,tempat makannya kotor"Yang pernah makan di tempat begitu.

"Baik-baik shoping,nanti kena keroyok dek penjaja,masing-masing menyuakan dagangannya"

Saya menunggu-nunggu sumai saya pulang dengan cerita-cerita yang bagaimana.

"Mana ada semua cerita dia orang tak betul. Rumh mereka cantik-cantik,dinding bertail hingga ke siling,tiap rumah ada kerusi jati. Sepanjang perjalanan tak ada tanah kosong,semua bertanam.Pemandangan sepanjang jalan cantik,tanah subur"

Saya cuba memancing berdasarkan cerita yang pernah saya dengar,namun dinafikan oleh suami saya. Maka saya gunakan perumpamaan diatas. Mungkin beliau memegang kaki gajah,maka gambaran gajah seperti tiang.Sebenarnyasemuanya betul. Dimana-mana tempat ada yang elok dan sebaliknya.

Walaubagaimanapun hati jiwa saya meronta-ronta untuk melawat tempat asal usul nenek moyang saya. Saya simpan Azam ini. InsyaAllah.


Rumah pusaka yang telah ditinggalkan oleh Embah Marmi di Somoroto ,Ponorogo.




Suami saya mengelilingi kampung seperti kampung sendiri.



2 ulasan:

  1. Assalam,
    Saya seronok baca kisah dalam N3 ini. Saya tidak ada hubungan langsung dengan saudara mara di Tanah Jawa. Cuma katanya asal usul juga dari Solo. Saya masih berangan2 nak pergi Solo. Belum berpeluang. Kenapa Simah tak pergi sama? Saya suka ke sana. Nostalgia. Walaupun belum mejejak bumi Solo. Suami saya orang Kedah. Minatnya tentang Tanah Jawa kurang. Mungkin kita pergi sekali kot?....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali,

      Walaubagaimanapun Puan acapkali juga mengunjungi tanah Jawa bukan? Kali ini pakciknya hanya membawa orang lelaki,agar perziarahannya lebih lancar dan luas.Menurutnya,tanpa orang perempuan mereka bebas menginap dimana-mana sebab wanita itu aurat.

      Insyaallah dia merintis dahulu kemudian akan membawa saya pula. Tidak mustahil akan bersama puan sekali.

      Padam

Catatan Popular