DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 28 Januari 2013

ASAL USUL 2

Mengikut cerita bagaimana sejarah penghijrahan Nenek suami saya dari Sumoroto,Jawa Timur, ke sini ialah;

Namanya Embah Marmi(EM)Ketika itu berusia bawah 4 tahun,telah dibawa berhijrah ke sini oleh ibunya dan 3 saudaranya yang lain.Turut serta juga adik beradik ibunya dengan beberapa saudara mara yang lain. Asalnya mereka Tinggal di Batu Pahat.Setelah 14tahun EM dikahwinkan lalu dibawa oleh suaminya ke  daerah Bagan Datok Perak.Ibunya tidak kerasan disini sebab meninggalkan 4 lagi anak di seberang yang mengusahakan pubrik batik,lalu ibunya pulang ke Sumoroto.Beberapa ketika kemudain meninggal dunia. EM berasa sedih,sudahlah dibawa pindah jauh dari saudara mara,ibunya pula pulang ke Solo dan meninggal dunia tanpa dapat melihat jenazahnya.

Masa terus berlalu,EM membesarkan anak-anak,dalam  menyimpan kerinduan kepada saudara-mara di seberang sehinggalah anak-anak telah berumah tangga dan EM talah menjadi nenek. Beliau ada berutus surat kepada saudara-maranya tetapi surat-surat hanya disimpan.Sering juga dia meluahkan tentang kerinduannya kepada anak cucu tapi apakan daya anak cucu tidak ada ruang untuk menghantarnya pulang ke sana. Sehinggalah dia pulang ke rohmatullah.

Suatu hari anak-anak mengemaskan barang-barang peninggalannya,mereka terjumpa alamat dan maklumat tentang saudara mara arwah di seberang. Masing-masing seperti tersandung. Anak bungsunya yang agak berjaya dalam perniagaannya telah berusaha menjejaki dengan menghantar surat melalui alamat yang ada.Usahanya mendapat tindakbalas dari keluarga di sana..Dengan bantuan pekerja nya beliau pergi keseberang. Sehinggalah berjaya mengunjungi mereka di sana. Anak Bungsunya ini iaitu pakcik suami saya mempunyai ramai pekerja Indonesia yang membantu menaikan perusahaannya,rata-rata semua berasal dari daerah kemiskinan di Pulau Jawa. Jadi ceritanya adalah tentang kedaifan seperti rumah yang berdinding tanah liat,minum air kali,tandas yang open air serta dindingnya setinggi pinggang,dan bermacam-macam lagi. Lalu dia membuat kesimpulan bahawa begitulah dengan keadaan saudar-maranya juga.

Setelah tiba di Jakarta dia telah ditunggu oleh beberapa orang diantara mereka dengan Mobil yang gede  siap dengan sopirnya. Terpukul benar rasanya. Dia disambut dengan meriah sekali. masing-masing menawarkan diri untuk diinapi kediamannya. Dari Kota Jakarta sehingga ke Surabaya,semua tempat ada sudara mara yang rata-rata kelas pertengahan dan atasan. Yang punya toko-toko perniagaan atau pun pegawai pemerintah.Cerita-cerita yang dibawa oleh pekerjanya mengenai situasi tempat tinggal yang telah tertanam didalam benaknya menyimpang sekali. Pada ketika itu hatinya betul-betul meruntun.Kalaulah arwah ibunya dapat pulang bertemu saudara-maranya tentu terlerai kempunannya. Jiwanya dihantui rasa bersalah.Untuk menebus rasa bersalah tersebut beliau membuat siri-siri lawatan dengan membawa isteri,anak,kakak-kakak dan anak saudara secara bergilir-gilir. Sebagai balasannya mereka juga datang membalas kunjungan dengan jumlah yang memerlukan sebuah bas.
 
Baru-baru ini tiba giliran suami saya sebagai anak saudaranya dibawa kesana mengenalkan asal-usul.Dalam masa peninggalan suami,beberapa orang bertanya ke manakah suami saya.Selepas diterangkan situasinya,masing-masing membuat ulasan.Meraka antaranya berpengalaman kesana tapi atas urusan yang berbeza dengan suami saya,ada yang sekadar melancong-lancong ada yang untuk shoping-shoping.Ada juga atas urusan menghantar anak belajar di pesantreni juga di universitas. Meminjam ungkapan Bonda ngasobah dalam permusafirannya di bumi Morocco,masing-masing bercerita bagai orang buta dengan gajah. Sipemegang ekor menyimpulkan bahawa gajah seperti tali,pemegang kaki pula gajah seperti tiang,pemegang telinga pula gajah seperti kipas,pemegang belalai pula gajah seperti ular dan pemegang gading gajah seperti keris.

"Eh baik-baik kesana,nanti tinggal sehelai sepinggang,semua barang-barang kita di mintak" Kata yang berpengalaman itu

"Eh saya tak lalu makan di Jakarta,tempat makannya kotor"Yang pernah makan di tempat begitu.

"Baik-baik shoping,nanti kena keroyok dek penjaja,masing-masing menyuakan dagangannya"

Saya menunggu-nunggu sumai saya pulang dengan cerita-cerita yang bagaimana.

"Mana ada semua cerita dia orang tak betul. Rumh mereka cantik-cantik,dinding bertail hingga ke siling,tiap rumah ada kerusi jati. Sepanjang perjalanan tak ada tanah kosong,semua bertanam.Pemandangan sepanjang jalan cantik,tanah subur"

Saya cuba memancing berdasarkan cerita yang pernah saya dengar,namun dinafikan oleh suami saya. Maka saya gunakan perumpamaan diatas. Mungkin beliau memegang kaki gajah,maka gambaran gajah seperti tiang.Sebenarnyasemuanya betul. Dimana-mana tempat ada yang elok dan sebaliknya.

Walaubagaimanapun hati jiwa saya meronta-ronta untuk melawat tempat asal usul nenek moyang saya. Saya simpan Azam ini. InsyaAllah.


Rumah pusaka yang telah ditinggalkan oleh Embah Marmi di Somoroto ,Ponorogo.




Suami saya mengelilingi kampung seperti kampung sendiri.



Sabtu, 26 Januari 2013

Keemasan 2


Satu masa adik saya pernah menegur apabila saya seperti tidak puas hati dengan sikap bapak.Tingkahlakunya banyak yang berubah berbanding ketika muda.

Satu masa adik saya pernah menegur apabila saya seperti tidak puas hati dengan sikap bapak.Tingkahlakunya banyak yang berubah berbanding ketika muda.





Satu masa adik saya pernah menegur apabila saya seperti tidak puas hati dengan sikap bapak.Tingkahlakunya banyak yang berubah berbanding ketika muda.

"Orang tua kak,tingkah lakunya tidak dijangka.Bapak kita kira oklah, sikit-sikit tu baisalah Masa kita nanti seusia itu belum tentu bagaimana.Kalau di hitung berapa banyak dia bersabar membesarkan kita,jauh sangat berbanding masa kita bersabar menghadapi dia."

Betul kata adik saya.Sekarang saya sentiasa berpegang dengan kata-kata itu.Begitulah kehidupan,kadangkala kita tersasar,bila ada yang mengingatkan bolehlah diperbetulkan balik kedudukan.

Berhadapan dengan warga tua,kadangkala ada yang mudah urusannya dan ada juga yang sebaliknya. Namun bila kita berhadapan dengan warga tua yang pernah bersama-sama kita sejak muda lagi,walaubagaimana keranah yang di hadhirkan kita akan lebih bersabar apabila kita mengenang  kebaika-kebaikan yang telah mereka curahkan kepada kita. Berbeza dengan apabila kita tidak pernah bersama atau tidak tahu latarbelakangnya,jumpa-jumpa mereka telah uzur dan sering bertingkahlaku yang menjengkelkan. Contohnya, Bapak mertua kepada kawan saya,sejak muda beliau memang tidak pandai berlemah lembut dengan isteri,sehinggalah isterinya meninggal,namun sepanjang bersama isterinya redha dan sentiasa menurut dan tidak pernah ada komplen dari mulutnya.Cuma anak-anak yang sesekali tidak berpuas hati. Apabila isterinya meninggal beliau berkahwin lagi,dan meneruskan perangai lama. Anak-anak sudah biasa dengan perangai bapanya,bagaimana pula dengan anak-anak tiri?. Akibat tidak tahan melihat kehidupan ibu mereka satu masa dibawanya bapa tiri merek ke psychiatrist. Melentinglah bapa tersebut."Selama ni tak pernah anak-anak aku kata aku gila,ni anak-anak tiri pulak bawa aku jumpa doktor jiwa." Anak-anak pun ada yang tidak berpua hati.

3 tahun yang lalu,sekolah saya menerima boss yang telah uzur,dipindahkan dari sekolah lain.Ada pihak yang menasihatkan beliau agar keluar dari menjadi boss,menjadi guru biasa sahaja agar tidak banyak pihak yang terlibat,tapi beliau enggan kerana menurutnya beliau masih menanggung anak-anak yang masih sekolah. Dalam seminggu  3 hari beliau tidak datang kesekolah kerana rawatan dialysis. Apabila datang kesekolahpun beliau tidak memenuhi jadual waktu akibatnya guru-guru lain terpaksa mengisi jadual tersebut. Di era guru-guru terbeban dengan tugas-tugas diluar mengajar ini tentu sekali meninggalkan rasa tidak puas hati dihati mangsa-mangsa itu. Apabila semasa mesyuarat beliau menyentuh tentang guru masuk lambat,murid bising tiada guru dan sebagainya maka berpecahlah dan merebak rasa ketiadakpuasan hati anak buah seperti pecahnya sel-sel censer dan merebak,lalu memakan sel-sel bahagian yang lain. Sesekali juga beliau mengeluarkan rasa tidak puas hati kerena orang bawahan seperti tidak menghormatinya dan selalu tidak merujuknya bila membuat satu-satu aktiviti. Sebenarnya bukan tidak menghormatinya tapi sudah biasa ketiadaannya,maka sekadar berjumpa penolongnya sahajalah.

Tibalah hari persaraannya,berbagai-bagai permintaan yang dibuatnya semasa hari persaraan,yang sepatutnya pulangkan sahaja pada orang yang meraikan,demi memuaskan hatinya disaat akhir keriernya dituruti juga lah kehendaknya walaupun dengan rungutan-rungutan. Yang mengejutkan saya pada hari persaraan semua anak-anak,menantu dan cucunya semuanya turut hadhir.Ada yang polis,guru,bank,pelajar IPTA,IPTS,Asrama Penuh, semuanya datang,pastinya masing-masing memohon cuti sebab hari itu ialah hari bekerja. Di sini saya melihat betapa akrabnya beliau dengan anak-anak,sehingga mereka sanggup meluangkan masa dihari persaraan bapanya. Kemudian lagi semua rakan-rakan sejawatnya yang dijemput hadhir meraikan sama.Semasa beliau berucap,respon dari rakan jemputannya begitu baik sehingga ada hubungan dua hala. Di sini saya melihat tentu sekali semasa muda beliau adalah seorang yang mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan. Rupa-rupanya kami-kami sahaja yang agak tidak akrab bersamanya,yalah kami tidak pernah bersamnaya semasa muda,semasa zaman beliau baik-baik,jumpa-jumpa beliau sudah uzur dan sering menzahirkan tingkahlaku yang menjengkelkan begitu.

Selalu saya fikirkan,bagaiamankah keadaan kita nanti,adakah menyenangkan orang sekeliling atau sebaliknya.

 

Rabu, 23 Januari 2013

BRIM

Usai taklimat di PPD Makbonda mengambil kesempatan singgah di kedai buku,mencari barang keperluan yang yang memeng perlu. Yalah tempat tinggal Makbonda jauh di pendalaman,sementara melalui pekan,tidak mengapalah menyinggah-nyinggahkan,bukannya untuk berwindowshoping. Makbonda terserempak dengan kawan seasrama dahulu yang sekarang sudah menjawat GPK HEM di sekolah menengah.Pastinya Makbonda menyangka dia juga mengambil kesempatan menyinggah,rupa-rupanya beliau sedang mengambil cuti rehat khas.(CRK)

"Uruskan anak ke" Tanya Makbonda.
"Tak saja rehat,penat Makbonda,beberapa hari ni terget tugas saya melencong 90 darjah"
"Subhanallah,begitu sekali,tak sihat ke?Teruk juga kerja GPK Hem di awal tahun ni ye?,tak apalah dah tugas kan,tempuhi je dengan ikhlas."
"Kalau tugas biasa tak apalah,dah disusupun dalam takwim,tapi nilah musim BRIM ,perkera mudah sengaja disusahkan.Dah beberapa hari ni tak masuk kelas,taqwim yang dah tertulis tak terlaksana.BRIM punya pasal,orang besar nak datang,buat persiapan dewan,siapkan jemputan ibu bapa,susunan majlis,macam-macam lagi,guru-guru tak masuk kelas.Sekolah kita jadi pusat pulak,penjaga dari sekolah lain datang sekolah kita.3 hari 3malam kerja saya  hanya untuk itu."Luahnya.

"Tak apalah Gayah,kita ni pelaksana,dengar je dan laksana.Buat semampunya,disekolah kami saya tidak terlibat sangat,cuma menyediakan senarai murid siap dengan nama pejaga dan IC,senang je kerja saya,copy and paste je,sebab saya penjaga data. GPK HEM lah yang teruk, kena pergi bank pagi-pagi diiringi pegawai polis ambik duit,isi dalam sampul satu-satu, nak serahkan pada pada wakil rakyat yang nak datang barulah serah penjaga. Orang lain yang urus dewan,urus ibubapa yang datang,kira duit,sediakan protokal semua,jadi saya tak rasalah penat dan tak ambillah CRK he he he. 2 hari jugalah anak murid saya tak belajar sebab cikgu-cikgunya sebok"Saya pula mengungsikan pengalaman.

"Bukan apa Makbonda,sekarang kan dah era bank in pakai online je,masuk jelah dalam akaun budak-budak,tak lah melibatkan polis,dan banyak pihak lagi terlibat.Menyusahkan betul"Sambungnya lagi.

"Tak apalah kita susah,untuk menyenangkan orang lain,bagi canlah wakil rakyat nak bertemu rakyat jelata.Moga-moga kita ikhlas" Kami berpisah,beliau terus membelek majalah Dewan Masyarakat. Makbonda sebenarnya mahu membeli wall papar untuk menampal papan kenyataan yang telah berlubang sana berlubang sini dimakan usia.

Betul juga katanya,bukan kah lebih mudah bankinkan sahaja RM tesebut,biarlah ibubapa bersusah payah ke bank,kalau tentang RM sesiapa juga sanggup meredah kesusahan sebab itulah fitrahnya. Biarlah polis tu buat kerja lain,intai orang curi kelapa sawit ke,pecah rumah ke. Belum lagi mak bapa yang nak datang sekolah,yang kerja ambil cuti,yang cikgu kena tinggalkan anak murid,yang kerja ikut jam kene potong gaji. Samalah dengan seorang anak yang mahu tidur,jika sudah mengantuk,berbantalkan lengan pun boleh mendengkur.Apalagi kalau tidur mengikut sunah,dengan mengiring kekanan,meletakkan kedua-dua tangan dibawah kepala,dan membaca doa sebelum tidur,tentu tidurnya lena dan mendapat pahala pula. Tidak perlu lah didodoikan oleh ibu dan dihias tempat tidur dengan bunga-bunga segar dan wangi yang pasti mahal kosnya. Biarlah ibu terus membuat kerja-kerja dapur dari mengambil masa mendodoikannya.Kos eksosori pula digunakan untuk perkara lain seperti belanja dapur,susu dan sebagainya.Lainlah kalau semangnya RM melimpah ruah,setalah digunakan kos untuk perkara lain,berinfak dan sebagainya masih lagi berlebih.Ataupun ibu ada bibik yang membuat kerja rumah,ibu tidak ada kerja lain,boleh lah dodoikan sampai terjaga balik.

Moral
1.Anak kecil.-:Tidurlah sahaja,janganlah menyusahkan ibu mendodoikan kamu sehingga mengambil masa tugas ibu.
2.Ibu-:Janganlah dibiasakan anak menyusahkan kamu,dah fitrah manusia perlu tidur,tidak perlulah membazirkan kos untuk eksesori tempat tidur.
3.Cikgu-cikgu-:Buat sahajalah apa yang diarah,cikgu tidak masuk kelas bukan salah cikgu,salah orang yang mengarah,jadi jangan rasa bersalah.
4.Ibu bapa-: Sebenarnya tidak perlu ambil cuti semata-mata mahu mengambil BRIM tersebut dari tangan orang besar,datang sahaja masa lain,cikgu-cikgu masih simpan RM tersebut selagi ibu bapa belum tandatangan.Jangan bimbang,Cikgu-cikgu tidak akan mengambilnya.
5.Orang yang mengarahkan-: Sudah-sudahlah jangan menyusahkan cikgu.Cikgu-cikgu ibarat enjin pengluar produk.Dengan berhentinya mesin maka prodak-prodak terganggu jumlah pengeluarannya.Rugi kita. Janganlah kita turun kebelakang dalam penggunaan teknologi sekarang ini,akibatnya banyak pihak lain yang terlibat tidak dapat melangkah ke hadapan.
gambar hiasan sumber google

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

(Bukhari dan Muslim)

Sabtu, 19 Januari 2013

LADAP

Tadi siang diadakan LADAP(Latihan Dalam Perkhidmatan)disekolah.Topiknya adalah pendedahan kepada  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Apakah bendanya itu boleh lah di cari di goggle.Sebenarnya satu jihad juga Sabtu-Sabtu begini kena pergi sekolah, duduk dimajlis, sedangkan jiran tetangga sedang mengadakan khenduri sambut menantu. Sepatutnya bagi jiran yang baik seperti saya ini kenalah rewang.Untuk itu saya telah menghadirkan diri dari petang semalam membawa kemalam,dan saya telah berjaya menyiapakan bahan utuk sambal kerabu. Dari mengisar cili,cekur,udang,belacan,bawang putih sehinggalah menggorengnya sehingga kering,dan saya agak berpuas hati dengan rasa asam,gula dan garamnya,Semoga para tetamu berpuashati dan merasa senang apabila menjamah kerabu semasa kenduri esoknya.

Menggoreng sambal kerabu juga satu jihad,menggaul campuran kelapa parut dan bumbunya dikuali besar yang berapi selama satu jam,boleh membuatkan badan lemah dan sakit-sakit di esok paginya. Nasib agak baik kursus perogram berlokasi di makmal komputer. Sambil pembentang beraksi dihadapan peserta dibebaskan beronline.Mungkin ini disengajakan agar peserta tidak berasa tertekan.Walaubagaimanapun saya tidak mengambil kesempatan mengupdate blog saya,itu tidak berkat namanya,namun saya hanya mengambil kesempatan utuk mengupdate blog sekolah yang saya sebagai adminnya.Tanpa aktiviti begini pastinya saya akan terbang ke alam mimpi.Sekurang-kurangnya saya mencatat apa yang di bentangkan dalam post,dan boleh dikongsi oleh orang lain.

Antara pendedahan yang dibuat dari PPPM tadi ialah Malaysia agak corot dalam pendidikan dibandingkan dengan negara lain terutama dalam Matematik dan sains.Tentu sekali pukulan itu sangat mengena kepada guru-guru macam saya.Dan lagi peruntukan untuk pendidikan paling banyak dikeluarkan,tapi bagi pandangan guru yang seperti saya dimanakah tirisnya yang banyak-banyak itu. sedangkan kami masih mengeluarkan belanja sendiri bila menghatar pelajar mewakili sekolah. Kami berbincang sesama sendiri dengan kawan sebelah menyebelah.Semamangnya ada laptop dan alatan lain semasa musim PPSMI dahulu tetapi semuanya berusia pendek. Entah dari kilang mana objek-objek itu dikeluarkan. Sebanarnya mana-mana sekolah yang hebat-hebat perasarananya adalah dari tajaan pihak pihak lain,jika tiada penaja atau bergantung semata-mata pada budget yang turun alamat suramlah suasana.


Dalam PPPM,semua kesilapan lalu akan diperbaiki,Sabjek-subjek pelajaran tertentu akan di beri penumpuan khas. Tiba-tiba seorang peserta bertanya,
 " Adakah subjek Agama Islam termasuk?". Jawapannya "Tidak,hanya subjek teras sahaja."
"Adakah pihak-pihak yang terlibat dalam penggubalan plan ini tidak menyedari kesilapan yang lepas. akibat dari pengabaian subjek Agama inilah akibatnya kita telah gagal malah berkedudukan corot pula. Mengapa tidak dijadikan iktibar. Sekurang-kurang subjek ini dijadikan subjek peperiksaan sekolah rendah?."Kata peserta itu panjang lebar.
"Kita pelaksana dasar ustaz,tak boleh buat apa-apa"
"Ialah betul kita tidak boleh buat apa-apa,kita hanya pendengar yang perlu mendengar lalu melaksanakan."
"Bagaimana dengan keteresan budget pendidikan yang begitu tinggi tapi kita tidak jelas pun hasilnya,tidakkah pernah ada usaha untuk menyisat dimana kebocoran berlaku,yang pasti bukan pihak guru yang memenuhkan kantung itu"Peserta lain pula mengutarakan soalan.

"Macamnilah cikgu-cikgu semua,kita boleh menyuarakan permasaalahan ini dengan melibatkan diri dalam kesatuan guru,jadi mendaftarlah cikgu-cikgu semua dalam kesatuan guru"Kasihan sungguh saya memandang pembentang tersebut,kerana beliau juga seperti kami.Mendengar dan melaksanakan,tanpa perlu bersoaljawab.

Tidak mengapalah Ustaz,tidak perlulah ada periksa-periksa semua,kalau para astaziah berjihad menegakkan ilmu Islam,ilmu islam tidak dipandang pada gred di sijil tapi  dari pembentukan akhlak pengamalnya. Kalau dapat para Ustaz dan Ustazah disekolah-sekolah seluruh negara bersatulah,bermuzakarah tingkatkan akhlak,perbaiki diri  masing-masing semoga dapat melahirkan  insan bertaqwa yang tunduk pada Allah Subhanawataala.Itulah dia saham untuk kalian diakhirat nanti disamping gaji setiap bualan. Sebenarnya saya tidakpun berkata pada ustaz itu,hanyalah bermonolog sahaja.

Ahad, 6 Januari 2013

KAWAN

Nun di sudut sana dua orang kanak-kanak sedang berpolemik.

Sasya:kita cantik tak?
Liza:tak
Sasya:alah tak kawan!
Liza:napa?
Sasya:awak tak suka kita
Liza:mana ada?
Sasya:habis  kata awak kita tak cantik
Liza:mana ada saya kata tak suka,awak tanya kita awak cantik tak,bukan tanya kita suka awak ke tak?
Sasya:habis kenapa kawan dengan kita kan kita tak cantik.
Liza:kita kawan dengan awak bukan sebab awak cantik tapi sebab kita memang kawan.Walaupun  kita kawan,kita tak boleh kata awak cantik,itu tipu namanya.
Sasya:???????



Catatan Popular