DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 27 Mac 2013

PERHITUNGAN

Sebanarnya saya telah lama membuat entry ini tapi menyimpannya sebagai draf sahaja,hanya malam ini baru saya publish,rupa-rupanya adik saya telah menerbitkan ceritanya terlebih dahulu di sini. tidak mengapalah saya teruskan juga,dan ceritanya sememangnya sama dan saya lengkapkan lagi. Arwah Sufi Solehah ialah anak kepada kakak sepupu saya Kak Ani(kakitangan felda Pasak),anak kepada Pak Long kami. Kakak kepada Dr Zainur Rahid Zainuddin. Beliau mula dapat dikesan mengidap penyakit ini pada bulan November yang lalu. Sebelum ini simptom-simptom yang kelihatan ialah selalu lelah,mata agak kekuningan,apabila dibawa ke kelinik atau hospital hanya diberitahu beliau kurang darah,sehinggalah kakak iparnya juga seorang doktor juga Pak Ciknya bertindak untuk merujuk ke peringkat kepakaran,barulah diketahui penyakit sebenarnya.Mengikut jadual rawatan satu pemindahan sum-sum tulang salah seorang abangnya akan dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada bulan April .Namun rancangan Allah melebihi rancangan makluknya

Dibawah adala apa yang dituliskan oleh    Dr Zainur Rashid Zainuddin  dalam facebook group KELUARGA HJ BAWOK DAN HJH HINDUN untuk memberikan makluman ke seluruh keluarga pada 26 November 2012
 
Assalamu'alaikum,

Ingin kongsikan satu berita buat saudara mara yang jauh.

Anakanda Sufi Soleha Supian, 21 tahun kini berada di Hospital Sultanah Aminah, JB.

Soleha yang penyayang ini diuji dengan penyakit "Acute Lymphoblastic Leukaemia".

ALL adalah sejenis kanser sel darah putih (lymphoblast = sel putih yang belum matang) yang dihasilkan dengan banyak oleh sum-sum tulang (bone marrow). Akibatnya akan menyebabkan berkurangannya sel darah merah, sel darah putih (yang matang) dan sel pembeku darah (platelet)

Ini mengakibatkan Soleha menghadapi beberapa permasalahan seperti :

1-Kurang darah merah (Anaemia) - cepat letih, pitam, pucat dan sebagainya
2-Kurang darah putih - mudah dijangkiti penyakit
3-Kurang sel pembeku darah - mudah berdarah
4-Sakit-sakit sendi, tulang dsb.

Rawatan yang perlu dijalaninya adalah kemoterapi selama beberapa bulan selain daripada pemindahan sum-sum tulang (Bone-Marrow Transplant, BMT).

BMT akan dibuat setelah menemui penderma yang paling sesuai di kalangan adik beradik pada satu ketika nanti.

Alhamdulillah, walau pun kemoterapi bukanlah rawatan yang mudah namun Soleha kelihatan bersemangat dan optimis untuk melalui ujian Allah ini.

Mohon doa daripada semua ahli keluarga agar Soleha berjaya menjalani ujian ini dengan tabah dan pulih seperti sedia kala nanti.

Salam sayang dan persaudaraan.....
 
 
 
Arwah diapit oleh Pakciknya suami isteri juga kedua-duanya seorang doktor
 
 
Gambar ini saya ambil selepas saya melawatnya di Hospital Tun Aminah,beliau sendiri mahu menghantar kami hingga ke pintu hspital,ini membuktikan bahawa awah adalah seorang yang tinggi semangatnya.
Kami tidak sempat melihat jenazahnya,beliau menghempuskan nafas terakhirnya pada lebih kurang jam 12 tengahari dan terus dikebumikan pada jam 6 petang. Hari itu Sabtu,kami ada program disekolah,suami saya pula ada mesyurat sebelah petang,jadi selepas Asar baru kaim bertolak. Apa yang saya ucapkan pada kakak sepupu saya ialah 
 
"Kak harap kakak redho ye,pemergian arwah,tamat penderitaannya,Allah pinjamkan dia kat kakak,kakak dah jalankan aman.Semoga dia bahagia di sana. Insyaallah nanti akan tiba giliran kita"
 
Apa yang saya lihat ialah semua keluarga nya begitu pandai bercakap tentang penyakit ini. Saya berbisik pada adik saya,
 
 "Inilah hikmahnya, Bila Allah tarik baik apa yang diberikan,akan diganti dengan kebaikan lain yang kadang-kadang kita tidak sedari.Tengoklah semua orang pandai bercakap tentang penyakitnya berbanding sebelum ni.
 
Lalu adik saya menjawab "Macam sayalah dulu tak peduli sihir-sihir ni,bila dah terkena barulah mencari maklumat."  
 
Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.Sajdah [9]
 

إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْفَاتِحَةْ

 

Isnin, 18 Mac 2013

KAMI VI

 Saya tidak tahu kedudukan saya sekarang adakah tersasar dari tajuk atau tidak.Bila membuka muka buku,anak saya membuat status di wallnya,lantas saya like dan tulis komen dan post. Bila saya semak kembali adakah kena komen saya itu? Namun saya biarkan tanpa delete,rasa-rasanya kena kut.

Sebenarnya saya terpengaruh dengan iklim semasa. Sedang saya menghadam satu artikal yang adik saya kongsikan  di mukabukunya disini,tiba-tiba sahabat saya yang pernah saya kongsikan di sini  hingga di sini datang. Katanya dia sedang lemah dan meminta kekuatan.

"Bapa mertua saya sedang di wad kecemasan,sekarang sedang bermacam-macam salur yang melilit tubuhnya. Emak mertua tiri saya yang menemani. Semalam petang saya melawat tanpa suami sebab dia sedang dalam giliran isteri muda. Sesampai hospital saya sola t Asar dahulu kemudian masuk wad,lalu meminta ibumertua  tiri berehat supaya saya menggilir menjaga bapa mertua,namun dia menolak keranamahu  bersama-sama saya. tidak lama kemudian suami saya datang dengan satu bekas makanan. Saya menjadi tidakk  kerauan,pasti isteri mudanya ada,jadi saya meminta diri dan meninggalkan mereka.Rentetan dari itu saya jadi lemah,saya rasa saya telah tidak diperdulikan. Pastinya Malam ini suami saya menjaga bapanya dan ibu tirinya akan berehat dirumah menantu mudanya,yang dulu seperti begitu tidak suka dia padanya.sekarang mereka telah beralih kasih.Semangat saya betul-betul jatuh.Malam tadi saya tidur kurang lena,ketika ini jasmani  saya lemah,tolong beri saya kekuatan"

"Nampaknya kemu betul-betul sedang sakit" Saya memecahkah keheningan apabila dia telah diam yang agak lama.

"Ya saya sedang sakit,saya rasa tersingkir,saya membayangkan betapa dia telah memenangi hati keluarga mertuanya.Macamana saya nak sembuhkan sakit saya ni?" air matanya mula merembes.

"Sebenarnya penyembuhnya ada di diri sendiri.Mengapa  perlu sakit. Ubatnya kita dah ada cuma   kita tak cerna.Cuba ingat dalam doa iftitah.Apa janji kita. Apa tujuan hidup kita, dan  matlamatnya. Kita ni ibarat sedang menuju  ke satu tempat yang bahagia tetapi banyak sangat rumput semalu dan duri yang menghalang perjalanan kita. Kita nak patah bali ke? atau buat sesuatu" Umpan dari saya.

"Kena terus dan tebas je pokok tu nak bagi perjalanan kita selesa"

"Tu lah ubatnya"

"Masaalahnya tak boleh, bermain-main je dalam  ingatan" Nampaknya airmatanya telah berhenti

"Sebab kita yang sayang nak buang. Cuba jangan bagi peluang dia tinggal, isi lah dengan perkara lain. lama-lama tersingkirlah dia. Kena pupuklah   dengan keyakinan"
 
Lalu saya tunjukan kepadanya petikan dariatikal yang saya baru baca tadi.


"Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa. Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang ALLAH SWT fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi SAW mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda: “Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan)"

Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.

Saya menyambung,
"Bila kita dihidupkan didunia ini masing-masing telah diberi amanah.Pastikan kita pegang amanah masing-masing,jangan sebok orang lain punya. Mungkin kita boleh ingatkan demi kasih sayang kita padanya,sekadar mengingatkan,yang lain biar Allah yang uruskan."

"Kalau macam tu biarlah dia dengan kebahagiaan dia lah ye,saya kena pujuk diri sendiri"

"Sebanrnya antara mereka dan kamu sedang dalam ujian,mana yang Allah sayang. Kamu rasa mereka bahagia,pasti ke.Masa kamu tengah baik dengan suami dulu dengan situasi sekarang cuba bandingkan,mana yang kamu rasa lebih dekat dengan Allah."

Sesi kami dipecahkan oleh kemunculan anak buah saya yang comel itu ,


"Mama dah loceng,bila nak balik,Mumtaz dah lapar"

Kami pun beredar setelah berdakapan.

Esoknya dia datang lagi.

"Maafkan saya lah Makbonda pasal saya semalam,tak habis-habis mengganggu,teruk betul saya ni,sebenarnya perkaratu kecil je,tapi saya tak boleh nak leraikan. Alhamdulillah balik semalam saya rasa lapang. Terok betul saya ni"

Sesungguhnya sayalah yang dapat nilai tambah dalam sessi kami semalam.



Khamis, 7 Mac 2013

Memutuskan rantai




Saya terlupa mahu memberitahu anak-anak yang mengaji malam itu bahawa saya ada kenduri .Nasib baik kakak-kakak yang tinggal diasrama bercuti,dan mereka membawa 2 orang rakan seasrama balik.Nampaknya Allah telah menyusun penyelesaian.

"Boleh tak tolong Makbonda?Tolong jadi guru ganti ajar adik-adik mengaji?"

"Haah" Masing-masing buat muka terperanjat,sebenarnya mereka terganggu akan aktiviti dihadapan laptop masing-masing.

"Makbonda lupa bagi tahu malam ni ada kenduri,dah datang kesian pulak.Bukan susah,semuanya masih Iqra' lagi,paling tinggi pun Juzuk 4,semak je bacaannya,kalau salah suruh ulang sampai betul semua. Sorang ambil satu.Harus di sadari sayang semua,1 huruf yang kita ajar jadi saham kat akhirat nanti"

Dan mereka berebut-rebut


Diantara mereka ada 3beradik,abangnya 12tahun sementara dua adiknya 9 dan 7. Malam itu abangnya absent. Nenek mereka yang datang menghantar dan menyerahkan mereka kepada saya.Ibubapanya saya tidak cam yang mana satu sebab tidak pernah bertemu di program yang saya hadhiri.

"Nak harapakan mak bapanya alamat cucu saya ni tak pandai baca Quran"Kata Neneknya.

Biasanya mereka datang semasa jemaah di masjid sedang solat,dan saya dirumah juga sedang solat. Saya pernah menegur  tentang solat mereka biasanya mereka belum solat lagi dan saya akan suruh solat juga ketika itu. apabila ditanya kenapa datang masa orang tengah solat,lagi baik datang sebelum maghrib boleh berjemaah dengan saya,jawapanya abah belum balik,abah kerja waktu maghrib. Saya agak muskil tentang pekerjaan abahnya sehinggalah baru-bar ini apabila mereka datang agak lewat mengatakan bahawa abah mereka di tangkap polis.Biar betul?

"Betul Cikgu,tak taulah ,abah tengah naik moto,tiba-tiba polis tangkap"

Apabila saya risik-risik pada jiran tetangga ruapa-rupanya ayahnya ditangkap setelah didapati menjalankan aktiviti memetik kelapa sawit di tanah orang.Penuh bonet keretanya dengan kelapa sawit,dibawa pulang kerumah  pula,seorang pekerja tanah seberang melihat kejadian itu dan melaporkan kepada tuan tanah,lalu tuan tanah membuat laporan ke pihak polis.Sebenarnya itulah aktiviti ekonominya selama ini,cuma belum ada bukti untuk di buat kes.

Kasihan anak-anaknya,dibesarkan dengan hasil ekonomi seperti ini. Kesannya memang agak payah mereka mengingat setiap huruf yang diajarkan. Namun saya kagum dengan sikap anaknya,tanpa ada rasa rendah diri,sebab yang kita lihat di dalam drama-drama TV,anak-anak akan rasa rendah diri bila bapa merekaterlibat dalam kes sebegitu.Meraka terus tekun belajar membaca Al Quran. Si abang pernah ditangkap kerana cuba mengorek tabung masjid dan pernah ditangkap kerana memanjat rumah jiran tetangga yang sedang tidak berpenghuni.Sejak mereka mengaji di rumah ini,telefon anak saya pernah hilang,dan tingkahlaku si abang sangat mencurigakan,sejak itu kami akan menyimpan semua yang berharga didalam bilik dan mengunci dan sentiasa mengawasi gerak-gerinya,masaalahnya saya tinggal bersendirin sedangkan suami berada di masjid.

Sekarang saya sedang meminta-dan meminta pada Allah untuk terus diberi ilham bagaimana saya mahu menyuntikan keatas jiwa anaknya  yang masih putih itu. Alhamdulillah sejak terjebak dengan program mendidik dengan teknik Nabi Mohamad melalui Ustazah Khadijah dan Cikgu Khairulaniza,saya telah mulai terpengaruh dengan gaya mereka.

Saya mulai dengan mengenalkan mereka apa itu pahala dan Dosa.

Pahala itu adalah balasan untuk orang yang berbuat baik dan dosa itu adalah balasan orang berbuat jahat. apabila sudah berlaku kiamat nanti amalan kita akan ditimbang,jika banyak pahala kita masuk syurga ila banyak dosa akan masuk neraka.Dosa itu ialah apabila kita melanggar apa yang Allah larang,pahala pula ialah untuk orang yang melakukan apa yang Allah suruh. kemudian saya minta mereka senaraikan apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang.Nampaknya respn mereka baik sekali.

Usaha saya baru bermula,namun dari masa kesemasa saya akan tambah.Walaupun ilmu saya tersangatlah nipis untuk menggunakan isi Al Quran, namun saya boleh bergantung kepada tafsir serta huraian yang terdapat disisi. Saya rasa tugas saya amatlah berat.  Dengan ilmu sedikit ini saya berusaha  untuk memutuskan rantai yang mengikat anak-anak ini agar terlerai dari dosa bapanya.



Catatan Popular