DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 9 Ogos 2018

Episod ke 29

🔖 Episod 29

📆 Khamis 9.8.2018

‌يوم #الخميس 27#ذو_القعدة 1439هـ.
‌الموافق ل 09 #أغسطس 2018م.

📌 Tajuk : Latihan 📝

✏️ Saya akan pulang esok.

سَأَرْجِعُ غَدًا

✏️ Saya akan pulang awal.

سَأَرْجِعُ مُبَكِّرًا

✏️ Baliklah awal!

اِرْجِعْ مُبَكِّرًا

✏️ Saya dah pulang/balik awal kelmarin.

رَجَعْتُ مُبَكِّرًا أَمْسِ

✏️ Mengapa saya nak pulang awal?

لِمَاذَا أَرْجِعُ مُبَكِّرًا؟

✏️ Ayah saya akan datang malam ini.

أَبِي سَيَأْتِي اللَّيْلَةَ/ سَيَأْتِي أَبِي اللَّيْلَةَ

👈 اللَّيْلَةَ - malam ini

👈 أَتَى - يَأْتِيْ = datang

✏️ Menjunjung perintah. 😅🤗

عَلَى العَيْنِ وَالرَّأْسِ

💠 Kalimah 'على العين والرأس' ini digunakan untuk nyatakan persetujuan kita dalam membuat sesuatu yang diperintahkan.

💠 Selain perkataan أَبِي kita boleh guna perkataan وَالِدِي yang membawa maksud, ayah saya.

💠 Perkataan يا أبت dalam Al Quran, membawa maksud, "Wahai bapa kesayanganku!"

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Surah Yusuf : 4)

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

(Surah As-Saaffat : 102)

✏️ Apa yang kita nak makan?

مَاذَا سَنَأْكُلُ؟

            ✿ •┈┈┈┈┈•  •┈┈┈┈┈• ✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular