DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 9 Mac 2011

ADUHAI ANAK-ANAK BAPAK.(2)


Rabu 9.3.11,tarikh temujanji bapak dengan doktor . Sejak bapak tidak mampu memandu jauh dan sejak kelinik temujanji bapak berpindah,kakalah yang menghantar bapak dan ada sekali-kali adik Umi Emira yang akan hantar jika kakak adahal penting, Adik Umi Emira pun ada jadual sendiri di hospital.Tapi sejak akhir-akhir ini dua orang adik yang tinggal di Lembah Kelang Abu Muhaimin dan Abu Ahnaf berebut-rebut mahu mengahantar bapak,mereka bergilir-gilir ambil cuti,terlepaslah peluang kakak mahu membayar hutang bakti bapak selama ini,walaubagaimanapun kakak sentisa standby bila mereka sibuk,kakaklah yang mengisi kekosongan itu. Anak-anak yang lain jauh,kalau tidak tentu juga akan terjadi traffic jam, mereka juga akan berebut sama. Kali ini Abu Muhaimin yang tinggal di Shah Alam berpeluang mendapat giliran.

Dia bertolak dari Shah Alam,selasa selepas Magrib ,Menjelang 10.30malam tidak juga kunjung tiba,walaupun si anak telah dewasa emak terasa kebimbangannya,lalu cuba menalofon. Rupa-rupanya 3km sampai rumah keretanya pancit,kebetulan berhampiran surau,bertambah malang tayar ganti pun pancit beberapa bulan yang lalu,kerana kesibukan tugas diabaikan sahaja didalam boot kereta. Lalu dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sambil berharap agar ada kenderaan yang memotong.Emak mengambil keputusan mengajak bapak yang telah hilang deria rasa dikakinya menyusul. Setiba di lokasi,satu lembaga berbaju gelap, menjinjing beberapa cucuk sate,sup tulang dan ikan sepat warna biru untuk mengisi akuarium, dia telah berjalan lebih kurang 1km. 40 tahun dahulu itulah laluannya sambil menunggang basikal buruk dan bila hujan basikal yang menonggangnya.Kalaulah dia tidak pernah melalui saat sebegitu dahulu sudah pasti dia akan rasa dialah manusia paling malang. Dalam kegelapan malam,dia berjalan seperti orang buta hanya deria kaki yang merasa bahu jalan,sesekali ada lampu jalan sebagai panduan.Tidak ada kenderaan pun yang lalu,ialah rumah bapak nun di hujung kampung. Ada sebuah van,lalu dengan laju.Saat itu mata emak berbalam-balam terbayang 40 tahun lalu ketika dia seusia 10tahun,emak menyusul kerana dia belum tiba kerumah hingga gelap menjelang rupa-rupanya basikalnya pancit sepulang dari sekolah,kini 40 tahunberlalu dia kepancitan motorkar di lokasi yang sama.

Esok paginya,bertolaklah mereka bertiga ke Pusat Kesihatan Hutan Melintang. Setibanya telah sesak dengan pesakit-peskit lain,sudah tentu giliran bapak bilangannya besar. Semasa bapak ke tandas untuk urine test dengan ditemani emak,bapak jatuh terjelupuk. Kakinya lemah,nasib baik Abu Muhaimin yang hantar,kalau kakak tentulah panic.Setelah diperiksa rupanya paras gula bapak terlalu rendah sedangkan bapak pengidap diabetes.Tapi tekanan darah bapak normal. Memang di akhir-akhir ini bapak kurang makan. Emak pula membuat andaian,pada ketika ini belimbing buluh belakang rumah emak sedang bermusim,jadi setiap masakan emak masukkan belimbing buluh,bapak amat suka meratah belimbing tersebut.Lalu emak berkonklusi bahawa belimbing buluh tersebutlah punca turunnya kadar gula bapak.
(Laporan ini kakak dapat semasa menghubungi emak ,waktu itu dalam perjalanan balik dari klnik 1.03ptg.)

6.30petang kakak hubungi Adik Abu Muhaimin.
“Assalamualaikum,dah sampai mana?”
“Baru naik masuk kereta nak bertolak ke Shah Alam”
“Owh belum balik lagi”
“Saja,rehat-rehat,tidur,merayau kat kebun,gagau ikan,nak cari ikan sepat siam,tak dapat,kakak kalau ada stok simpan ye?"
“Insyaallah, mentang-mentang balik sorang-sorang,bernostalgialah tu. Tahniah”
"Kenapa?"
"Ialah,dapat kesabaran tahap tinggi malam tadi."
"Alah small matter, lebih dari itu kita pernah alami.Minta maaf tak sempat singgah."
“Ok,baik-baik jalan,elakan saman ekor,sampaikan salam untuk Ummi Fathin”
“InsyaAllah”

Moral:

  • Tanda-tanda ibu bapa yang mendapat kerahmatan ialah apabila ana-anak saling berebut untuk berbakti
  • Ibu bapa sentiasa mengambil berat keselamatan anak walaupun telah dewasa.
  • Bila tayar kereta pancit,pastikan tayar ganti diperbaiki dengan segera.
  • Letakan lampu suluh dalam kereta.
  • Belimbing buluh boleh menurunkan paras kandungan gula dan darah tinggi.

7 ulasan:

  1. "Saat itu mata emak berbalam-balam terbayang 40 tahun lalu ketika dia seusia 10tahun,emak menyusul kerana dia belum tiba kerumah hingga gelap menjelang rupa-rupanya basikalnya pancit sepulang dari sekolah..."


    Dan ketika usia Umi Emira 8-10 tahun, di jalan tanpa aspal itulah juga, emaknya sering menyusul saat Umi Emira tidak juga muncul-muncul di rumah, meski azan Maghrib sudah lama berkumandang....


    Nampak saja kelibat seperti bondanya datang menyusul, Umi Emira yang badannya sudah berselemuih dengan tanah liat yang menyekat pusingan roda basikal togelnya, sedikit pun tidak berani menegur bondanya. Mereka berjalan beriringan dalam senyap. Sampai rumah, setelah memastikan itu adalah benar2 bondanya, barulah Umi Emira menegur dan menangis...


    Dia bimbang....jika yang menyusulnya itu bukan bondnya...tetapi cepet (hantu) yang menyamar sebagai bondanya,.....hahahah, teruk betul pemikiran.



    Alahai...sedih Umi Emira kerana kekadang terpaksa memenuhi jadualnya bertemu doktor melebihi bapaknya...

    BalasPadam
  2. Suami cklah pun.....asyik bawa belimbing buluh, dan daunnya sekali balik dari kebun...dan paksa cklah menjamahnya. Tak larat nak telan dah...:D

    BalasPadam
  3. ckLah,
    Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.

    Pemikiran kita dulu,dipenuhi dunia mistik.Dijalanan,meredah hutan selamba je,tapi bila nak naik tangga takut. he he he

    Jamah,jangan tak jamah,Ck Zahan memang sayang kamu,so hargailah ye.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum MakBonda..

    benar.. berbakti ketika mereka masih ada.. dan ketika kita punya upaya... sungguh terasa kedamaiannya.. lekat dijiwa rasa kasihnya..

    ooo... itu rupanya Umi Emira.. dan kisah menyangka 'ditemani' hantu menyerupai bonda itu pernah mendengarnya.. kahkahkah.. cklah mmg sgt lawak.. iyalah.. bebudak kan.. apa lagi yg terbayang kalau dh maghrib sampai ke tengah malam.. hantu je laaa..... kuikuikui..

    Kami adik beradik yg pompuan dua kerat ni (adik lelaki dua-dua tak kawen lagi.. sorang tinggal dgn kakak, sorang lagi nuuun di sabah..).. pon berebut-rebut nak bawak ayah yg kena berulang ke Hospital Serdang dan IJN.. (sampai kekadang mak tak bagitau / sembunyikan bila 'jadual next appointment ayah'.. sebab taknak anak pompuan dua org ni 'bergaduh' berebut nak hantar..) ..diam-diam, sampai je diaorg kt umah sapa yg dia nak suruh hantar.. dan org yg terima kunjungan surprise mak ayah akan bersubahat utk tak bagitau pihak satu lagi bahawasanya mak ayah ada bersamanya..

    bila dh settle check-up atau amik ubat, baru mak call, bagitau 'petang ni mak pi umah hang, tadi mak dah amik ubat ayah dah.. kakak / tiny / amir tulung hantaq', mak sampai umah akak / tiny petang semalam pasai pagi ni ayah kena check up/ amik ubat.... (time tu nak merajuk pon dh takdak maknanya.. kehkehkeh)..

    .. tunggu ja la mak kat umah...

    kunci umah kami memang semua set ada kat mak.. senang.. kekadang mak ngan ayah, malamnya bagitau je esok nak balik.. tiba2 pagi2 sebelum subuh diaorg dah bertolak.. bangun subuh tgk kereta dah takdak.. huhuhuhu...(ayah mmg suka bertolak pagi2.. sampai kulim pelan ke cerah katanya.. hihihi)
    (owh.. benar2 merindui mereka di kala ini)..


    ... uish.. sedapnya belimbing buluh tuh... buat gulai tulang bubuh belimbing buluh.. takpun masak lemak udang ngan belimbing buluh... takpun masak santan lada berkicap ikan tenggiri dengan belimbing buluh... sllluuurrrrppp... (kecur liur).. hihihi..

    .

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Tiny.

    Masa bapak masih kuat dulupun selalu rahsia dengan kami,bila dia tak sehat di warning mak jangan bagi tau anak-anak,tak mau susahkan anak2,tapi asyik2 tanya "budak-budak tak balik ke?"lebih kurang mahu tapi malulah tu. Tapi diam-diam mak call kami,dan kamipun buat-buat suprise.Dia pun akan tanya "Mana kamu tahu" kami jawab "Entahlah hati macam tak sedap je"Masa tu Mak akan pergi jauh2 buat2 sapu lantai.

    Masa anak2 kecil dulu di rumah ada pembantu,bapak datang jenguk cucu,bawak buah tangan tak tunggu kami pun dia dah balik.Tahulah kami,maka weekend kami pun baliklah kampung.

    Ya Tiny,hutang Makbonda padanya masih banyak lagi.

    BalasPadam
  6. Salam makbonda,
    Haritu dah baca, sampai belek entry lepas. saya ketinggalan episod sebelumnya. Tapi tak terkata, tak tau nak tulis apa..

    Yalah, umur mereka dah lanjut. Kita tak tau berapa lama lagi boleh mempunyai ayah dan ibu, ada kampung pulang beraya. Saya pula tidak bernasib baik sprt itu. Takde kereta yg kuat nak jalan jauh, kerap naik bas. Tetapi sesekali balik bawa kereta dan cuti bbrp hari, kami cubalah memenuhi keinginan mereka, makan nasi ayam, makan roti tempayan, jalan-jalan kat pantai, jumpa sedara. Moga tiada yg terkilan di hati mereka walau bertemu setahun sekali...
    Kat sini, saya meluah kerinduan berbakti kepada mertua pula. Dalam sebulan msti hubby ajak balik. Moga saya dapat menumpang pahala...
    Beruntungnya dapat anak-anak yg rajin begini. :))

    BalasPadam
  7. Salam kembali indah,

    Jarak yang jauh tidak membatas untuk kita berbakti,doa untuknya lebih bererti daripada dekat tapi tanpa doa.

    Ya hutang pada mereka masih terlalu besar tidak mungkin akan terlangsai.Selalu terasa bersalah kerana tidak mampu berkhidmat sepenuhnya.

    Biasanya selepas medical checkup kami akan minum-minum dan dia akan memilih nasi impit kuah lodeh. Rasa puas menggembirakan hatinya.

    BalasPadam

Catatan Popular