DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

KAMI (III)


Hati dia begitu terguris. Setiap kali mahu mencuci pakaian suaminya terjumpa resit-resit bayaran hotel,homestay chalet das sebagainya. Ya dia baru pulang bercuti dengan isteri barunya,sedangkan bersamanya tidak pernah mendapat layan sebegitu
“Parut  saya berdarah lagi makbonda,baik-baik telah sembuh.Dia berbahagia diatas kelukaan saya,tolonglah makbonda bagaimana saya nak merawat luka ni agar dia sembuh dan tidak meninggalkan parut”
“Kamu kata dia bermasaalah dalam kewangan,bagaimana boleh dia menjelaskan bil-bil tu”
“Dia kata semua isterinya yang saport”
“kenapa kamu tak saport dia juga,
“Dia tak mahu.”
“kamu jalanlah dengan anak-anak”
“Sebenarnya saya tak suka berjalan-jalan macam tu,saya rasa membazir,saya lebih bahagia tinggal  di rumah,saya nak bena rumah ku syurgaku”
“Bermakna kamu lebih bahagia berbanding dia.”
“Apa tak bahgianya dia ,tidur di chalet, makan diluar,berjalan kesana kemari”
Cuba kamu agak,kenapa dia perlu keluar dan tidur diluar.”
“Mungkin sebab tinggal bersama keluarga mertua,tiada priversi, ialah pengantin baru katakan.”
Cuba kira berapa banyak kos yang dikeluarkannya untuk mencari kebahagiaan.Minyak kerata,tol,sewa bilik,makan.Sebab itu sentiasa mengalami kesesakan perbelanjaan.Adakah itu kebahagian?.Kebahagiaan dirasa bukan dilihat” “Dia ibarat helang yang sedang terbang,kesana kemari dengan bebas,segala objek di bawah nampak kerdil,sekarang dia punya bulu pelepah yang masih utuh dan rapi,selama mana dia terbang,suatu masa bulu-bulu pelepah akan carik kerana melawan angin,otot di kepak semakin kendur,pada ketika itu dia akan mencari tempat hinggap,tentunya disarang yang setia menanti. Jadi bairlah di terbang,kamu lepaskan dia,janganlah kamu sibukkan diri memandangnya,jika itu yang menjadikan  berdarah lagi luka-luka,tapi sebokkanlah diri mendidik nafsu mazmumahmu.Kamu kata mahu letakan Allah di  hati kamu,teruskan,sebenarnya kamu lebih bahagia dari dia .Kebahagian bersama manusia tidak abadi,bila-bila masa dia boleh berubah hanya dengan umpan yang kecil.Tapi ada kebahagian yang lebih abadi sedang mengambil tempat di hati kamu.Tolonglah hargai.”

“Ya Allah Makbonda,saya bukan mengaibkan dia kan.Saya perlukan tempat merdialog.Saya buntu.Sekarang ringan sedikit  beban dijemala saya,serasa pembuluh darah saya terungkai bagi megalirkan darah saya yang selama ni saya rasa beku.”

Kami berpelukkan.
“Sesungguhnya saya pun masih miskin dengan pengalaman mahupun ilmu tapi saya ramai teman  maya yang memberi perkongsian . Sumbangan meraka amat tinggi  munafaatnya, doa saya agar sentiasa dalam lingkungan teman-teman yang mewangikan dan menceriakan saya.”

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi..

    Benar.. kita perlukan hanya Allah.. tetapi, Allah ciptakan manusia berpasangan kerana Allah tahu manusia tidak mampu 'berseorangan'.. maka itu kita juga perlukan teman, saudara, sahabat.. tempat mengadu perihal.. merujuk dan bertanya..

    Menceritakan masalah diri bukan kerana ingin membuka aib, tetapi kerana ingin melampias dendam yang merengkam, melepas lelah yang terhimpit, melerai sendu yang tersepit.. bimbang jika terlalu lama bersarang, bisa memberi ruang kepada syaitan untuk berdamping!. Justeru, kepada sahabat yang memahami, rahsia rasa diluah atas dasar percaya dan mohon pengertian..

    Maka, benarlah Firman Allah:
    Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). (Surah Al-Hujurat 49 : Ayat 13).

    Mengikuti kisah KAMI, momentum ini terasa sebak, namun turut rasa bahagia serasa bahagia itu milik bersama.. :)

    Syukur KAMI punyai MakBonda sebagai sahabat.. Semoga redha Allah bersama kalian.. dan kita semua.. ameen.

    BalasPadam
  2. Tiny,
    Terimakasih juga pada kamu,yang banyak meminjamkan inspirasi.
    Idea dari kalian telah mengukuhkan lagi dahan saya.Semoga akan turun lagi lebih ramai sahabat seperti kalian.

    BalasPadam

Catatan Popular