DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Mac 2011

Ketakutan

Mari kita dengar cerita;

1.."Makcik,kat rumah Kak Ngah semalam ada pencuri"
"apa yang di curi?"
"Air kat peti sejuk"
"Eh bukan air aje lah,hand phone,duit tabung"Sampuk Kak Long. Dua gadis cilik berebut-rebut cerita usai mengaji.
Mereka adalah anak gadis seorang Pensyarah Politeknik yang dihantar mengaji ke rumah Makbonda. Benar,baru 1 bulan berpindah ke rumah baru.Pencuri masuh rumah waktu malam tanpa disedari tuan rmah.

2.Malam yang sama Rumah En Ajem,pembaik pulih mesin fotostat dan laptop berjaya dimasuki. Kerugian bernilai RM6K.

3.Pukul 10.30 pagi,,Rumah Wak Yam sebelah telah didapati di selongkar oleh pencuri yang menaiki rumah dengan memanjat gril tingkap untuk naik atas rumah.Waktu itu Wak Yam suami isteri ke kebun yang tidak berapa jauh dari situ.Tanpa disedari oleh anak gadis jirannya yang sedang bercuti di rumah. Sekarang sami Wak yam telah meninggal,dan pada hari raya baru-baru ini telah dinaiki lagi semasa beliau dan anak-anak beraya.Yang terbaru semasa Beliau menunaikan Fardhu Haji sekali lagi cubaan memecah rumah telah disedari oleh jirannya.Lalu gagal.

4.Gee,seorang staf di sekolah. Tinggal bersama ibu tua yang agak uzur.Ditinggalkan dirumah semasa beliau bekerja suami isteri,tinggallah bersama 2 orang cucu. Waktu tengahari terdengar ketukan,tidaklah menyangka yang buruk-buruk,sebaik sahaja terbuka pintu,terpacul dua orang bertopeng dengan  pisau terhunus.Hanya dapat RM500. Sambil menggigil-gigil sempat emak Gee mentazkirah "Ingat,sekarang kamu bolehlah ambik duit tu,nanti kat akhirat kamu pikullah cari aku" "Hoi orang tua,ingat aku takut benda-benda tu semua,ingat ye jangan bagi tau polis,kalau bagi tau 10 hari lagi aku datang"Beliaupun menghubungi anak-anaknya,dan polis pun datang.

5.Ina mengandung 7 bulan,suami isteri guru,suaminya part time berniaga pisang,telah beberapa kali mengalami kecurian setiap kali dia mahu membuat pembayaran harga pisang pada pembekal.Kebanyakan masuk waktu malam tanpa disedari penghuni.

6.En Samsi,setelah kematian ibunya,diikuti oleh ayahnya,lalu rumah ditinggalkan kosong hanya diziarahi di hujung minggu.Suatu hari sebuah lori datang disedari oleh jirannya tetapi disangka anak-anaknya balik,rupanya pencuri kerja part time memenuhkan lori dengan segala isi rumah. Disedari oleh En Samsi pada hujung minggu.Kejadian berlaku siang hari.

7.Pn.Mimi,suatu pagi,mahu pergi kerja didapati tas tangannya ghaib,mahu dituduh pencuri,tiada kesan tingkap atau pintu yang rosak,lalu membuat police report bahawa tas tangannya hilang,dan tiada dikesan dimana ghaibnya lalu dalam report di kelaskan sebagai cicir. Dua minggu berikutnya berlaku lagi setelah dia yakin bawa tas tangannya diletak disebelah TV,walau tiada tanda kerosakan,lalu reportpun dilakukan,atas siasatan polis,rupanya penceroboh itu memasuki mengikut bumbung,lalu meniti siling mencari lubang angin untuk turun.Kejadian berlaku malam hari.

8.Cikgu.Sari.Mengajar petang,dan isterinya pagi,antara dia pergi bertugas sebelum tengahari dan isterinya balik selepas tengahari,sempat si penceroboh menjalankan kegiatannya,padahal rumah berpagar itu dikunci rapi.Telah beberapa kali berlaku.Kejadian berlaku disiang hari.

9.Ustaz zek dan Mak Ton,tinggal berdua,hari itu rewang dirumah jiran tetangga yang khenduri walimah.Anak perempuannya yang tinggal diseberang sungai di jemput sama,lalu hadhirlah suami isteri.Setelah menikmati jamuan lalau meminjam kunci rumah pada ibunya,mahu jengok rumah yang dirinduinya.Sampai rumah didapati ayam memenuhi dapur,rupanya pintu terlompong,rumah bersepah bekas diselongkar sesaorang. Bilik Ustaz zek yang menjadi fokusnya,dan usaha makhluk tersebut berbaloi dengan mengopak laci meja Ustaz yang berkunci dan memperolihi RM1k lebih.Kejadian siang hari.

Baru 9.Sebenarnya ada bilangan lain.Tapi memadailah ini sahaja sebagai contoh. Kejadian di atas berlaku bukan di kawasan perumahan,tapi di kawasan kampung,dan semua berlaku pada individu disekeliling Makbonda,didengar secara langsung,belum lagi berita antara mulut ke mulut. Menakutkan bukan?

Bala bukan sahaja berbentuk gempabumi,tsunami,ribut taufan dan sebagainya,Bala juga adalah berbentuk ketakutan dan rasa gelisah.

Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda: "Apabila harta rampasan bergilir antara golongan dengan golongan lain, amanat menjadi harta rampasan, zakat dianggap denda, dipelajari ilmu selain agama, seorang laki-laki taat kepada isterinya, mendurhakai ibunya, mendekati semua karibnya, menjauhi ayahnya, suara-suara diteriakkannya kuat-kuat di masjid, orang jahat di antara golongan orang yang memimpin mereka, pemimpin kaum adalah orang yang paling rendah akhlaknya. Seseorang ditakuti kerana takut kejahatannya, wanita penyanyi dan muzik bermaharajalela, arak-arak diminum, akhir umat ini mengutuk umat yang terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu angin merah, gempa bumi, kebinasaan bumi, berubah bentuknya, dilempar batu dari langit dan tanda-tanda lain yang berurutan, seperti kalung mutiara yang rapuh yang putus benangnya lalu berturutan lepasnya."  (hadis riwayat tirmizi)

Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk) nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” {an Nahl : 112}



Tapi bala yang paling dahsyat itu ialah ditarik iman.Bila Iman sudah ditarik,maka berlakulah kerosakan yang menimbulkan ketakutan dan kegelisahan pada ummah. Marilah sama-sama kita meningkatkan usaha bagi menyelamatkan diri kita dari bala.Kita tukar bala kepada nikmat. Setelah jatuh kepada kesusahan dan keresahan jiwa,lalu kita merintih kepada Allah, menyadari dosa selama ini, lalu mengubah jiwa untuk mendekati Allah dan kembali taat. 

Iman itu dua bagian: sebagian (digunakan) dalam sabar dan selainnya (digunakan) dalam syukur.”
(HR. Baihaqy)

2 ulasan:

  1. huish... yg cerita kampung, dgn gaya kampungnya.. cerita BANDAR, dgn gaya BANDARnya.. kan makbonda kan... sana sini cerita yang 'munasabah tak munasarawak' semua ada.. yang pelik dan jelik.. yang keliru sedih perit... berbaur menjadi simbiosis dunia..

    ... betul makbonda.. cerita kisah dan peristiwa itu puncanya dari satu saluran.. IMAN!..
    ada yang jauh dari Allah.. ada yang ditarik oleh Allah.. ada yang sengaja berlari dari Allah.. ada yang tidak pernah peduli untuk meminta dengan Allah.. ada yang sombong dgn ALlah... malah ada yang terpesong setelah mendapat hidayah Allah... nauzubillahi mindzaalik..

    Teramat bimbang dgn nafsu nafsi yg sering menghimpit mencari ruang dan peluang utk mencantas iman dan amal.. sangat bimbang!.

    Semoga Allah mengasihani kita semua dan menyelamatkan IMAN umat Muhammad sehingga nyawa terpisah dari jasad. Semoga Allah izinkan kita berkumpul di telaga kauthar utk bertemu Rasulullah.. Ameen.
    (owh.. sungguh2 mendoakannya, menginginkannya, dan berazam utk memperolehinya, meski akur, laluannya masih jauuuh, panjang, berliku dan bisa tersasar... namun, Doa, Usaha, Niat, Ikhtiar dan Amal itu perlu.... kan makbonda..)..

    BalasPadam
  2. Tiny

    اَللّهُمَّ اَلْهِمْنِى رُشْدِيْ وَقِنِى شَرَّ نَفْسِى
    “Ya Allah, berilah saya petunjuk dan peliharalah saya dari kejahatan diri saya”

    Sekarang budaya bandar telah berpindah ke kampung,malah pendudk bandar sudah ramai yang mengamalkan cara bidup Islam.

    Saya sangat suka ulasa kamu. Jazakillahikhairan.

    BalasPadam

Catatan Popular