DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 20 Mac 2011

Suka duka


Alhamdulillah,setelah beberapa hari tidak online.Bukanlah sebab berduka nestapa atas kejadian semalam. Taklah seduka mana,tapi bila cuti-cuti ni anak-anak berkumpul,berlakulah traffice jame di meja online.Juga atas sebab kesebokan aktiviti sosial lain.

Pada hari selepas kejadian,suami demam jadi dengan ditemani 2 orang anak gadis,seorang pemandu dan seorang body guard,dari pejabat-kepajabat menyeleseaikan semua identity diri yang hilang. Semuanya dimudahkan Allah segala urusan. Salah satu musabab yang memudahkan urusan ialah dengan adanya report polis. Sebenarnya kami membuat report bukanlah bertujuan untuk polis menubuhkan satu pasukan penyiasat yang mengesan di manakan lokasi pemangsa malang itu menyembunyikan diri lalu mendapatkan kembali objek yang dilarikannya lalu dipulangkan kembali kepada mangsa. Tidak,kami tak bermaksud begitu,banyak lagi kerja polis yang lebih penting,yang melibatkan nyawa dan hukuman dunia lainya,yang perlu dibereskan. Sekurang-kurangnya ada rekod yang tercatat dalam fail bahawa keselamatan di masjid yang terletak disebalah pagar BP adalah agak rendah. Bila Makbonda sempat beramah mesra dengan pegawai cun di kaunter "Selalu ke Cik,kejadian macam gini berlaku kat Masjid ni" "Tak juga Makcik,tak pernah ada aduan pun"  "Tapi kata pihak masjid sering juga,dan banyak pula papan tanda dipasang disana sini yang memberi amaran agar menjaga harta benda sendiri.", "Hmm,mereka tak pernah buat aduan pun,sepatutnya buatlah aduan,untuk rekod kami" Kata pegawai polis cun tersebut. Ya lah sekurang-kurangnya akan adalah sessi lawatan bagi  pegawai-pegawai polis jiran sebelah pagar tu.Sekurang-kurangnya semasa sessi lawatan,dapatlah polis-polis tersebut masuk ruangan solat,dapatlah pahala membaca doa masuk masjid,atau niat beriktikaf dalam masjid,tambah cun sekali ambik wudhuk,angkat takbir kejap buat solat tahyatul masjid,kalau masuk waktu solatlah fardhu sekali,kalau ramai-ramai lantik seorang jadi imam,bukankah pahala berganda-ganda hasilnya. Si pembuat aduan pun akan menerima saham yang sama.

Masjid berjiran dengan balai polis.Masjid akan rasa selamat sebab ada polis mengawasi meraka,Masjid juga akan berambah kemakmurannya kerana Pegawai-pegawai di sebelah terlibat menambah saiz syaf dibelakang imam.Balai polis juga akan mendapat rahmat sebab setiap waktu Solat azan berkumandang, syaitan iblis akan berlari lintang pukang menjauh,pegawai-pegawai juga tidak akan membuat alasan untuk tertinggal solat kerana suara azan yang begitu jelas. Itulah berkat berjiran.


Terimakasih kepada kedua-dua puteri Makbonda yang berkhidmat begitu setia sekali.: جزاك اللهُ خيراً
Semoga Allah sentiasa bersamamu disepanjang perjalanan kamu berdua hari ini dan selamat tiba ke ditinasinya bagi meneruskan kehidupan kamu.



SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

2 ulasan:

  1. ya ya ya.. semoga hikmah di sebalik kejadian ini adalah polis-polis di situ akan lebih kerap mengimarahkan masjid yang tersedia.. dan sahamnya dapat dikongsi oleh si pengadu yg buat report itu.. <3
    ..(semoga juga si pencopet itu juga mendapat hidayah daripada perbuatannya itu..)
    [tgh berimajinasi: nanti bila giliran makbonda dipanggil, tiba-tiba dapat masuk laluan istimewa, bila makbonda tanya kenapa?.. kataNya ~ beg yg hilang tempoh hari, kamu bersabar, report yg dibuat tempohari, mengimarahkan masjid yang selama ini suram..]
    Allahu... bahagianya untuk makbonda.. ameen. :)

    Ustaz ceramah tu selalu cakap, "kekadang kita tak perasan kita dapat 'saham' free.. bila kita bersabar dan berusaha dlm Amal Maaruf Nahi Mungkar.."

    (kata ustaz lagi.. juga kita tak perasan kita dok dapat dosa free dan bagi pahala free bila kita dok marah, mengata, mengumpat orang... waaa waaa waaa.. bab ni rasa nak nangis bila mengenang diri sendiri..)

    doa perenggan akhir itu sgt menusuk qalbu.. terasa damai di jiwa... bahagianya anak-anak makbonda diiringi doa oleh si ibu.. semoga semua ibu-ibu muslim sebegini (juga peringatan dan teladan untuk diri sendiri).. ameen.

    BalasPadam
  2. Ya Tiny,Selain dari syafaat Nabi saw,kita juga dambakan syafaat dari insan-insan disekeliling kita samaada yang pernah kita tarik tangannya semasa dia hanyut dan tarik dia ke tepian atau yang pernah bangkitkan kita dari lena yang panjang.

    Sham free....jangan kita kira-kira sangat tapi dosa free tu yang takut sangat...tapi selalu sahaja tersasar.....Semoga mendapat kemaampunan sebelum tiba ajal.

    BalasPadam

Catatan Popular