Dengan Nama Allah.........


Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 9 Mac 2011

Berpijak dibumi yang nyata.


(Makbonda nak kongsi satu note yang di petik dari FB anak Paklong Makbonda.Samaada cerita benar atau tidak,boleh saja jadikan iktibar.Semoga mat  berpijak di bumi yang nyata)

Kalau nak bidadari, di Syurga nanti...

Ummi - Mat, Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumah-tangga
Mat - Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai dengan Mat

Ummi - Ni biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Mat - Nampak ok tapi dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi - Seminggu Ummi cari calon ni, B macam yang Mat nak
Mat - Masya Allah, tapi B ni rendah pulak orangnya Ummi

Ummi - Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, rasanya memenuhi citarasa Mat
Mat - Subhanallah, cantik tapi dia tak putihlah Ummi..

Ummi - Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan tak gempal
Mat - Mat nak macam tu tapi.... yang lebih lembut orangnya

Ummi - Ni E pulak, sebulan kawan Ummi carikan calon anak Ummi ni
Mat - Banyak ciri yng Mat suka tapi Mat nak kelulusan Professional lah Ummi

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Mat - Allah Allah...kalau dia ada sifat kepimpinan, Mat memang setuju

Ummi - ni pulak G, doktor muda Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Mat - Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal Qur'an lah Ummi

Ummi - Maaf Mat, Ummi tak ada banyak masa untuk cari calon yang kau nak
Mat - Cuba Ummi minta tolong abah carikan...

Ummi - Abang, cubalah abang carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah - Calon yang macam mana dia nak?

Ummi - Dia nak seorang yang putih, cantik, tidak rendah atau tinggi, tidak gempal, lemah lembut, lulusan professional, berkarismatik dan ciri terakhir, mesti hafal Qur'an.

Abah - Ok lah sayang,abang ni kurang penyabar orangnya. Ayang pesan je pada Mat tu... kalau dia nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.

2 ulasan:

  1. hahaha.. sungguh lucu (tapi benar dan bernas) jawapan si abahnya..

    ... untung la ada parents yang tolong carikan (pastiya yg terbaik utk si anak)..

    Pilih punya pilih, takut dapatnya nanti, si ikan bilis.. hihihi..

    Tiny pon ada berhadapan situasi ni, dgn seorang kawan ni, kes macam ni jugak.. umur dh 38 tawon, tapi memilihnya, MasyaAllah..
    Ada je yg tak kena 'di mata dan hati dia'.. nak yg FULLPACKAGE!!..
    Last sekali, sound kat dia.. "Kalau nak isteri selengkap Khadijah, dah cukupkah diri sehebat Rasulullah? Kalau diri tu pun goyah, mohon terus pada Allah.. buat istikharah..." - pastu malas nk campurtangan dah, lantak awak le jang oiii!..

    ..syukur sangat.. sebab Allah izinkan dan memberikan kurnia nikmat-Nya bagi kita untuk bergelar isteri, dan Ibu (meski, laluannya tidak mudah dan tidak selalunya indah.. kan makbonda kan..).. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Betul Tiny,laluannya tidak mudah dan tidak selalunya indah.......bercorak-corak dan berwarna warni...barulah hidup tidak kosong......jadi disamping menikmati corak dan warna yang indah-indah sentiasa bersedia menghadapi corak dan warna yang tidak menyenangkan.Semuanya itu telah direncanakan di Luh Mahfuz.

    BalasPadam

Catatan Popular