Mahu
dikatakan Makbonda adalah spesis yang tidak suka bertanya tidaklah juga tapi
kali ini memang kurang bertanya.Bila suami mempelawa untuk turut sama
menemaninya dalam lawatan Penanda aras kedua buah sekolah diutara,diterima
sahaja sebulat suara. Tanpa tahu sekolah apa,menginap dimana,turut sahaja
menyedari diri ini hanya menempel dalam kumpulan mereka. Sehinggalah awal malam
itu tiba ditempat penginapan yang betul-betul Makbonda baru tahu keuwujudannya.
Sedangkan orang lain ramai yang sudah tahu sehingga keperingkat antara
bangsa.
Bas berhenti
di persimpangan,kemudian sebuah van mengambil kami secara bergilir-gilir.Bas
tidak dapat memesuki perkarangan kerana kewujudan sebuah pasar dimuka
penempatan. Kami sumai isteri menunggu giliran terakhir menyedari kami pasangan
yang sihat dan tidak membawa kanak-kanak.
Setibanya
dilokasi,Masyaallah terpandang gerbang yang kami memasuki sebuah madrasah
pondok.
Terus membuat hipotesis,Oh kami akan menginap di madrasah pondok.Namun jangkaan itu meleset juga bila van berhenti di hadapan bangunan An Naudhohin.Disambut oleh dua muslimah manis bertudung labuh di kaunter.
Terus membuat hipotesis,Oh kami akan menginap di madrasah pondok.Namun jangkaan itu meleset juga bila van berhenti di hadapan bangunan An Naudhohin.Disambut oleh dua muslimah manis bertudung labuh di kaunter.
Berhadapan dengan Madrasah An Naudhoh
Bermulalah
detik-detik cinta pandang pertama kami.
Pagi
Sabtu.Dalam tentetif kami akan melawat
Sekolah kluster SMK Al Irshad.Semasa menikmati sarapan pagi,tiba tiba satu demi
satu manusia memenuhi perkarangan Madrasah,rupa-rupanya pagi itu ada
pengajian.Subhanallah,pencinta-pencinta ilmu itu datang berbondong-bondong
ibarat;
Yang capik
datang bertongkat
Yang buta
beraba-raba
Yang tuli
leka bertanya
Yang kecil
terambin lintang
Yang jarak
tolak-tolakan
Yang pendek
bertinjau-tinjau
Yang kurap
mengekor angin
Yang pekak
pembakar meriam
Yang buta
pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau
ayam
Yang pekung
penjemuran
Yang kurap
pemikul bulu
Malangnya
kami tidak dapat turut serta kerana kami punya jadual sendiri.
Malam
kedua,datang dua buah bas lagi menginap disini,mereka dari Guru-guru dan
staff Maahad Tahfiz As-sai'diyyah.Tidak semena-mena litar elektrik di bangunan An
Nadhoh in terputus,mungkin kesan dari penggunaan kuasa lekterik yang
berlebihan.. Semua penginap diarahkan keluar dan berkumpul di Madrasah
sementara TNB membuat pembaikpulihan. Kebetulan ini sebenarnya telah tertulis
di luh mahfuz dan punya hikmah yang tersedia. Kesempatan itu membawa kami berkenalan dengan Peneraju
utama pusat tersebut iaitu Ustaz Haji Mutalib
bin Maarof.
Cerita yang tidak ada di pamplet
atau di wall websitenya.Beliau adalah lepasan pengajian pondok,tidak pernah
sekalipun masuk sekolah menengah,apa lagi sebarang diploma pengurusan dan
sebagainya dari mana-mana IPT. Semuanya adalah kerja Allah SWT.Untuk membangunkan
Madrasah tersebutpun beliau tidak pernah membuat sebarang kertaskerja meminta
bantuan mana-mana jabatan atau mana-mana badan,semuanya adalah sumbangan dari
orang ramai, dari umat marhain.
Ada pihak yang melebel Mereka
sebagai meminta-minta,itu adalah alasan orang kikir,yang sangat berkira dengan
harta yang ada,belum mendapat hidyah bahawa sebahagian hartanya adalah hak
orang lain. Sebenarnya mereka memberi peluang dan jalan kepada orang lain untuk
sama-sama menanam saham bekalan akhirat nanti.
Pengalaman beliau yanag sering
diundang berceramah di Langkawi dan tempat lain telah mencetus idea bagi
membangunkan An Nadhoh In. Beramal Jariah bukan semestinya dengan wang sahaja
tapi boleh juga idea dan sokongan. Ya peminat-peminantnya di Langkawi menghulurkan
sumbangan dari segi sokongan, idea dan
kepakaran.Sumbangan kepakaran tanpa bayaran lebih bermakna dari wang yang
berjuta-juta tapi dhaif dari segi pengurusan.Sehingga mengakibatkan kerugian
pada negara.Begitulah jadinya jika amanah diserahkan pada yang bukan
selayaknya.
Untuk membangunakan bangunan
perlukan seorang kontraktor yang mahir,untuk mencari seorang kontraktor juga perlukan
satu budget yang besar,jadi beliau mengambil kurusus kontraktor sehingga
mendapat lesen. Beliau sendiri menjadi kontraktor.Tentu bukan jumlah yang
sedikit dapat dijimatkan.
Pada awal ketibaan,Kami nampak
orang muda itu di hadapan pondok pengawal keselamatan,jangkaan kami beliaulah
pengawal keselamatannya,atau penjaga mini market.sehinggalah pada malam
itu,rupa-rupanya beliau ialah manusia bukan sembarangan.
Beliau
mengakui,terlalu banyak kelemahan jika dibanding dengan hotel-hotel
lain,beberapa kali juga beliau mendapat komen,beliau akui,stafnya bukan
berkelulusan pengursan hotel,jadi komen-komen dijadikan penanda aras,tapi jika
komen menghukum beliau serahkan kepada Allah sahaja untuk menguruskan.Segala
bayaran pengujung adalah dana untuk pembangunan Madrasah An Nahdhoh. Ada juga
peserta rombongan kami yang tidak berkesempatan mengenali Madrasah ini,dengan
selamba meminta,mengarah itu dan ini,gaya seperti penyewa terhormat.Kami yang
punya cinta yang mulai berputik amat rasa perlu membuat pembelaan. Al
maklum,mereka tidak tahu.kalau tahu mereka akan tidak berkelakuan seperti itu.
Menurutnya,penginapan
ini sering dikunjungi alim ulamak atau motivator dari dalam dan luar negeri.
Kesempatan ini digunakannya untuk memberi nilai tambah dan kekuatan kepada
pelajar-pelajar madrasah ini. Mereka sering bertemu dengan tokoh-tokoh besar
untuk mendapatakan keberkatan darinya.
Setiap pagi
sabtu diadakan pengajian untuk penduduk setempat,setiap pengajian tidak kurang
dari 3000 peserta,dari seluruh pelusuk kawasan berhampiran dan juga dari
jauh.Mereka disemaikan semangat bahawa madrasah itu adalah kepunyaan
mereka.Pagi loceng akan dibunyikan dan penuntut mengambil tempat.Loceng akan
dibunyikan waktu rehat,pelajar boleh balik rumah atau mengunjungi pasar yang
berselerakan di muka gerbang Madrasah. Loceng dibunyikan menandakan waktu rehat
telah tamat. Proses P&P diteruskan sehinggalah tamat pada tengahari. Mereka
akan meninggalkan madrasah dengan tabung derma yang penuh dan tiada sebarang
sampah sarap yang berselerakan. Itu Madrasah mereka,siapa lagi kalau tidak
mereka yang menjaga dan mambangunkannya.Itulah kebijaksanaan penerajunya.
Pagi ahad
kami chek out,untuk jadual seterusnya kesekolah berperistasi tinggi SMK
Sultanah Asma’
Petang itu
dalam perjalanan pulang,tenggelam cerita-cerita hebat dari sekolah kluster dan sekolah
berperistasi tinggi itu.Ya cerita-cerita kehebatanya telah send to back .Sementara cerita Madrasah An Nadhoh pula Bring to front.
Sebelumnya mahu
menulis cerita dari kedua-dua sekolah tersebut yang kemashurannya telah sampai
keperingkat antarabangsa . Kini lain jadinya. Di harap pihak yang sudi menempelkan kami tidak rasa tak berbaloi membawa kami. Insyaallah,nanti akan datang lagi ketempat yang penuh keberkatan dan
kerahmatan itu.Membawa anak-anak dan penduduk kampung sekali.
Bangunan penempatan pelajar Madrasah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan