DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Mei 2012

Orang Asing.

P&P saya terganggu sebentar,GPK HEM meminta sedikit masa.

"Siapa yang mengejek-ejek Tanmoli tadi,cuba angkat tangan"

Saya tahu solan GPK Hem itu tidak akan mendapat respon melainkan semuanya diam. Ya Saya sudah pasti benar,tidak akan.
Saya membiarkan GPK Hem meneruskan leteran.

Penduduk disekitar sekolah saya mejoriti kaum peribumi. Jawa,banjar dan Melayu. Memang merekalah penduduk asal. Tetapi dicelah-celah mereka ada beberapa rumah salai kepunyaan kaum Cina. Mereka membuka rumah salai dengan membeli kelapa penduduk setempat.Kaum india pula adalah pekerjanya sambil sedikit demi sedikit diambil alih pula oleh pendatang dari Indon dan Banggaladesh.Mereka ditempatkan dibilik-bilik yang disediakan di rumah salai tersebut.Kebanyakan golongan mereka adalah tidak punya identiti diri walaupun beranak pinak di sini. Ada juga setengah antara mereka melahirkan anak-anak kacukan cina-India hasil hubungan taukeh dengan isteri pekerja, dan didaftarkan sebagai keturunan ibu.Bila sudah tiada identiti diri tentunya tidak punya kelayakan mendaftar sekolah.Pernah juga beberapa keluarga telah memeluk Islam,tetapi mereka pindah ke tempat lain sebab telah mendapat rumah dari pihak zakat.

Sejak kebelakangan ini.seperti ada satu fenomena baru, dimana ibubapa mereka berlumba-lumba menghantar anak kesekolah,dan mereka berusaha mencari hak kerakyatan.Mungkin bila melihat fenomena Pendatang dari Indonesia dan Banggla juga telah mendapat hak kerakyatan.Dan begitu banyaknya keistimewaan bila sudah ada kerakyatan.

Sekolah saya adalah antara tempat menerima kanak-kanak ini.Sejak dahulu sesekali ada yang didaftarkan sekolah,tetapi paling lama 6 bulan. Kemudian hilang. Mereka tidak mendaftarkan ke sekolah tamil sebab menurut mereka,mereka tidak mahir berbahasa tamil.Tetapi sebenarnya bahasa Melayu pun mereka tidak mahir.Mereka telah mendapat kebenaran dari PPD untuk menempatkan mereka sementara proses pendaftaran kelahiran berjaya.

Bagi pelajar sekolah saya pula agak jakun (Ini bukanlah perketaan menghina kaum lain tetapi jakun menurut perbendaharaan saya ialah macam tak pernah jumpa atau mungkin conservative) bila wujud golongan ini dicelah-celah mereka. Sikap,budaya,pemikiran dan banyak serbinya adalah asing bagi mereka.Pada hari-hari tertentu juga mereka membawa bau yang agak tidak sesuai dengan setempat.Tiba-tiba sahaja seramai 5 orang pelajar adik beradik mendaftar dalam kelas yang berlainan. Semamngnya sukarlah bagi mereka ini menyesuaikan diri didalam kelas seorang diri tanpa ada komunikasi.Kini telah 3 tahun mereka disini.

Suatau masa pernah saya lihat pelajar saya melarang kawan asingnya dari menadah tangan bila doa dibacakan.

"Kamu bukan orang Islam,buat apa berdoa?"
Cepat-sepat saya betulkan"Biarlah dia berdoa,dia masih belum baligh,belum ada agama.Moga-moga nanti bila dah baligh dia jadi orang Islam"

Kini,apa juga aktiviti di sekolah ini mereka turut serta,termasuklah aktiviti membaca tahlil bila Hari guru.
Sejak kedatangan mereka juga satu fenomena yang berlaku. Ibubapanya asyik datang mengadu bahawa anak-anaknya diganggu.Padahal jika dikira kesukaran yang disebabkan oleh anak-anak mereka lebih dari itu Bagi guru-guru yang punya baran akan tercetuslah ayat perli.

"Awak pindahkanlah anak awak kat sekolah tamil,sana semua baik-baik"

Bagi saya, mengharap agar janganlah mereka pindahk,sebab mereka menyumbang kepada jumlah inrolmen pelajar,jika jumlahnya menyusut pasti segala keistemewaan akan ditarik seperti  hak penempatan Guru Penolong Kanan,Pembantu am Rendah juga peruntukan perkapita keewangan.Maka bertambahlah beban guru-guru lain. Berdoa sahajalah agar mereka berubah.

Penyebab dari GPK HEM menggangu kelas saya pada hari itu adalah disebabkan Tanmoli tidak mahu masuk kelas dan menyorok dikelas pemulihan. Puncanya pelajar kesal tersebut mengejek-ngejak. Anataranya;

"Pencuri,pencuru,pencuri...keling pencuri....."Sembil membuat gerak badan yang menyakitkan.

Puncanya Tanmoli kehilangan buku teks lalu diambilnya buku teks Saodah dan ditukar namanya.

Setelah GPK HEM keluar,saya menambah.

"Saya dan juga GPK HEM bukan nak membela Tanmoli,tapi nak membetulkan kamu semua. Betul dia bukan Islam,Nanti dia akan masuk neraka,tapi kita ni yang Islam belum tentu  tak masuk neraka sama. Kita ejek-ejak dia macam ni bukan penyelesaiannya.Apa salahnya tegur dia,tak payahlah ejek-ejek. Nanti dia sakit hati pada kita dan kata orang melayu tak baik,sampai bila-bila,sampai dia besar.Kalau pun dia mencuri bagi tahu cikgu,biar cikgu yang nasihatkannya. Dia tak belajar bahawa mengambil barang orang itu berdosa,dia tak belajar halal dan haram,jadi bagi dia,apa yang dibuatnya betul. Kamu semua pun boleh ajar dia kalau dia buat tak betul.Yang penting kita tunjuk akhlak yang baik. Biar dia dapat kesimpulan bahawa orang Melayu Islam adalah orang baik-baik. Insyaallah, satu masa nanti dia masuk Islam dan menjadi lebih hebat dari kamu. "










2 ulasan:

  1. Salam. Ini kisah cerita "1 Malaysia". Jangan ingat 1 Malaysia itu yang indah sahaja. Jadi siapa yang perlu selesai masaalah seperti ini? Adakah pihak guru, sekolah, PPD, Negeri, Kementerian atau kerajaan Malaysia sendiri. Sebab ada masaalah ini kerana dasar-dasar negara tidak terselaras anatara satu sama lain. Masing-masing ikut apa yang mudah dan selesai masaalah secara jangka pendek.Rakyat dan pegawai sudah mula "ngemprah" sebab kerajaan sudah punya dasar-dasar yang celaru. Kata pepatah Cina "IKAN BUSUK DARI KEPALANYA".Kita duduk diekor?

    BalasPadam
  2. Salam kembali Puan,

    Sayapun sebanarnya masih keliru dengan 1Malaysia,dan tidak tahu menjawab ucapan "salam 1Malaysia".

    Dasar diubah sesuka hati,keliru yang mana kepentingan rakyat yang mana kepentingan individu.Yang jelas kepentingan akhirat dipinggirkan.

    Semoga usaha saya yang sedikit ini dapat melambatkan proses pembusukan ikan yang dimaksudkan ya Puan? :)

    BalasPadam

Catatan Popular