DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2012

Akhlak.

 Dua cuti berturut-turut dua orang jejaka di rumah Makbonda membawa kawan sekolejnya balik.Jejaka pertama membawa seorang pemuda Filifina penganut khatolik.Eloknya tingkahlakunya. Setiap kali menjamah makanan asyik memuji sahaja.Orang menghidang sebok nak tolong.Lepas makan habis meja,singki di kemaskannya,Semasa meninggalkan rumah berapa banyak thank you yang keluar.Beberapa hari setelah beliau meninggalkan rumah ini Makbonda selusuri FB mereka,terjumpalah catatan di wall mereka.


Itulah adalah cara dia memberi penghargaan.

Minggu berikutnya jejaka kedua pula membawa kawan seasramanya,dari Melaka. Pun sama,lepas makan bersihkan meja dan singki. Bercakap dengan orang tua begitu sopan sekali.

Kata Makbonda dan suami
 "Agaknya macamana keluarganya ye? Pandai Mak bapaknya didik dia."
 "Agaknya macamana anak-anak kita bila jauh dari kita ye?"

Beberapa bulan yang lepas jiran rumah kami menerima 6 orang pelatih wanita dari sebuah kolej untuk menjalani prktikal untuk tinggal selama 3 bulan dirumahnya. Remaja-remaja semua. Sebelum ini pun beliau pernah menerima  dan agak selesa dengan kehadiran mereka.Kali ini Masyaallah,agak terkejut juga dengan perilaku mereka.  Berlarian diatas rumah,berborak dan mengilai sehingga jauh malam.Makbonda sebagai jiran tidaklah terganggu kerana bila tutup pintu dan tingkap gelombang suara meraka tidak berapa dapat menembusi,tetapi kasihan dengan tuan rumah. Beliau sendiri sangat terkejut,Seusia ini baru pertama kali melihat perilaku remaja sebegitu rupa.Anak-anak pun tidak senang dengan perilaku mereka,salah seorang menantunya menulis di sini. Apabila beliau meluahkan ketidak selesaannya,Makbonda beri saranan agar beliau mengggunakan kuasa sebagai tuan rumah.Beliaupun memberi kata dua samaada mengubah tingkahlaku atau mencari rumah lain.Akhirnya mereka memilih untuk mencari rumah lain.

 Ulasan kami
  "Macamana agaknya keluarganya ye?"
"Entahlah Kak,anak saya pun menyewa ramai-ramai kat luar sana,tak tahulah bila jauh dari kita."

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana kamu tidak akan sekali-kali dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” (QS Al-Isra’:37)

Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a, katanya, Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.

 Kepada anak-anak yang jauh di sana sini, Hiduplah dengan berakhlak, bukan suruhan ibu tapi suruhan Allah. Seluruh alam akan gembira dengan kamu jika kamu beraklak.


Ahad, 25 Mac 2012

Untung


Alhamdulillah. Hujung cuti pesekolahan yang lepas dapat juga  menunaikan udangan meraikan walimah puteri kepada Mak Usu di Pasir Gudang. Kena berusaha untuk hadir juga sebab ini adalah majlis untuk satu-satunya anak perempuannya,seorang lagi putera yang baru memulakan alam pekerjaan. Alhamdulillah bertemu dengan sanak saudara termasuk seorang yang pernah Makbonda tulis di sini.

Sejak peristiwa itu inilah kali pertama kami bertemu lagi. Kami sama-sama rewang tapi masa untuk bersamanya terhad,sebab ramai lagi sanak saudara yang perlu disantuni. Sampai ketikanya kami berpeluang untuk duduk bersama,memotong sengkuang, timun, jambu batu  dan aneka buah lagi untk bahan rojak buah. Dari satu topik ke topik lain kami berbual.Dari peristiwa sejak kecil hinggalah seusia ini. Seketika itu perbualan kami terganggu sebentar oleh kehadhiran anak gadis sulung Makbonda menghantar minuman.

"Dah besar anak kamu ye,untung kamu ada anak sebesar ini.Dapat rasa nikmat anak membesar. Kalau anak sulung aku hidup lagi dah besar macam ni"  Suaranya berubah menjadi tersekat-sekat.

"Tak usahlah mengira untung orang lain,kira sajalah untung diri sendiri dulu. Anak kamu telah tahu dimana darjatnya diakhirat nanti. Anak aku? Belum tahu, aku dan kamu juga. Bahagianya kamu di sana nanti, anak-anak kamu menyambut  kedatangan kamu,maengajak kamu sama-sama masuk syurga"

Subhanallah.



Menceritakan hadith oleh Muhammad b Ismail b Ibrahim b 'Ulaiyah dan Abdul Rahman b Muhammad, berkata kedua-duanya: 'Menceritakan hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith dari 'Auf hadith dari Muhammad hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati diantara kedua-duanya (yakni, mati sebelum mereka) tiga orang beberapa anak mereka (yg) belum sampai baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah (a.w) ke dalam syurga dgn kelebihan kerahmatan Allah (a.w) pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam syurga.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dikatakan kpd mereka masuklah kamu ke syurga.' Maka berkata mereka (i.e. anak): 'Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua-dua ibubapa kami (bersama-sama kami).' Maka berfirman Allah (a.w): 'masuklah kamu dan kedua ibubapa kamu.' [Hadith an-Nasa'i,]






Jumaat, 23 Mac 2012

POSTCODE 7647


Hati  berbunga-bunga
membuka sampul juga berbunga
Keharuman ukhuwah semerbak ke udara
Menyentuh deria rasa
pangkal kalbu menyedut aroma.
Tampak keindahan terpancar dari lubuk sanubarinya,
walaupun dia jauh di sana
Entah bagaimana wajah bagaimana rupa
Tapi kehangatan dapat di rasa.
Harapan disuatu ketika
Kita akan  pernah bertemu mata.


Salam Ukhuwah untuk Mieza

Selasa, 20 Mac 2012

Tetamu oh tetamu (V)

Usai tetamu-tetamu suami bubar,maka Makbonda pun ke ruang hadapan,mengutip bekas-bekas  yang telah terguna. Wah! Sehingga objek ini pun diguna pakai. Semakin diamati semakin menebal kehairanan dan penuh tanda tanya.Bukan sebab kedekut tak bagi pakai.

Kenapa mereka tidak menggunakan yang lain dalam koleksi seperti yang ini
atau yang ini
yang inipun melambak-lambak
tak kesah,pakailah,Makonda bukan jenis yang kesah sangat dengan koleksi ini,semuanya diperolihi tanpa  bermodal,semuanya pemberian tanda kasih sayang dan silaturrahim. Ianya tetap disimpan sebagai kita sangat menghargai kasih sayang dan silaturrahim mereka. Tetapi masaalahnya digunakan untuk ini pula;

Tanpa peduli dengan wacana yang disampaikan di dindingnya.



"Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992) " dipetik dari  http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=259

Ahad, 4 Mac 2012

Aduhai emak-emak

Beberapa hari lepas kami mengunjungi salah seorang emak saudara kepada suami.
Dia ibu tunggal yang tinggal bersendirian di sebuah rumah teres peninggalan suaminya.Anak-anak telah berumahtangga dan tinggal ditempat lain,termasuk lah satu-satu anak lelakinya yang tinggal sesebuah kuarters di daerah yang sama.
Dia kesedihan sebab satu-satu anak lelakinya telah membuat rumah bersebelahan mertuanya yang punya ramai anak lelaki lain.Sedangkan dia hanya punya seorang anak lelaki,dan dia sendiri tinggal bersendirian.
Walaupun beberapa kali dia berkata,sebagai orang tua kena redho dan kena doakan kesejahteraan anak-anak.Tapi masih lagi mangulang ulang ayat yang menggambarkan dalamnya luka di hati. Beberapa kali diulang;
 "Dia ada ramai anak lelaki,kenapa anak lelaki saya yang seorang itupun nak diambik,selama ni saya pergi hospital driver kereta sendiri,tapi maka dan bapak mertuanya mintak anak saya hantar.Selama ni dia tak pernah pun cerita yang dia nak buat rumah sampailah anak dia yang tunjukan gambar rumah dalam pembenaan dalam telefonya,sampai ati dia buat macamtu, tapi ialah aku kena redho,kena doakan keselamatan dia"
Kami pun tak terkata apa,hanya mampu menambah apa yang dia kata dihujung.
"Ya betul kena redho,yang penting dia masih ingat maknya,kita tak tahu masaalah dia,mungkin dia nak tinggal dalam kampung. Makcik,hidup kat dunia sementara je,yang penting Makcik dah lepas tanggungjawab bela dia sampai dewasa,sekarang dah tugas dia nak ingat makcik atau tak.Alhamdlillah makcikpun boleh memandu sendiri,itu kelebihan yang allah bagi.Kalau makcik sayang dia,redhokan je."
Tak tahulah semujarab mana ubat yang kami beri,kami datang hanya sekali-sekala,ketika lain tidak dapat diramalkan keadaannya. Hanya yang kami harap akan bertemu anak lelakinya itu,kalaupun dia telah terlanjur membina rumah di sebelah mertuanya,tolonglah ubati hati ibunya dengan lebih kerap menziarahinya, sekurang-kurangnya menalifonnya.

Makbonda juga punya seorang kawan sejawatan,tapi berlainan tempat bertugas, hanya sekali-sekala bertemu ditempat mesyuarat atau kursus.Makbonda namakan sebagai Sabariah.Disini adalah kampung halaman suaminya.Ayahnya seorang pesara yang membeli tanah di sebuah kampung di Melaka,dan berharap Sabariahlah yang tinggal bersebalahan dengannya,telah disediakan tapak untuk sebuah rumah.Tapi suaminya telah membeli lot tanah bersebelahan rumah ibubapanya dan membuat rumah banglo 2tingkat diatas tanah itu.Adik beradik perempuannya yang lain juga tinggal disekitarnya.Perkara ini telah mengecewakan bapa Sabariah,sehingga beliau bersumpah tidak mahu menjejak kaki di bumi Sabak Bernam.Jika sebelum ini semasa Sabariah tinggal menyewa,dia acapkali datang kadang bermalam dirumah besan. kini tidak lagi.Sabariah terperagkap dalam rasa serbasalah.Bila dia menceritakan kisahnya,Makbond hanya mampu memberi semangat padanya

"Bersabar,doa banyak-banyak supaya lembut hatinya.Kamu dipihak yang betul,Isteri kena ikut suami,lagipun dia anak lelaki,sulung pulak,tanggung jawab dia besar,emak apak dia tak sihat pulak tu.Walau macamnapun kamu mengalah,sering -seriglah kunjunginya,tak apa dia tak layan,lama-lama nanti Insyaallah,sejuklah tu.Alhamdulillah,kamu punya keluarga mertua,ipar duai yang baik-baik."

Makbonda pun terfikir,adakah suatu masa nanti akan menjadi begitu?Kadang-kadang anak lelaki tidak menalifon pun dah mula buruk sangka "Yalah menalifon girlfriend boleh,ada je kredit,telefon emak asyik habis kredit,pada hal telefon emak dapat pahala,telefon girlfraind dapat dosa,dia pilih juga yang dosa"

Makbonda pernah tanya perkara ini pada emak."Apa perasaan emak kalau anak lelaki tinggal tinggal dekat rumah mertua,sedangkan emak tinggal jauh dari anak-anak"
Jawab emak
"Nak buat macamana,semua tu Allah yang aturkan,Dah rezeki mertuanya dapat tinggal dekat dengan anak-anak.Kelebihan orang buat apa nak irihati. Nak tinggal dekat tapi tak ada kerja nak buat macamana.Tak apalah tinggal jauh asalkan ingat mak bapak,selalu telefon. yang dekat pun asyik selisih faham buat apa.?"
Maha suci Allah,Emak memang selalu berfikiran positif. Makbonda sering dihantui dosa pada beliau bila beliau terlebih dahulu mendail nombor Makbonda. Biasanya Makbonda akan akhiri dengan "Terimakasih mak telefon saya dulu"
Sekarang beliau menciplak perkataan Makbonda,bila Makbonda buat panggilan,beliau akan mengakhir perbualan dengan "Terimakasih telefon emak"
Ya Allah,wariskanlah kebaikan emak itu kepada ku.

Khamis, 1 Mac 2012

Mati hanya sekali.

Seorang wakil rakyat telah dipujuk untuk lompat parti,dengan janji imbuhan 12 juta.Telah beberapa kali Dato' itu menghubunginya dari jauh.Kini keadaan terdesak,beliau datang ke pejabat Doktor wakil rakyat  tersebut.

Dato': 12juta,bukan senang nak dapat Doc. You mati 12 kalipun tak dapat kumpul banyak ni.

Dr    : 12 juta?hmmm(Merenung jauh)Sebenarnya saya ada problem sikit.

Dato': Problem? apa problem tu? I boleh tambah.(Dia fikir tentu jumlah itu kurang sebab dia menanggung banyak hutang)yang penting stale.

Dr    : Ada 2 problem besar.Kalau you boleh settle?

Dato':  2 sahaja,easy thing,cakap sahaja.(Yakin berbaloi segala susah payahnya  untuk datang)

Dr.  : 1st, I mati sekali sahaja. 2nd, I ada ini (Sambil meletakan Al Quran di hadapan Dato')Kalau tak ada benda Allah ni gerenti I terima tawaran you. Tolong settlekan?.

Dato' terkedu.

Bukan sebab kekecewaan sebab umpan tidak mengena,tapi hidayah telah terpencar kedalam kalbunya Dato' it. Subhanallah. Sesungguhnayia Ia adalah betul-betul mukjizat Rasulullah.


“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)







Catatan Popular