DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Mei 2012

Orang Asing.

P&P saya terganggu sebentar,GPK HEM meminta sedikit masa.

"Siapa yang mengejek-ejek Tanmoli tadi,cuba angkat tangan"

Saya tahu solan GPK Hem itu tidak akan mendapat respon melainkan semuanya diam. Ya Saya sudah pasti benar,tidak akan.
Saya membiarkan GPK Hem meneruskan leteran.

Penduduk disekitar sekolah saya mejoriti kaum peribumi. Jawa,banjar dan Melayu. Memang merekalah penduduk asal. Tetapi dicelah-celah mereka ada beberapa rumah salai kepunyaan kaum Cina. Mereka membuka rumah salai dengan membeli kelapa penduduk setempat.Kaum india pula adalah pekerjanya sambil sedikit demi sedikit diambil alih pula oleh pendatang dari Indon dan Banggaladesh.Mereka ditempatkan dibilik-bilik yang disediakan di rumah salai tersebut.Kebanyakan golongan mereka adalah tidak punya identiti diri walaupun beranak pinak di sini. Ada juga setengah antara mereka melahirkan anak-anak kacukan cina-India hasil hubungan taukeh dengan isteri pekerja, dan didaftarkan sebagai keturunan ibu.Bila sudah tiada identiti diri tentunya tidak punya kelayakan mendaftar sekolah.Pernah juga beberapa keluarga telah memeluk Islam,tetapi mereka pindah ke tempat lain sebab telah mendapat rumah dari pihak zakat.

Sejak kebelakangan ini.seperti ada satu fenomena baru, dimana ibubapa mereka berlumba-lumba menghantar anak kesekolah,dan mereka berusaha mencari hak kerakyatan.Mungkin bila melihat fenomena Pendatang dari Indonesia dan Banggla juga telah mendapat hak kerakyatan.Dan begitu banyaknya keistimewaan bila sudah ada kerakyatan.

Sekolah saya adalah antara tempat menerima kanak-kanak ini.Sejak dahulu sesekali ada yang didaftarkan sekolah,tetapi paling lama 6 bulan. Kemudian hilang. Mereka tidak mendaftarkan ke sekolah tamil sebab menurut mereka,mereka tidak mahir berbahasa tamil.Tetapi sebenarnya bahasa Melayu pun mereka tidak mahir.Mereka telah mendapat kebenaran dari PPD untuk menempatkan mereka sementara proses pendaftaran kelahiran berjaya.

Bagi pelajar sekolah saya pula agak jakun (Ini bukanlah perketaan menghina kaum lain tetapi jakun menurut perbendaharaan saya ialah macam tak pernah jumpa atau mungkin conservative) bila wujud golongan ini dicelah-celah mereka. Sikap,budaya,pemikiran dan banyak serbinya adalah asing bagi mereka.Pada hari-hari tertentu juga mereka membawa bau yang agak tidak sesuai dengan setempat.Tiba-tiba sahaja seramai 5 orang pelajar adik beradik mendaftar dalam kelas yang berlainan. Semamngnya sukarlah bagi mereka ini menyesuaikan diri didalam kelas seorang diri tanpa ada komunikasi.Kini telah 3 tahun mereka disini.

Suatau masa pernah saya lihat pelajar saya melarang kawan asingnya dari menadah tangan bila doa dibacakan.

"Kamu bukan orang Islam,buat apa berdoa?"
Cepat-sepat saya betulkan"Biarlah dia berdoa,dia masih belum baligh,belum ada agama.Moga-moga nanti bila dah baligh dia jadi orang Islam"

Kini,apa juga aktiviti di sekolah ini mereka turut serta,termasuklah aktiviti membaca tahlil bila Hari guru.
Sejak kedatangan mereka juga satu fenomena yang berlaku. Ibubapanya asyik datang mengadu bahawa anak-anaknya diganggu.Padahal jika dikira kesukaran yang disebabkan oleh anak-anak mereka lebih dari itu Bagi guru-guru yang punya baran akan tercetuslah ayat perli.

"Awak pindahkanlah anak awak kat sekolah tamil,sana semua baik-baik"

Bagi saya, mengharap agar janganlah mereka pindahk,sebab mereka menyumbang kepada jumlah inrolmen pelajar,jika jumlahnya menyusut pasti segala keistemewaan akan ditarik seperti  hak penempatan Guru Penolong Kanan,Pembantu am Rendah juga peruntukan perkapita keewangan.Maka bertambahlah beban guru-guru lain. Berdoa sahajalah agar mereka berubah.

Penyebab dari GPK HEM menggangu kelas saya pada hari itu adalah disebabkan Tanmoli tidak mahu masuk kelas dan menyorok dikelas pemulihan. Puncanya pelajar kesal tersebut mengejek-ngejak. Anataranya;

"Pencuri,pencuru,pencuri...keling pencuri....."Sembil membuat gerak badan yang menyakitkan.

Puncanya Tanmoli kehilangan buku teks lalu diambilnya buku teks Saodah dan ditukar namanya.

Setelah GPK HEM keluar,saya menambah.

"Saya dan juga GPK HEM bukan nak membela Tanmoli,tapi nak membetulkan kamu semua. Betul dia bukan Islam,Nanti dia akan masuk neraka,tapi kita ni yang Islam belum tentu  tak masuk neraka sama. Kita ejek-ejak dia macam ni bukan penyelesaiannya.Apa salahnya tegur dia,tak payahlah ejek-ejek. Nanti dia sakit hati pada kita dan kata orang melayu tak baik,sampai bila-bila,sampai dia besar.Kalau pun dia mencuri bagi tahu cikgu,biar cikgu yang nasihatkannya. Dia tak belajar bahawa mengambil barang orang itu berdosa,dia tak belajar halal dan haram,jadi bagi dia,apa yang dibuatnya betul. Kamu semua pun boleh ajar dia kalau dia buat tak betul.Yang penting kita tunjuk akhlak yang baik. Biar dia dapat kesimpulan bahawa orang Melayu Islam adalah orang baik-baik. Insyaallah, satu masa nanti dia masuk Islam dan menjadi lebih hebat dari kamu. "










Rabu, 16 Mei 2012

Guru oh guru


Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekosongan slot.

"Pentadbir kat sekolah saya pilih bulu.Dah berapa lama saya ka sekolah tu,ta pernah dapat APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) Orang-orang lebih baru datang, boleh dapat."

Yang menjadi tandatanya Makbonda,bulu apalah agaknya yang dipilih oleh pentadbirnya,memandangkan keterampilannya yang begitu vogue itu.

Tiba kerja-kerja perbengkelan,masing masing membuat kerja kumpulan.Tugas diagih-agihkan. Pencatat,pereka persembahan power point,pembentang, masing-masing memainkan peranan. bila tiba padanya;

"Hah!Pencatat? tulisan i tak cantik. I tak mahir guna komputer. Pembentang?No no no  I  nervous"

Makbonda tak tahulah apa yang ada dalam fikiran orang lain,mengenai jenis bulu yang dipilih oleh pentadbirnya.

Sebaliknya,disini Makbonda mahu mengongsikan kesah seorang rakan sekerja juga, yang sangat sinior berbanding Makbonda. Dia datang dari Pulau Pinang,dapat posting ke sekolah sekarang hinggalah bersara 2 tahun yang lalu,tanpa pindah.Semasa mula-mula datang,sekolah tersebut letaknya 4 km dari jalan raya dengan tidak berturap.Sehinggalah beliau bertemu jodoh dengan penduduk tempatan dan menetap di sini.

Bergaul dengannya, Makbonda mendapat banyak munafaat. Keikhlasan,kejujuran,kerajinan,ketekunan,dan semua yang positif darinya menjadi penanda aras pada kami-kami. Beliau sentiasa berusaha menaikan nilai tambah dalam tugasnya. Dari asalnya buta komputer dia belajar sehingga pendai. Ringkasan mengajarnya seperti guru baru posting.Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti guru dalam praktikum.Setengah orang semakin menghampiri hari bersara,semakin turun graf komitednya,tapi dia tidak,semakin menghampiri bersara semakin ligat.Setengah orang akan mengambil cuti sehingga tiba hari bersara,tapi beliau tidak juga begitu.Semakin gila kerja. Beliau takut orang yang menggantikannya nanti menghadapi kesukaran. Di hujung persaraannya beliau menjawat jawatan GPK HEM(Guru pen kanan ehwal murid).Semua kerja seboleh
-bolehnya dibuat sendiri.Sepatutnya beliau boleh menurunkan tugas kepada orang bawahan.Hubungan dengan pelajarpun amat rapat,pelajar-pelajar membuatnya seperti emak mereka. Dikalangan masyarakat sekitar juga namanya amat popular.Sepatutnyalah guru yang sebegini yang layak menerima ucapan Selamat Hari Guru.

Semasa majlis persaraannya,Makbonda ditugaskan membuat dokumentasi.Semasa ditayangkan dihadapanya tidak hairanlah beliau menangis terharu sebab beliau yang diraikan,tapi yang hairannya Makbonda yang membena klip pun ikut sama.,Silalah mengikuti klip ini sehingga ke penghujungnya.


Ahad, 13 Mei 2012

IBU


Khamis malam Jumaat,9.15mlm Sedang Makbonda sebok melayan 4 orang anak saudara yang yatim,dititipkan di sini kerana ibunya berkursus diluar daerah. tiba-tiba Mak talipon,hanya dengan beberapa patah ayat;


"Bukak TV tak?Kalau bukak tekan RTM 1,Dah ye nak bagi tahu je,Assalamualaikum"


Bila habis siaran,Makbonda panggil lagi.


"Terimakasih Mak bagi tahu,..........."sambil bertukar-tukar sebak.


Makbonda cuba cari di Youtube,kut boleh dikongsi,tapi belum ada yang meng upload kan.


Hanya dapat mengongsikan gambaran  dari FB Dr Muhaya,  Forum Perdana MAlam ini TV1, 9 pm - Tajuk wajah Terindah"




Makbonda amat terkesan antara petikan Ustazah Zawiah. "Kita patur rasa berdosa bila sampai ibu kita yang memanggil kita dulu di telefon.Sepatutnya bila ini terjadi cepat-cepat kita minta mak kita letak telefon dan bagi kita panggil mak kita."


Ya itu lah yang sering Makbonda alami,dan setiap itu juga Makbonda akan merayu memohon kemaafan.


Insyhaallah,Makbonda juga sebagai ibu pula tetap akan menalifon mana-mana anak yang agak liat untuk menalifon ibu mereka. 


Sedang Makbonda menekan keyboard ni tiba-tiba telefon berdering,anak sulung Makbonda memanggil................ 
sambung balik


Dia sedang dalam perjalanan di lebuhraya Johor Bahru- Kota Tinggi.Katanya dikiri kanan jalan penuh dengan pelajar sedang menunggu Kembara Mahkota Johor.


"Kakak tak berehenti ke,tunggu sekali"
"Tak payahlah"
"Mak ingat lagi masa kakak tahun 1 dulu,nak ajak pergi Masjid tengok Sultan Selangor,mak tak mahu lalu kakak merajuk, " Kakak tak pernah nampak sultan" Mak Jawab "Kakak kecik lagi mak lagi dah setua ini pun tak pernah tengok"......hilang rajuk kakak"
"Oh ye,mak ingat lagi" kami sama-sama ketawa.
Baru letak telefon anak gadis kedua pula memanggil. dia baru bertolak dari rumah 7.30 pagi tadi,mamaklumkan dah sampai ke Bangi. Alhamdulillah.


Klip dibawah ni adalah Makbonda edit sendiri,adaptasi dari http://makbonda61.blogspot.com/2011/05/kasih-sayang-seorang-ibu.html \
 berlatar belakangkan lagu Ibu (Rafly Kande,dari petikan hafalan sholat Delisa)yang sangat menusuk kalbu itu



Jumaat, 11 Mei 2012

Faham


Saranan Bonda Ngasobah dalam entry saya di sini , saya jadikan bagai tangkal. Saya mahu pelajar saya berani bertanya,contohi sistem yahudi yang menggalakan pelajar bertanya.Cuma kita pula kena bersedia,menghadapi soalan-soalan yang tidak dijangka,sebab silap-silap membuka kejahilan kita.

Hari itu masa  relief class .Saya bawa pelajara tahun 5  ke Perpustakaan untuk mengemas rak-rak buku.Menyusun mengikut pengelasan.Setelah selesai,bebaskan mereka memilih buku sementara habis waktu.  Soleha,pelajara tahun 5, terjumpa satu buku,yang salah satu muka suratnya adalah imej di bawah;



"Cikgu,Ni Islam lain ya?"Tanyanya.
"Mana ada Islam lain,Islam satu sahaja,"
"Habis tu dia sembahayang pakai macam tu?"
"Yang lain pemahaman orangnnya"
"Sah ke solatnya?"
"Yang berhak mengesahkan Allah sahaja. Mungkin dia solat lebih khusuk dari kita."
"Kan solat  kena pakai telekung ?"
"Siapa yang suruh pakai telekung"
"Ustaz dengan ustazahlah yang suruh"
"Tak semestinya pakai telekung,yang penting tutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan,"
"Habis tu kenapa dia solat nampak telinga?nampak tangan."
"Ilmu islam yang paling lengkap ialah Rasulullah SAW,Bila dah jatuh pada sahabat-sahabat,khalifah-khalifah dan kepengikutnya dah jadi berbagai-bagai pemahaman.Tapi tetap meletakkan Allah,pegang Quran dan hadith. Pendakwah-pendakwah bertebaran seluruh dunia,bila dia masuk ke satu-satu tempat yang penting mereka kenalkan Islam.Mereka bermacam-macam cara hidup,tak boleh nak ubah serta merta.,penerimaan penduduk setempat berbagai-bagai,mungkin pendakwah tu tekankan pada cara solat dulu,belum sempat nak kenalkan aurat yang sebenarnya mungkin dah meninggal,jadi sampai turun temurunlah macamtu pakaiannya."
"Tak ada ke orang bagi tahu"
"Mungkin belum. Macam kita lah,masa solat tutup semua,tapi bila di luar solat,bukak semua. Orang arab pelik tengok,dia akan kata "Tak ada orang bagi tahu ke?" Sebenarnya ada juga yang bagi tahu,samada kita tak dengar atau tak mahu dengar sebab dah biasa macamni. Ya tak"
"Hehehe betul juga yek"
"Rasulullah ada bersabda "Apa yang aku tegah kemu darinya maka hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintah kamu dengannya maka hendaklah kamu lasanakan sedaya mampu"Walaupun masa tu kita kekurangan pakaian,solat tu wajib,jadi pakailah semampunya.Jangan sampai di tinggal. Mungkin budak dalam gambar tu tak bawak pakaian yang lengkap,tapi solat tetap kene buat"
Dia berhenti menyoal.Masa untuk bersamanya pun tamat.
Saya harap jawapan saya releven.

Ahad, 6 Mei 2012

Annahdhoh-Inn


Mahu dikatakan Makbonda adalah spesis yang tidak suka bertanya tidaklah juga tapi kali ini memang kurang bertanya.Bila suami mempelawa untuk turut sama menemaninya dalam lawatan Penanda aras kedua buah sekolah diutara,diterima sahaja sebulat suara. Tanpa tahu sekolah apa,menginap dimana,turut sahaja menyedari diri ini hanya menempel dalam kumpulan mereka. Sehinggalah awal malam itu tiba ditempat penginapan yang betul-betul Makbonda baru tahu keuwujudannya. Sedangkan orang lain ramai yang  sudah tahu sehingga keperingkat antara bangsa.

Bas berhenti di persimpangan,kemudian sebuah van mengambil kami secara bergilir-gilir.Bas tidak dapat memesuki perkarangan kerana kewujudan sebuah pasar dimuka penempatan. Kami sumai isteri menunggu giliran terakhir menyedari kami pasangan yang sihat dan tidak membawa kanak-kanak.


Setibanya dilokasi,Masyaallah terpandang gerbang yang kami memasuki sebuah madrasah pondok.


Terus membuat hipotesis,Oh kami akan menginap di madrasah pondok.Namun jangkaan itu meleset juga bila van berhenti di hadapan bangunan An Naudhohin.Disambut oleh dua muslimah manis bertudung labuh di kaunter.
 Berhadapan dengan Madrasah An Naudhoh

Bermulalah detik-detik cinta pandang pertama kami.

Pagi Sabtu.Dalam tentetif  kami akan melawat Sekolah kluster SMK Al Irshad.Semasa menikmati sarapan pagi,tiba tiba satu demi satu manusia memenuhi perkarangan Madrasah,rupa-rupanya pagi itu ada pengajian.Subhanallah,pencinta-pencinta ilmu itu datang berbondong-bondong ibarat;

Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul bulu


Malangnya kami tidak dapat turut serta kerana kami punya jadual sendiri.

Malam kedua,datang dua buah bas lagi menginap disini,mereka dari Guru-guru dan staff Maahad Tahfiz As-sai'diyyah.Tidak semena-mena litar elektrik di bangunan An Nadhoh in terputus,mungkin kesan dari penggunaan kuasa lekterik yang berlebihan.. Semua penginap diarahkan keluar dan berkumpul di Madrasah sementara TNB membuat pembaikpulihan. Kebetulan ini sebenarnya telah tertulis di luh mahfuz dan punya hikmah yang tersedia. Kesempatan itu  membawa kami berkenalan dengan  Peneraju utama pusat tersebut iaitu Ustaz Haji Mutalib bin Maarof.

Cerita yang tidak ada di pamplet atau di wall websitenya.Beliau adalah lepasan pengajian pondok,tidak pernah sekalipun masuk sekolah menengah,apa lagi sebarang diploma pengurusan dan sebagainya dari mana-mana IPT. Semuanya adalah kerja Allah SWT.Untuk membangunkan Madrasah tersebutpun beliau tidak pernah membuat sebarang kertaskerja meminta bantuan mana-mana jabatan atau mana-mana badan,semuanya adalah sumbangan dari orang ramai, dari umat marhain.
Ada pihak yang melebel Mereka sebagai meminta-minta,itu adalah alasan orang kikir,yang sangat berkira dengan harta yang ada,belum mendapat hidyah bahawa sebahagian hartanya adalah hak orang lain. Sebenarnya mereka memberi peluang dan jalan kepada orang lain untuk sama-sama menanam saham bekalan akhirat nanti.


Pengalaman beliau yanag sering diundang berceramah di Langkawi dan tempat lain telah mencetus idea bagi membangunkan An Nadhoh In. Beramal Jariah bukan semestinya dengan wang sahaja tapi boleh juga idea dan sokongan. Ya peminat-peminantnya di Langkawi menghulurkan sumbangan dari segi  sokongan, idea dan kepakaran.Sumbangan kepakaran tanpa bayaran lebih bermakna dari wang yang berjuta-juta tapi dhaif dari segi pengurusan.Sehingga mengakibatkan kerugian pada negara.Begitulah jadinya jika amanah diserahkan pada yang bukan selayaknya.

Untuk membangunakan bangunan perlukan seorang kontraktor yang mahir,untuk mencari seorang kontraktor juga perlukan satu budget yang besar,jadi beliau mengambil kurusus kontraktor sehingga mendapat lesen. Beliau sendiri menjadi kontraktor.Tentu bukan jumlah yang sedikit dapat dijimatkan.

Pada awal ketibaan,Kami nampak orang muda itu di hadapan pondok pengawal keselamatan,jangkaan kami beliaulah pengawal keselamatannya,atau penjaga mini market.sehinggalah pada malam itu,rupa-rupanya beliau ialah manusia bukan sembarangan.

Beliau mengakui,terlalu banyak kelemahan jika dibanding dengan hotel-hotel lain,beberapa kali juga beliau mendapat komen,beliau akui,stafnya bukan berkelulusan pengursan hotel,jadi komen-komen dijadikan penanda aras,tapi jika komen menghukum beliau serahkan kepada Allah sahaja untuk menguruskan.Segala bayaran pengujung adalah dana untuk pembangunan Madrasah An Nahdhoh. Ada juga peserta rombongan kami yang tidak berkesempatan mengenali Madrasah ini,dengan selamba meminta,mengarah itu dan ini,gaya seperti penyewa terhormat.Kami yang punya cinta yang mulai berputik amat rasa perlu membuat pembelaan. Al maklum,mereka tidak tahu.kalau tahu mereka akan tidak berkelakuan seperti itu.

Menurutnya,penginapan ini sering dikunjungi alim ulamak atau motivator dari dalam dan luar negeri. Kesempatan ini digunakannya untuk memberi nilai tambah dan kekuatan kepada pelajar-pelajar madrasah ini. Mereka sering bertemu dengan tokoh-tokoh besar untuk mendapatakan keberkatan darinya.

Setiap pagi sabtu diadakan pengajian untuk penduduk setempat,setiap pengajian tidak kurang dari 3000 peserta,dari seluruh pelusuk kawasan berhampiran dan juga dari jauh.Mereka disemaikan semangat bahawa madrasah itu adalah kepunyaan mereka.Pagi loceng akan dibunyikan dan penuntut mengambil tempat.Loceng akan dibunyikan waktu rehat,pelajar boleh balik rumah atau mengunjungi pasar yang berselerakan di muka gerbang Madrasah. Loceng dibunyikan menandakan waktu rehat telah tamat. Proses P&P diteruskan sehinggalah tamat pada tengahari. Mereka akan meninggalkan madrasah dengan tabung derma yang penuh dan tiada sebarang sampah sarap yang berselerakan. Itu Madrasah mereka,siapa lagi kalau tidak mereka yang menjaga dan mambangunkannya.Itulah kebijaksanaan penerajunya.

Pagi ahad kami chek out,untuk jadual seterusnya kesekolah berperistasi tinggi SMK Sultanah Asma’

Petang itu dalam perjalanan pulang,tenggelam cerita-cerita hebat dari sekolah kluster dan sekolah berperistasi tinggi itu.Ya cerita-cerita kehebatanya telah send to back .Sementara cerita Madrasah An Nadhoh  pula Bring to front.
Bangunan penempatan pelajar Madrasah

Sebelumnya mahu menulis cerita dari kedua-dua sekolah tersebut yang kemashurannya telah sampai keperingkat antarabangsa . Kini lain jadinya. Di harap pihak yang sudi menempelkan kami tidak rasa tak berbaloi membawa kami. Insyaallah,nanti akan datang lagi ketempat yang penuh keberkatan dan kerahmatan itu.Membawa anak-anak dan penduduk kampung sekali.

Catatan Popular