DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 23 Julai 2013

MEMILIH

Saya pun dulu begitu,sama seperti anak saya,apa-apa tentang peribadi akan cerita pada Emak. Anak perempuan memang begitu,berbeza dengan anak lelaki.Jarang yang mahu bercerita hal peribadi terutama tentang memilih pasangan.

Dalam dia sedang dilema untuk memilih semua diceritakan,dan saya akan memberi sedikit sebanyak pandangan. Yang paling utama ialah dengan beristikharah. Bukan sahaja dia tetapi saya juga. Selalu saya mengingatkan mereka bahawa apa yang kita suka belum tentu Allah suka. Ada juga yang kita tidak suka tetapi itu adalah yang Alah tentukan. Kalau diberinya juga apa yang kita tidak mahu,adalah anugerah yang lebih besar akan DIA berikan akhirnya nanti. Kalau di fahami maksud doa dalam istiharah tentu kita akan redho dengan apa yang berlaku.

Tiba tiba dia bercerita mengenai salah seorang rakan rapatnya semasa di U. Sebaik sahaja habis belajar terus berkahwin dengan pemuda pilihannya yang kata orang bagai pinang dibelah dua. Pasangan cantik dan tampan. Dipandang dari sudut fizikal,cukup pekejnya.Sesiapa yang memandang akan rasa cemburu. Di album FBnya penuh dengan foto-foto berbagai aksi,menunjukan keintiman dari semasa dari hari perkahwinan,berbulan madu,mengandung,bersalin dan melancong dengan babynya yang comel. Saya pasti sesiapa juga akan wujud rasa iri bila melayari. Iktibarnya, janganlah semua tingkahlaku kita dirakamkan di FB, di bimbangi ada yang irihati dan mendoakan perkara yang buruk-buruk sehingga sanggup menggunakan sihir. Simpan sahaja lah untuk diri sendiri.

"Dia rasa jodohnya mungkin berakhir"


"Astagfirullahhaladhim.....macamana boleh jadi macam tu,berapa hari sangat usianya"

Saya agak terperanjat. Baru beberapa hari, lantas terbayang akan foto-fotonya yang pernah saya lihat.Penuh dengan shoot-shoot yang mendebarkan siapa yang melihat.


"Bermasaalah dengan ibu mertuanya. Katanya mertuanya jenis suka cari salah orang dan agak mengongkong anak lelakinya. anak lelakinya pun jika hal ibunya sanggup berhabis,tipa bila hal barang keperluan anak diharapkan isterinya yang beli, mula-mula dulu bersabar je....dipendam.....lama-lama ada pertengkaran sikit...mulalah ungkit mengungkit...jatuh tangan suami  kat muka isteri......,sekarang ni dihantar isterinya ke kampung dan tak di peduli...kebetulan masa ni dia sambung belajar,tengah cuti sem."

Sebenarnya saya mengenali kawannya itu,telah beberapakali saya bersua dengannya. Memang cantik, saya tahu perkahwinannya mengecewakan ramai yang merebut cintanya. Orangnya peramah dan senang bergul dengannya. Namun saya tidak bergaul lama dengannya sehingga mengenali bagaimana emosinya . Jadi belumlah boleh saya membuat kesimpulan yang dianya itu jenis yang bagaimana.

Saya mengingatkan kepada anak saya bahawa itu satu contoh,cuba lihat contoh-contoh yang lain. Yang berbeza situasi. Jangan terlalu jauh membandingkan sehingga keadaan rumah tangga datuk nenek,sebab cabaran hidup mereka berbeza dengan situasi sekarang. Lihat sahaja pada keluarga pakcik dan makcik yang rata-rata muda-muda,dan cabarannya adalah cabaran zaman terkini. Lihat dan jadikan tauladan serta sempadan.

Kata orang yang tidak menggunakan sandaran iman, perkahwinan itu satu perjudian,tidak boleh diramal,dicuba baru tahu untung ke rugi. Tapi orang beriman tidak boleh kata begitu. Judi adalah haram. Bukan mencari untung rugi atau kemenangan individu,kemengannya adalah bersama. Perkahwinan adalah satu perlayaran. Sebelum dan semasa belayar penuh dengan kebergantungan kepada yang Al Malik,Al Muhaimin,Al Bari dan lain-lain dalam Asmaul Husna.

Bil kita pandang,cabaran di masih belum begitu jauh,baru setakat hal belanja baby yang beberapa hari hayatnya. Masaalah dengan ibu mertua,sebagai anak,muda dan kreatif perlu belajar dan cari jalan sebijaknya. Baru riak-riak  kecil,belum berjumpa ombak yang lebih besar,rugi kalau hanya hal yang sebegitu telah menamatkan bahtera. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kata pepatah. Namun saya menyedari,bila hati sudah kosong apa-apa pun sudah tidak bermakna. itulah puncanya.Bermakna apa-apa pun dari hati. Jadi jagalah hati jangan dikosongkan.Cinta,sayang rindu bukan hanya untuk individu,hendaklah disandarkan pada Pencipta.


Bila saya bercerita hal ini dengan suami,bahawa besar kemungkinan anak kami menjadikan perkara-perkara begitu menjadi salah satu fobianya untuk membuat keputusan.

Kata suami saya;

"Kita tak nampak bagaimana cara hidup mereka,setinggi mana amalannya,sejauhmana pegangan agamanya,ilmunya  terutama dalam rumahtangga. Bila kita dah usaha didik dia,dia sendiri dah bergaul dengan kawan-kawan yang berfikrah Agama,Insyaallah dia boleh buat keputusan."

Sebenarnya seusia inipun kami masih mancari penyesuaian dan kesamaan, Kalaulah dia tahu......






2 ulasan:

  1. Salam mesra makbonda,
    Bercinta, satu perkenalan.
    Berkahwin, mengenal lebih dalam.
    Permulaan satu ikatan perkahwinan ialah satu episod permulaan hidup baru. Bermula dari zero balik kerana dari hidup tanggung makan sendiri, tiba2 kena belajar hidup berdua, berkongsi segala. Berkongsi bantal, berkongsi ibubapa, berkongsi iparduai, berkongsi persekitaran dgn sahabat2nya dan masyarakat di mana kedua pasangan itu tinggal.
    Perkahwinan itu bukan kerana kita dah matang, tetapi perkahwinan itulah sendiri yg mnjadi medan kematangan diri kita. Ia sentiasa menguji.
    Moga amalan kita diterima Allah, makbonda. Doakan saya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah.

      Betul,sentiasa menguji,sebanarnya untuk menaikan darjat.

      Taqabbal Allahu minna wa minkum.

      Padam

Catatan Popular