DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 31 Januari 2014

BAPAK Siri 22




Bapak masuk hospital lagi untuk kali kelima.Kali pertama  26 tahun yang lalu.Pada ketika itu Kakak baru punya seorang anak yang belum setahun pun usianya.Anak-anak Bapak semua masih belajar,jauh-jauh pulak,bukan ada biaya nak balik lawat bapak,belanja hidup seharaian pun tidak mencuckupi.Hanya kakak dan abang sahaja yang bekerja,abang bekerja di Johor,sesekali sahaja dapat melawat. Eamakpun tidak dapat mendampingi Bapak sebab masih ada dua orang adik yang masih kecil.Kakak pun hanya mampu datang waktu melawat dengan menaiki motorsikal dari Sabak Bernam ke Teluk Intan yang memakan masa 1 jam lebih perjalanan.Ketika itu bapak mengalami kecederaan pada lutut kanannya. 3bulan lebih Bapak tinggal di wad. Setalah keluar wad keadaan lutut Bapak sudah tidak kembali seperti asal. Bapak sudah tidak dapat duduk takhyat dengan betul..

Ada kakak cerita disini


Kemudian bapak pergi menunaikan Haji dengan Emak pada tahun 1998. Ketika itu bapak agak sukar  berjalan,namun kesabaran emak telah banyak membantu bapak.

Sepulangnya dari menunaikan haji sekali lagi kaki bapak cedera tapi dibahagian peha kanan. Akibat dari tertindih motorsikal. Ketika itu bapak sedang menghentikan motorsikalnya kerana berjumpa seorang kenalan. Bapak bertenggek diatas moto sambil kedua-dua kakinya menongkat. Tiba-tiba kaki kanannya hilang kawalan dan motorsikalnya roboh lalu menimpa kaki kanannya.Kenalannya itu membawanya pulang kerumah dan memberitahu kami tentang kejadian itu.Sekali  Juga selama berlagi bapak dibawa ke hospital Teluk Intan.Maka berulanglah kembali jadual kakak dan suami. setiap hari akan berulang ke Telok Intan dengan bermotorsikal. Juga lebih dari 3 bulan.Tulang peha bapak patah. Rawatan yang ada hanyalah dengan bersimen.

Kali ketiga pada 2007,bapak tiba-tiba collapse,tidur berdengkur tidak bangun-bangun. Pada ketika itu anak-anak semua telah bekerja dan berkereta.Bapak dibawa ke hospital Sabak Bernam,rupa-rupanya bapak kekurangan gula,setelah diberi gula bapak sedar.Bermalamlah bapak dihospital selama 2 malam. Pada ketika itu Emak dapat menemankan bapak sepanjang bermalam di wad.

Kali keempat tahun 2013,pada ketika itu bapak telah pun agak uzur dan banyak yang lupa.Emak dapati najis bapak berwarna hitam.Bila Emak mengadu pada adik Abu Ahnaf satu-satu anak bapak yang menjadi doktor,meminta kakak hantar bapak ke hospital Telok Intan. Kawannya yang bertugas sebagai Ketua unit Kecemasan menunggu di sana. Sambutan mereka pada kedatangan kami seperti layanan VIP,baru tunjuk IC dimeja pendaftaran bapak terus disambut dan terus masuk kedalam.Wah bertuah juga rasa badan,inilah julungkali disambut sebegiturupa di hospital.

Kali ini bapak masuk lagi ke hospital adalah kerana terdapat kepatahan dileher tulang pehanya.Pagi itu sebelum subuh Bapak bangun dari katil,setelah melangkah satu tapak tongkatnya terlepas,beliau berusaha mencapai tongkatnya dengan mereba-raba dalam kegelapan. tiba-tiba beliau jatuh terjelepuk di lantai. Emak yang ketika itu sedang wudu'  dengan segera mendapatkan bapak bila terdengar bapak mengaduh. Di lihatnya bapak telah terbaring di atas simin,bila Emak cuba membetulkan kedudukannya,bapak mengaduh kesakitan.Emak hanya mampu menarik bapak untuk mengalaskan dengan tilam nipis.Selapas solat subuh baru emak menalifon kakak. Ketika itu kakak sudah menghidupkan injen kereta. Kaka meminta emak menunggu kerana suami kakak akan menghantar dua orang anak gadis kesekolah,dan kakak kesekolah dahulu untuk membuat pendaftaran dan meninggalkan kerja untuk pelajar-pelajar.Jam 8.30 baru kakak.suami dan anak teruna yang bercuti dari pelayaran tiba. Kedudukan bapak masih seperti asal,beliau menjerit kesakitan bila mahu diubah.Apabila Emak menalifon abu Ahnaf beliau menasihatkan untuk dibawa kehospital,namun bapak menolak. Puas kami memujuk Akhirnya beliau menganggukan kepala.Kami berusaha untuk mengangkatnya tetapi beliau enggan kerana kesakitan,akhirnya kami memanggil ambulan. Dibawalah bapak ke Hospital Sabak Bernam,terus ke wad kecemasan. Berjam-jam kami menunggu sehingga waktu asar,adik-adik menunggu perkembangan melalui whatapp.Mungkin Adik Abu Ahnaf menghubungi hospital barulah kami diberitahu cerita sebenar.Malam itu Bapak bermalam di hospital Sabak Bernam.Dengan ditemani oleh adik Abu Muhaimin.Pagi selasa bapak dibawa ke Hospital Teluk intan untuk bertemu orthopaedic surgeon di Hospital tersebut kebetulan senior abu Ahnaf semasa di Kubang Krian. 

Kesian Bapak,dalam keadaan datang dan pergi memorinya,sentiasa bertanya pergerakan jam. Entah berapa kali beliau membuat gerakan bersolat. Sebak hati melhat keadaannya. Dirumah,Kakak bila terjaga dari tidur terus teringat bapak dan emak dihospital.Waktu beginilah dapat berdoa dengan menitiskan air mata.

Ini adalah hasil x'ray kaki kiri bapak





Ini Gambarajah yang Abu Ahnaf kirim untuk menjelaskan kedudukan kes Bapak



Namun situasi bapak di hospital kali ini berbeza dengan 26 tahun dahulu,sekarang semua anak-anak bapak telah bekerja. Bapak ditempatkan di wad kelas 1.Sentaisa ditemani kekasihnya iaitu emak yang mendampinginya dengan sabar dengan kerenahnya.Emak pun tidak pernah kesepian,anak cucu sentiasa memberi semangat kepadanya. Kami juga mencadangkan pada emak agar sesekali emak balik tidur dirumah biar anak-anak bergilir jaga bapa. Nampaknya cadangan kami tidak diterima oleh Emak. Emak rasa lebih selesa berada disamping bapak,kalau dirumahpun emak akan terkenang Bapak.Menurut Emak juga bapak tidak mahu berjauhan dengan Emak. Kami akur,biarkalah anak-anak yang menjenguk rumah,memberi makan ayam dan kucingnya,atau memeriksa kesan-kesan serangn monyet.

Terkini bapak akan menjalani opration pada hari Isnin ini,padahal sebelumnya diberitakan opration akan dijalankan pada 10 Februari.Lamanya Bapak menahan kesabaran di dalam wad. Kesan doa dari anak-anak dan kenalan agar dimudahkan segala urusan,maka opration di cepatkan. Terimakasih ya Rabb.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

A214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu  seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan  dan serangan penyakit, serta digoncangkan , sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah  pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214)

Ahad, 26 Januari 2014

KEMANDIRIAN SPESIS

Hampir 30 tahun saya bergelumang dengan dunia pendidikan.Sesekali ada juga kepuasan tidak terkecuali  juga rasa kekecewaan.

Kali ini saya mahu kongsikan perkara kepuasan.

Tajuk hari itu ialah Bagaimana haiwan memastikan kemandirian spesisnya.Untuk kelas Tahun 5. Bahan bantuan yang saya sediakan ialah video-video yang saya dwonload dari youtube mengenai haiwan dengan anak-anaknya.Antaranya




Untuk set induksi saya sentuh dahulu siapa yang dapat menaiki radiocar polis semalam. Semalam pihak sekolah telah mengadakan satu program Maju Diri dengan memanggil pihak polis untuk slot ceramahnya.Diantara banyak program yang telah diadakan setiap tahun saya paling tabik pada pegawai polis untuk tahun ini. Antaranya isi ceramahnya;

"Banyak dah sekolah telah mamasang cctv,suatu masa sekolah kamu pun akan dipasang juga,apa yang kamu buat kat sekolah guru besar akan tahu,takut tak kamu semua"
"Takuuut" jawab anak-anak
"Oo takut ye,entah-entah dah pasang,kamu tak perasan"semua mata anak-anak melilau merata siling.
"Kenapa takut"
Seorang anak nak menyampuk "Takut,nanti guru besar nampak apa yang kita buat"
"Oooh kamu takut GB nampak ye,kamu tak takut cctv Allah lagi besar,apa yang ada dalam hati DIA pun boleh tahu."

Ada beberapa soalan yang perlu dijawab oleh pelajar diakhir sessi,dan ganjarannya ialah menaiki radiocar .Subhanallah berebut-rebut mereka menjawab soalan,terojanya mereka dapat menaiki radiocar keliling kampung.Di aklangan guru pun kalau ada pelawaan saya pasti akan menerima.


Baik kita tinggalkan cerita polis semalam.Sebelum ini pelajar telah di terangkan tentang perlunya haiwan memastikan kemandirian spesisnya,iaitu supaya sepesisnya tidak pupus maka haiwan perlu menjaga anak atau telurnya,namun ada haiwan yang tidak menjaga telurnya,untuk mengekalkan spesisnya ia perlu bertelur banyak seperti lalat atau nyamuk,atau ditempat persembunyiaan seperti lipas atau dilitupi jeli yang menjijikan seperti katak.

Saya menjualkan pertanyaan
"Mengapa pihak sekolah memanggil polis untuk berceramah"
"Untuk menerangkan perkara yang salah dan kesannya kepada kesalahan"
"Mengapa pula perlu diterangkan perkara itu semua?Kenapa lembu atau harimau tidak perlu itu semua.Dia jaga anaknya,beri makan,lindungi dari musuh sehinggalah pandai jaga diri sendiri,teruskan hidup dan seterusnya mati."
Dalam jawapan yang berbagai saya pilih jawapan yang ini
"Sebab harimau kalau buat jahat pun tak salah,manusia salah"
"Betul,manusia dan haiwan berbeza,manusia Allah kurniakan fikiran,apa jadi kalau cara manusia pelihara anaknya macam harimau,bagi makan,jaga dari musuh bila dah besar merompak, membunuh, menganiaya orang,tak ada bezanya dengan haiwan.Walaupun badanya manusia tapi hatinya tak macam manusia. Kalau emak/bapak kamu ada anak macam tu apa jadinya? adakah dia berjaya memastikan kemandirian spesisnya?,iaitu spesis manusia yang berhati manusia?."
Jawapan mereka "Taaaaak"
"Sebab tulah sekolah panggil polis utuk sama-sama menjadikan kamu semua manusia yang jadi manusia.Cikgu tak pernah jadi polis jadi takberapa tahu nak cerita tentang hal jenayah,polis lebih tahu. Emak kamu hantar kamu ke sekolah untuk keturunannya menjadi manusia yang berhati manusia.Beza haiwan dengan manusia haiwan mati terus reput,tapi manusia dibangkitkan semula untuk di kira amalannya"


"Lepas ni kamu semua tengok bagaimana haiwan menjaga anaknya. Agak kamu siapa yang menggerakkan haiwan ,yang bagi idea kat haiwan untuk jaga anaknyamhaiwan bukan boleh berfikir?"
"Allaaah"
"Ya Allah,jadi semasa kamu menonton nanti kamu sentiasa ingat Allah yang buat semua tu,jangan asyik-asyik sebut  huyyo,wow,omg dan macam-macam lagi,labih baik sebut Subhanallah,atau masyaAllah,atau Allahuakbar.Itu namanya zikir,kamu tonton gambarpun dapat pahala"

Alhamdulillah sepanjang 30 minit petikan video itu tersiar terlontar lafaz-lafaz zikir yang saya syorkan tadi.

Semoga Saya dapat melahirkan anak didik yang menjadi seorang manusia yang bertaqwa,atau makhluk yang menghambakan diri kepada khaliknya.


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Al-Baqarah 2:269)

Selasa, 21 Januari 2014

KELAPA SAWIT

sumber google imej



Dunia kelapa sawit tidak begitu meninggalkan kesan ke atas memeori saya,sebab zaman saya bergelumang membantu keluarga menyara keluarga dunia saya ialah tanaman kelapa,pisang dan sayur-sayuran. Walaupun taraf saya hanyalah kakak yang tugasnya menjaga adik namun sesekali saya terlibat juga menolong bapak. Dunia kelapa sawit telah diceburi oleh Bapak setelah saya dewasa. Sejak penanaman hinggalah menghasilkan buah saya tidak pernah terlibat secara langsung. Namun beberapa kali  mewakafkan anak-anak teruna saya untuk tolong Bapak dan Emak menabur baja atau meracun rumput rumpai.

Hari itu saya dan suami menziarahi Bapak dan Emak. Setelah habis menikmati durian saya membuang kulit durian tersebut nun di belakang rumah yang agak jauh ditengah kebun. Sekonyang-konyang mata saya terpandang taburan biji-biji sawit dibawah perdu pepohon sawit di situ.

Seketika itu memory saya terimbau peristiwa beberapa hari yang lalu. Sehabis mengaji bersama-sama jemaah muslimah di mesjid tiba-tiba kami mendapat ilham untuk menziarahi Nek Milah yang telah berbulan-bulan tinggal dirumah anaknya di selang beberapa kampung.Beliau sakit ,dengar ceritanya akan dibawa ke hospital Sg Buluh untuk diagnostik batu karang di ginjalnya. Ada sepuluh orang Jemaah semuanya saya membawa 5 orang dengan unser dan biras saya membawa 5 orang dengan avanzanya. Semasa menghantar Mak Cik  Nor kerumahnya saya terlihat seorang lelaki yang berumur sedang menaikan sebuntil guni penuh ke atas motosikalnya dengan dibantu oleh beberapa orang anak remajanya.Mereka tinggal di sebuah rumah PPRT. Salah seorang diantara muslimah yang saya bawa bertanya kepada Mak Cik Nor,

"Itu apa yang dinaikan"
"Kelapa Sawit lah tu"
"Dari mana dapatnya?"
"Oh orang tu kebunnya banyak,sempadan kampung sampai sempadan kampung"

Saya ingat wah kayalah orang ni,rupa-rupanya kerjayanya ialah mengutip buah kelapa sawit yang gugur merata kebun orang tanpa sempadan,tanpa mengira halal haramnya.

Bila saya melihat biji kelapa sawit yang melata di kebun bapak,teringat saya pada mereka. Kalau lah mereka tinggal di sini pasti banyak rezeki mereka,sebab di tempat emak tidak ada orang yang mahu mengutipnya. Dulu Emaklah yang mengutip sendiri,Emak kata sayang,penat-penat kita tanam,bermodal tenaga dan kewangan.Ianya ada harga. Emak akan kutip dan jual,duitnya Emak akan dermakan pada yang memerlukan.

Sememangnya ada harga buah yang terlerai ini. Kadang-kadang pemetik yang mengambil upah mengait tandanan kelapa sawit ini membawa isteri atau pembantu yang mengekori dibelakang, dengan sengaja membuat biji-bji sawit ini terlerai,nanti pembantunya akan mengutip dan menjualnya secara berasingan tanpa pengetahuan tuan tanah.Hukumnya samalah dengan Cikgu yang menggunakan harta sekolah untuk memesarkan produknya.


Tapi sekarang emak sudah tidak lagi mengutipnya sejak emak jatuh terduduk di dalam parit sehingga telefon bimbitnya sama terendam. Emak dengar pendapat anak-anak agar Emak tidak perlu bersusah payah mengutip biji sawit lagi dengan menumpukan pada penjagaan Bapak sahaja.

Dengan baldi yang telah dikosong dari kulit-kulit durian tadi dengan perasaan geram saya pun mengutip biji-biji itu satu persatu. Belum separuhpun isi baldi  tersebut pinggang saya sudah berasa lenguh, namun saya teruskan juga sambil berzikir.Akhirnya penuh juga baldi yang bermuatan lebih dari 7 liter itu. Bila saya tunjukan pada Emak ketawa besar beliau.Saya bertanya kepada Emak tentang nilai sejumlah itu. Emak kata dalam RM30 mengikut harga pasaran terkini,namun adakalanya lebih dari itu atau kurang. Saya usik suami saya yang baru menamatkan perkhidmatanya pada 9 januari yang lalu agar memilih kerjaya mengutip kelapa sawit di kebun Emak sebagai mengisi masa persaraan.





"Dan janganlah kamu makan  harta ) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui ".
(Al-Baqarah 2:188)
 
 
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."
(Al-Baqarah 2:274)

Khamis, 2 Januari 2014

Mencari kesembuhan

 



Seronok meihat status ibubapa muda yang begitu teroja dengan anak-anak yang baru mula ke alam persekolahan. Apa tidak terojanya itu adalah detik sejarah perkembangan kehidupan anak-anak.Selangkah demi selangkah melayari dunia kehidupan. Ada yang menunggu sehingga anak habis jadual persekolahan padahal anak-anak tidak kisah pun apabila ditinggal. Tidak mengapalah,cuti telah pun di ambil,apa salahnya sesekali melihat atau merakam detik-detik bersejarah tersebut. Bagi saya,saya tidaklah begitu teroja seperti mereka kerana saya membawa anak-anak diseolah yang sama. Sambil melintasi kelas mereka sambil mata mencari kedudukan dalam kelas.

Saya mengimbau kembali peristiwa semasa saya masuk sekolah. Pada ketika itu Saya darjah satu Abang darjah dua. Bapak datang ke sekolah pada hari pertama sahaja untuk memuat pendaftaran dan bayaran. Akan datang kembali bila ada mesyaurat PIBG,Hari penyampaian hadiah dan sukan, Selain daripada itu bapak memang tidak pernah datang.

Saya bukan jenis budak yang berani dan lincah. Saya adalah jenis budak yang penakut,lembab dan sangat rendah keyakinan diri.Dalam perasaan saya orang sentiasa memerhatikan kita dan jika tersalah langkah akan diejek.Itulah antara fenomena yang wujud dalam diri orang yang rendah keyakinan diri.

Saya amat takut merempuh kawasan yang ramai orang. Oleh itu bila tiba waktu rehat saya tidak berani pergi kekantin atau mana-mana tempat yang saya tidak biasa. Saya akan berdiri ditiang luar bilik darjah sehinggalah abang datang menjemput atau membawa sesuatu untuk dimakan. Perkara tersebut berlaku agak lama,dan saya tidak dapat membaca hati abang samada beliau bosan atau tidak dengan bebanan yang dipikulnya itu.Entahlah sampai bila saya pun tidak dapat menyimpan memori tersebut.

Sebab itulah sehingga sekarang saya masih ingat lagi jasa abang kepada saya. Beliau bukanlah terlalu baik,macam juga kanak-kanak lain kadang mengusik saya sehingga saya menangis. Satu kejadian yang saya ingat dia mencabar saya agar akan jambu bol semasa tengahari dibulan puasa. Beliau berjanji tidak akan beritahu emak,saya pun yakin. Namun apa yang terjadi,entah waktu bila beliau membuat laporan,setibanya dirumah terus emak memarahi saya dengan teruknya.Apa yang membuat hati saya berbuku beliau begitu selamba tanpa nampak reaksi bersalah. Banyak lagi perkara penganiayaan abang yang menyakitkan,namun kesakitan saya  sembuh serta merta atas jasa yang pernah abang curahkan.

Sehinggalah saya keusia ini.Banyak perkara yang menyakitkan yang saya terima dari orang sekeliling. Semasa kejadian tersebut memang api yang ditiup oleh Syiatan begitu menyala-nyala. Firaun,dajjal semua bertahta . Siapalah tidak marah bila sesaorang menyampaikan bahawa orang yang kita percayai nampak baik di hadapan kita rupanya mengutuk-ngutuk kita. Pada ketika itu rasa tidak cukup saluran pernafasan untuk menampung udara yang keluar berdengus-dengus. Namun bila dipejamkan mata,kawal dengusan nafas,begitu banyaknya hikmah dari apa yang kita rasa kemalangan ini.Sebenarnya ia adalah satu proses pembaikan,atau pemulihan diri.Ia adalah satu petunjuk atau peluang untuk menghapuskan firaun dan dajjal dalam diri. Kesakitan kesan dari kutukan tadi akan mudah sembuh bila dikenangkan individu tersebut pernah melakukan sesuatu kebaikan kepada kita.

Semasa kecil saya selalu bergaduh dengan adik beradik,bukan lah sentiasa tetapi banyak juga masa berbaik sebenarnya.Bergaduh sehingga saling menyakitkan anggota tubuh. Dia buat dahulu kita pun buat,dia membalas kita pun apa lagi,bila mahu berhenti sehinggalah emak atau bapak membuat tindakan drastik,barulah berhenti. Pada ketika itu kita belum matang lagi,bila berperang mulut segala-galanya keluar,rasa kemenangan bila lawanya menagis,bukan emak dan bapak mebiarkan sahaja,beberapa kali kena tindakan tetapi mudah lupa,nanti berlaku lagi.Kasihan emak dan bapak ketika membesarkan kita.

Itu adalah zaman kanak-kanak.Bila telah melalui bermacam-macam proses kehidupan,fikiran semakin matang,apa yang dibuat dahulu adalah salah. Tidak perlu disimpan lagi  segala dendam dan kemarahan. Sebaliknya kenangkanlah yang baik-baiak sahaja. Apa lagi bila telah memasuki dunia keibubapaan. Seboleh-bolehnya apa yang negetif dari diri kita tidak diwariskan kepada anak-anak. Rantaian dajjal dan firaun dihentikan sama sekali.

Kesimpulannya bila marah pada sesaorang kenanglah perkara-perkara baik yang pernah dilakukannya kepada kita,walaupun hanya sekelumit. InsyaAllah sekurang-kurangnya mengecilkan peratus mazmumah diri.





A159



Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(A-li'Imraan 3:159

Catatan Popular