DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 22 Mac 2010

Bapak siri 19(Aggota tubuh yang menjadi saksi di Akhirat)



Bapak jarang ditimpa penyakit semasa muda,ada sekali bapak jatuh sakit semasa kakak darjah 3,bapak demam panas,lama,berminggu-minggu,sebelumnya bapak penghisap rokok,tetapi bukan rokok dunhill atau gudang garam ,hanyalah rokok yang di perbuat sendiri dari tembakau dan hirisan cengkeh yang dibalut dengan kertas rokok berjenama TST, atau daun nipah. Setelah sembuh dari demam bapak menghentikan amalannya.

Pada tahun 1987 pada masa itu kakak telah berkahwin dan punya seorang anak,bapak telah di masukkan ke dalam hospital TI kerana tulang kaki bapak cedera,akibat tertindih motor sikal. Pada ketika itu bapak sedang berbual dengan sesaorang sambil duduk bertenggek di atas mootorsikal,tiba-tiba motorsikalnya tergolek,bapak mahu menahan tetapi tidak berjaya,akibatnya lutut bapak patah. Bapak di bawa ke hospital,lalu di simen.Itulah pertama kali bapak masuk wad.Pada ketika itu kakak belum punya kereta,kami suami isteri berulang menaiki motor dari sabak Bernam ke Teluk intan,menziarahi bapak,emak tidak dapat turut serta kerana adik-adik masih kecil. Pergerakan bapak terbatas beberapa bulan.

Setelah beberapa bulan berlalu bapak ke tanah suci bersama emak dengan keadaan kaki yang belum pulih sepenuhnya. Sebaik pulang dari tanah suci kaki bapak tercedera lagi,akibat tertimpa motorsikal juga. Kaki Bapak sudah lemah,tidak mampu menahan berat motorsikal, dengan kecederaan terdahulu yang masih belum pulih,ditambah lagi dengan tulang sendi ponggong pula yang tercedera. Kali ini bapak tinggal lebih lama di hospital,hampir 2 bulan. Emak tidak dapat menemankan bapak kerana masih ada adik yang bersekolah rendah, Nasib baik Allah SWA kurniakan bapak seorang menantu lelaki yang sangat perihatin,dia sudah tidak punya bapa,anak yatim seusia 11 tahu. Setiap petang usai tugas di sekolah,dia akan berulangalik ke Telok intan sejauh 35km dengan menaiki motorsikal bersama isterinya.Hanya Allah yang akan membalas kebaikanya jika dia redha.

Sejak Bot sepong memberhentikan perkhidmatannya pada tahun 1979,kaki bapak lah yang akan menyendal starter motor atau menahan motorsikal agar tidak jatuh, berulang alik sejauh 17 km pergi dan 17km balik, atau lebih ,mengangkut kesepuluh putera puteri dan juga isteri yang disayanginya ke tepi jalanraya atau ke pekan terdekat.

Sekarang kaki bapak sudah tidak sekuat dulu,kaki bapak amat berbakti kepada 10 putera-puteri ini telah lemah,kaki bapak yang menahan motorsikal semasa membonceng 10 putera-puteri dan seorang isterinya ini telah cedera. Bapak sudah tidak dapat duduk tahyat dengan sempurna,bapak sudah tidak dapat makan di atas lantai, bapak sudah tidak lekang dengan tongkatnya,bapak tidak boleh menyendal starter motor lagi.


Kelmarin semasa kakak meminta izin nak pulang,bapak mengeluh,kakinya nyilu,kakak urut-urut. Daging kaki bapak sudah menyusut, “Buruk kan rupa kaki bapak?” Kata Bapak. “Kaki buruk nilah yang mengayuh basikal,menongkat motorsikal,mengangkut kakak sampai dewasa,Ya Allah,mudahkanlah kaki ini semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim nanti.” Jawab kakak.Bapa tersenyum dan diam,tidak tahu apakah yang bapak fikirkan.Bapak kakak tinggalkan dengan berat hati………

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”. (Al-Isra’: 23-24)


Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

2 ulasan:

  1. masa bapak masuk hospital 1st time tu, aku ikut pergi melawat tapi tak dibenarkan naik sebab belum cukup umur.. bapak baling epal ikut tingkap

    BalasPadam

Catatan Popular