DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 17 Mac 2010

Bapak siri 18(“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”Az Zumar;10)


Sebaik sahaja pokok-pokok kelapa yang bapak tanam semakin membesar,bapak telah menerima satu ujian, yang agak berat juga. 4 ekar tanaman kelapa yang telah menampakkan pucuk mayangnya telah di musnahkan oleh satu kebakaran. Api berpunca dari kebun sebelah yang merebak di tiup angin, mengganas ke kebun bapak .Pada ketika itu amatlah sukar kerja-kerja pemadaman api dilakukan, di samping kekurangan punca air,api telah bergerak melalui reputan bawah tanah.Walaupun pada fizikalnya api telah padam, namun ianya akan menyala lagi akibat tiupan angin. Kejadian ini berlarutan hingga beberapa minggu. Sehinggalah hampir separuh kebun bapak hangus terbakar.
Kerja-kerja memadam api di bantu oleh penduduk kampong juga anak-anak murid bapak yang datang mengaji di rumah.

Bebrapa hari bapak menggunakan masa untuk mengawal api. kebetulan pula pada ketika itu ialah musim menuai padi. Bapak kena berulang-alik ke sawah seberang. Setelah kebakaran dapat di padam bapak tinggalkan rumah dan menginap di sawah seberang, rupa-rupanya api yang di sangka telah padam merebak kembali, sehingga merebak hampir dengan rumah. Pada ketika itu ujian berpindah kepada emak pula. Emak bimbang api akan merebak kerumah,disebabkan keseluruhan material yang digunakan dalam pembenaan rumah adalah bahan pembakar. Emak mengemaskan apa yang patut dan dipunjut dalam kain pelikat bapak.Walaupun di rumah emak tiada sofa ekea atau kabinat yang di order dari court moment,yang ada hanyalah rak rotan dan almari kitab bapak,namun tenaga wanita emak yang baru bersalin anak ke 4,adalah luar biasa menguruskan kerja-kerja pengemasan. Bagaikan terkena sihir,emak mengangkat satu-satunya perabut dalam rumah iaitu alamari kitab bapak yang meterialnya terdiri dari kayu padu yang amat berat ditambah dengan kandungan kitab yang bersusun padat.Emak turunkan dari rumah dan letak bawah pokok jambu tepi kolam. Atas dasar apakah agaknya, emak lebih mengutamakan almari bapak dari pinggan mangkuknya di dapur. Pada ketika itu semua kaum lelaki dalam kampong terlibat dalam kerja-kerja di sawah padi jadi kerja-kerja memadam emak hanya dibantu oleh pelajar-pelajar bapak yang datang mengaji. Akhirnya kebakaran itu dapat dihentikan.



Sebenarnya pada ketika itu rumah baru bapak dan emak sedang dalam pembinaan, lantai dan bumbung telah siap di pasang, hanya sebahagian dinding yang belum selesai dan belum layak untuk di duduki, Bapak akan menyelesaikan apabila habis musin menanam padi.

Sebaik sahaja habis tugas bapak di sawah,bapak pun membawa keluarga pindah di rumah baru yang belum siap sepenuhnya itu.Sambil tinggal dirumah tersebut bapak bertukang menyiapkan memasang dinding dan finishing bahagian lain.

Kejadian ini berlaku di pada tahun 1965.

Tanpa rasa putus asa bapak bangkit semula,mencari benih-benih kelapa baru untuk menggantikan 4 ekar tanaman kelapa yang musnah itu.Pada ketika itu abanglah yang banyak membantu bapak di samping emak juga,ketika itu umur abang mencecah 6tahun.Abang anak lelaki sulung yang matang,bila balik dari kebun,badan abang penuh dengan hangus hitam.

Kakak hanya tinggal di rumah menjaga dua orang adik,masa itu kakak 4 tahun,kakak nampak api merebak,nampak emak kelamkabut mengemas rumah,nampak emak angkat almari,tetapi kakak masih belum punya rasa kekaguman dan ketakutan,hanya rasa seronok menyaksikan abang-abang angkut air dan siram api.Seronok dapat duduk rumah baru.


Nabi bersabda Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

“: Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”



Dari Abud Dardaa' berkata "orang tidak suka kemiskinan dan aku suka, dan tidak suka mati dan aku suka, dan tidak suka penyakit, aku suka".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular