DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Isnin, 8 Mac 2010
Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun;.....
Seusia suku abad Cikgu Fitrah menerjuni dunia pendidikan. Berbagai latarbelakang jenis murid mewarnai lakaran pengalaman. Kesemuanya di bawah umur 12 tahun.
Kini Cikgu Fitrah menerima murid baru,yang amat jauh beza dengan murid yang Cikgu Fitrah pernah temui. Seorang murid yang datang sendiri untuk memenuhi perkara wajib dalam hidupnya,yang telah terbius dengan kata-kata ustazah di balairaya iaitu
“Pandai itu tidak wajib tapi belajar itu wajib” .
Murid Cikgu Fitrah kali ini anak sulungnya adalah pesara pegawai PPD,3 orang cucunya telah berumahtangga,Anak bungsu yang tinggal serumah punya anak sulung seusia 11tahun. Berumah tangga seusia 14 tahun,tidak pernah di ajar membaca Alquran kerana ibubapanya hanya mengajar anak-anak lelaki,anak perempuan di ajar niat mandi wajib,dan bacaan solat sahaja.Beliau tidak kenal alif, ba, ta .Kesemua bacaan adalah berbentuk hafalan. Setelah berumahtangga beliau meminta si suami mengajarnya,tapi suami tidak betah
“Bebal sangat lah kamu ni,belajar sajelah dengan orang lain,aku tak reti nak ngajar”
Beberapa tahun keinginan membaca al Quran terpendam dan sentiasa membuak-buak bagai mantel yang sentiasa mencari liang di kerak bumi untuk memuntahkan laharnya. Dari tetangga ke tatangga beliau merayu simpati.
“Tolonglah ajarkan aku surah muqaddam biar aku boleh baca masa solat dan baca Yassin biar aku dapat baca bila ada kematian pun cukuplah”
Dan tetangga yang bersimpati meluangkan masanya sehingga beliau mendapat apa yang di pintanya,tidak labih dari apa yang dipintanya.
Semasa program bertadarus Alquran di masjid 2 tahun lalu,iaitu setelah Cikgu Fitrah berpindah tinggal di sini, takdir telah menentukan Nenek Limah satu kumpulan dengan Cikgu Fitrah. Bila tiba giliran membaca Nenek Limah menolak. Usai tadarus
“Maaf cikgu ye,Nenek datang nak dengar je,katanya kalau kita tak boleh baca,dengar orang bacapun dapat pahala,betul kan cikgu kan”
Setelah beberapa hari tibalah masanya khatam tadarus,tiap peserta membaca satu surah juzzu’ Amma bermula dari surah Dhuha. Nenek Limah pun tidak di pinggirkan beliau mendapat surah Al Fil, beliau membaca dengan lancar siap berlagu lagi. Memang benarlah,beliau hafal surah-surah tersebut.
Setelah hari raya berlalu.Nenek Limah datang berkunjung,semata-mata hanya untuk meminta diajari ‘ngaji Quuran.’
“Ajarilah nenek cikgu, tak payah pandai pun taka pa,tapi belajar itu wajib”Sambil membuka pekung mengapa beliau tidak bolah mengaji.
Pada mulanya Cikgu Fitrah agak terkesima juga,Cikgu Fitrah belajar dan boleh membaca hanya semata-mata diuniversiti rumah bapak dengan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar error di papan skrin’. Bapak tidak serahkan sehelai kertas yang di tandatangani yang melayakan Cikgu Fitrah memanajangkan ilmu pada orang yang lebih dewasa.Pengalaman Cikgu Fitrah mengajar Alquran hanyalah pada Atiqah,Atina,Aizat,Aiman,Atira , Aimi,adik-adik juga beberapa orang anak-anak tetangga,keemua mereka di bawah umur baligh. Mengajar mereka dengan darjah emosi yang sering turun dan naik,yang tidak dapat menggunakan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar eror’. Mengajar mereka memerlukan Guru duduk dahulu baru murid membaca,drilling dianggap mendera.Mereka akan menjerit yahoo dalam diam dan nyata bila mengetahuai emak mereka datang bulan.
Kini Cikgu Fitrah mengajar nenek Limah yang telah menyusut deria pendengarannya dengan kadar ketebalan ‘mother tounge’ yang agak tinggi , dengan fa di sebut pa,antara ja,za,dha di sebut sama sahaja,ain menjadi ngain, atara sa,sya dan tha berbunyi tak berbeza. Dalam P&P Cikgu Fitrah menggunakan dua sessi,sessi pertama Cikgu Fitrah buka buku Iqra’,pada mulanya beliau tidak mahu.
“Alah cikgu,kok baca ini,macam buku cucu aku” Tetapi Cikgu Fitrah janjikan lepas satu muka baru buka AlQuran,beliau akur. Beliau menetapkan sendiri waktunya,setiap isnin dan selasa lepas Asar. Tahukah waktu itu waktu apa untuk Cikgu Fitrah? Waktu Cikgu Fitrah masak untuk berbuka puasa sunat Isnin,dan waktu mejenguk pokok bunga di halaman dan ayam di reban.Syor Cikgu Fitrah untuk selepas magrib tidak di setujuinya sebab beliu memegang larangan Arwah suaminya yang tidak membenarkan keluar waktu malam tanpa muhrim. Cikgu Fitrah kena akur,kena pakat pada suami,semua kena Qurban,suami memberi perangsang
“Jangan jadikan sebagai beban,jadikan sebagai amal”
Setelah beberapa ketika berlalu setiap kali datang membaca satu ayat dengan kaedah ‘drill sehingga tidak terpapar eror’,kini Nenek Limah telah dapat membaca shingga ayat surah Al Baqarah ayat 92 dan baru menamatkan Buku Iqra’ 1.Cikgu Fitrah tidak pernah rasa terbeban,lebih mudah rupanya mengajar murid yang meminta ilmu dari yang di beri ilmu,Lebih gembira mengajar Nenek Limah dari mengajar Aimi dan murid-murid di sekolah yang di paksa belajar.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan