DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 26 Mac 2010

Semangat Ubi



Nenek sebelah abah anak-anak bercerita.
“Tadi Aiman,aku suruh cari daun ubi,di bawaknya daun ubi tua,dipetik setangkai-setangkai,nak ku tekgur tak sampai hati,jadi aku petik sendiri”
Kami semua ketawa berderai.

Pada hari yang lain pula di rumah nenek sebelah emak anak-anak, "Eman jom kawankan Embah cari pucuk ubi". Setelah kami kumpulkan deraian ketawa kami berulang. Aiman telah megulangi kesalahanya.

“Aiman,nak petik pucuk ubi bahagian sini lah,bahgian yang Aiman petik ni dah tua” Dan jejaka 16 tahun itu mendapat informasi baru.



Kes 2

Dalam kereta,

“kita semua kena makan sayur,biar kita jauh dari penyakit,kulit kita cantik”kataku pada ira dan Emy.

“Entahlah Ma,sayur tak sedap,yang sedap salad,itupun kalau makan dengan nasi ayam” Kata Emy.

“Ira Cuma suka satu daun tu, kecik-keci,masak lemak”kata Ira.

“Kecik-kecik macamana?”kataku

“Nanti kalau Ira nampak,Ira tunjuk” “ha itu mak,berenti-berenti,ha daun inilah,Ira suka masak lemak” aku menghentikan kereta dan Ira menunjukan daun pucuk ubi. Ira si gadis sunti 11thun itu menambah perbendaharaan hidupnya.



Anak-anak ku anak yang tinggal dan membesar di kampong,bagaimana pula dengan sepupunyadia yang tinggal di Bandar? Belum jauh jenerasi meraka. Tahukan mereka apa hubungan ibu mereka dengan ubi?

Ibu mereka membesar di celah-celah pokok ubi. Hubungan dengan pokok ubi adalah begitu rapat. Pokok pokok ubi adalah taman permainannya. Mereka menggunakan tangkai-tangkai ubi untuk di buat rantai, daun ubi akan di susun dan di cucuk dengan tali di jadikan mahkota. Ranting-ranting di ikat antara pokok-pokok ubi daijadikan rumah untuk main pondok-pondok. Ibu bapa tidak risau keselamatan mereka. Di pondok itulah mereka duduk dan tinggal bermain dengan kawan-kawan sepanjang hari,balik ke rumah untuk makan dan pergi lagi. Berbagai skill permainan ujud di sini, yang paling polular ialah main pengantin-pengantin,selalau adik adik kecil akan di eksploiasikan untk di jadikan pengantin.mereka di dandan menggunakan daun-daun ubi,yang sering menjadi mangsa sudah pastilah si Lalah dan Nanang, atau Jamberi dengan Milah.
(Post akan datang Makbonda akan meneruskan cerita mengenai ubi)

" Dan Bumi pun kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan itu hanya Kami ". - ( Surah adz-Dzariyat. 51. 48 )

4 ulasan:

  1. Mak bonda..

    Main pengantin-pengantin tu nostalgia zaman saya kecik2 juga..hmm..seronok teringat kisah dulu2 kan..

    BalasPadam
  2. Ya kan Ummu Ammar, tapi tak ujud gangguan sexsual,sebab kita tidak menonton adegan dalm tv ketika itu agaknya.

    BalasPadam
  3. Ubi gajah kat depan rumah mak tu tak boleh makan daun dia, nanti mabuk.. dah lama aku tak makan ubi goreng cicah sambal kicap & getuk ubi cicah sambal tumis bilis... balik kampung nanti kakak tolong buatkan boleh :)

    BalasPadam
  4. Dik,boleh je.kakak masak anak-anak tak berapa nak makan,abah maknya je yang makan.......saat-saat tu teringat adik-adik yang jauh.......kita makan berebut-rebut.

    BalasPadam

Catatan Popular