DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 15 Mac 2010

Bapak Siri 17("Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3))


Tanaman utama sebaik sahaja Bapak membuka tanah ialah tanaman kelapa.yang mengambil masa 3-4 tahun untuk berbuah. Sementara menunggu tanaman utama mengeluarkan hasil,Bapak menanam pisang dan buah-buahan,Emak pula menanam tanaman kontan,berupa sayur-sayuran seperti cili,terung,kacang panjang,timun,ubi kayu,keledek,ubi keladi dan berbagai-bagai lagi.Tanaman inilah yang menjadi sumber ekonomi Bapak dan Emak ketika itu. Sayuran itu akan Bapak jual die stet Ulu Bernam atau Pasar Bagan Terap atau Sabak Bernam. Satu ketika emak dapat mengumpul satu guni cili api,apabila di bawa ke estet Ulu Bernam tiada dapat sambutan,kerana masyarakat di sana belum terdedah kepada masak lemak cili api atau sambal taun,mereka lebih dekat pada cili kering atau daun kari.. Lalu bapak bawa ke Sabak Bernam,itupun bapak serah sahaja pada sesaorang untuk tolong jualkan.Pada ketika itu tiada lagi ujud peraih pasar tani atau pasar borong.

Ubi adalah seperti makanan utama juga,emak akan jadikan ubi kepada berbagai-bagai jenis makanan.Ubi yang direbus kemudian di hiris nipis-nipis dan di keringkan boleh di simpan lama dan digoreng bila-bila masa.



Embah(Nenek sebelah emak) mempunyai sawah padi di seberang, bila tiba musim menuai atau menanam adik beradik emak akan berkumpul dan tinggal di pondok yang disediakan di tengah sawah,mereka akan bergotong royong menanam dan menuai sehingga selesai keraja-kerja yang sepatutnya. Aktiviti ini memakan masa sehingga sebulan.Dalam masa sebulan itulah mereka akan tinggal di pondok bersama-sama.Emak tidak dapat melibatkan diri kerena emak punya anak-anak yang masih kecil,jadi Bapak menggantikan emak.Bila habis musim menuai Bapak akan membawa balik berguni-guni padi sebagai upah,bekalan itu mencukupi untuk tiba musim menuai akan datang.Padi-padi itu akan di simpan di dalam kepok,akan di bawa ke kilang padi untuk dijadikan beras dari masa ke semasa mengikut keperluan. Simpanan berbentuk padi adalah lebih baik di bandingkan berbentuk beras,kerana kumbang padi tidak dapat memecahkan kulit padi.. Sepanjang Bapak tinggal di sawah emak menjaga anak-anak tanpa Bapak di sisi. Emak kena buat semua.Anak-anakpun lebih mengikut kata,sebab emak selalu ancam jika anak-anak tidak mengikut kata emak akan pergi ikut bapak,anak-anak tinggal di rumah sendiri.Ancaman itu sudah cuku untuk menjadikan kami jadi baik.




Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular