DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Rabu, 11 Mei 2016

Cerita Cikgu part 1

Semakin dekat dengan Madrasah Ramadhan semakin banyak berita kematian,yang muda,yang tua,yang bujang yang berkahwin tidak kira status. Bagi yang memandang dengan mata hati akan berfikir bila pula giliran kita. Hari ini saya dan suami  menziarahi dua kematian. Selepas itu kami singgah di tepi pantai. Bukan lapar sangat pun sekadar mahu duduk minum sambil menikmati Selat Melaka. Memesan mee udang dan ABC pun untuk berdua.





Tiba-tiba lalu kelibat 2 orang pemuda dan memberi salam pada kami. Dua-duanya bekas anak murid sekolah rendah. Kami pun panggil mereka dan duduk bersama-sama dan memesan makanan lain untuk mereka. Sorang sedang menuntut di IPT mengambil pendidikan yang sorang lagi mengajar di SRA. Bermacam-macam perkara yang mereka imbau semasa sekolah rendah dulu yang ada kalanya saya pun dah lupa.

"Bila dah belajar pendidikan di cikgu baru saya tahu kenapa cikgu-cikgu saya dulu pandainya menarik perhatian kami supaya suka belajar" Kata salah seorang dari mereka

"Bila dah mengajar ni cikgu baru sedar betepa sabarnya cikgu-cikgu saya dulu mengajar saya. Kadang-kadang geramnya tengok perangai anak murid,tapi bila teringat saya pun dulu macam tu juga,jadi dapatlah bertenang" kata yang seorang lagi. Masing-masing ketawa.

"Cikgu berdua dapat bertahan mengajar sampai 30 tahun lebih,mesti banyak cerita kan cikgu"

"Cikgu ingat tak cikgu dulu kalau kami tak bawak bahan experimen masa belajar sains,cikgu suruh kami berdiri diluar bilik makmal dan menonton kawan-kawan buat experiment, Hahaha deraan mental tu cikgu,tapi lepas tu kami serik,bila buat experiment suruh bawak bahan mesti kita orang bawak"

Ya memang saya ingat. Adakalnya bahan-bahan tu saya bawa bila ianya agak membahayakan,tetapi ada juga yang mereka perlu cari sendiri contohnya hendak menguji asid dan alkali,perlulah mereka bawa bahan bahan dari dapur rumah mereka, atau untuk menguji bahan penebat dan konduktor. Bila mereka bawa sendiri tentu lebih implisit pengetahuan mereka. Pada hari sebelum eperiment dijalankan telah dibincangkan pembahagian tugas dan arahan,setiap orang bersetuju apa yang perlu dibawa,bila hari kejadian beberapa orang masuk dengan tangan kosong,dengan alasan lupa. Perkara begini memang amat menjengkelkan,tetapi cikgu perlu bertenag,stabilkan emosi,elakan stress. jadi cari jalan bagaimana mengatasi individu seperti ini supaya tidak mengulangi kelalaiannya lagi.

Pandai mereka mengorek cerita,maka satu demi satu pengalaman saya di koreknya.

Kami tutup perjumpaan dengan mereka dengan kata-kata beberapa pesanan. Teruskan kehidupan dengan sentiasa ingat kita ini hambaNYA, Berusaha meningkatkan kehidupan dan jadikan dunia yang kita bena ini adalah jambatan ke akhirat. Kawan-kawan kami ramai yag kaya tapi  semasa sekolah bukan seorang pelajar yang pandai pun,  Walaupun mereka kaya mereka dermawan. Dalam group reunion kami ada diwujudkan tabung kebajikan bagi membantu kawan-kawan yang menghadapi masaalah, Jadi semua anak-anak muda sekarang benalah kehidupan untuk diri sendiri dan bantu juga orang lain untuk membina kehidupan kerana kebijaksanaan kita membina kehidupan itu adalah ilham yang diberi oleh al Khalik.

Seleps perjumpaan ini teringin pula saya menulis kehidupan seorang guru.

4 ulasan:

  1. Memang best jadi guru. Minggu depan HARI GURU, 16 Mei setiap tahun. Saya suka mengucap terima kasih pada guru-guru saya. Yang best nya pada profession guru: Hanya mereka yang disebut dalam doa orang-orang yang soleh. ....."dan guru-guru ku...."

    BalasPadam
  2. Owh saya lupa tentang tarikh tersebut,terimakasih mengingatkan saya,patutlah tiba-tiba datang idea menulis tentang guru.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Selamat juga untuk Ustazah dan kawan-kawan di bilik guru tu,bertabahlah ye menunggu masa bersara huhuhu

      Padam

Catatan Popular