DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 24 Mei 2016

Penyambuat tetamu.

Hujung minggu lepas saya suami isteri membawa emak  memenuhi jemputan salah seorang anak kepada kejiranan kami semasa kecil dahulu. Turut sama dalam konvoi adalah adik saya bersama 3 orang anak remajanya. Perjalanan kami memakan masa 2 jam ke lokasi tersebut. Kami terpaksa pergi seawal pagi kerana dijangka tengahari kami akan sampai di rumah kerana jiran kami pula akan mengadakan kenduri arwah bermula jam 2.30 petang.

Untuk ke lokasi tersebut kami berpandukan plan pada kad jemputan.  Tuan rumah tersebut sebelah perempuannya adalah teman sepermainan saya semasa kecil. Beliau telah berumahtangga dan meninggalkan kampung seusia 17 tahun. Dengan menerima kiriman kad jemputan tersebut berbunga-bungalah hati saya kerana dapat peluang berjejek kasih dengan beliau setelah lama berpisah. Setinggi-tinggi kebahagiaan dihati saya kerena beliau masih mengingati saya dan diundang ke majlis perkahwinan anaknya yang terakhir.

Sesampainya disana kami disambut oleh hujan renyai-renyai yang di selangi gema pembesar suara ditahap maksima. Saya telah menyediakan skrip bila ditanya oleh penyambut tetamu saya akan perkenalkan diri dari kampung asal saya bukan tempat tinggal saya terkini. Setibanya di sana rupa-rupanya telah ada satu kumpulan konvoi dari kampung Mak saya sedang duduk di bawah bangsal berhampiran meja makan pengantin.. Menurutnya telah 1 jam mereka di situ tanpa ada yang meyapanyanya. Samalah seperti situasi kami,walaupun ada beberapa orang di bawah khemah tersebut dan menjawab salam dari kami,namun tiada siapa yang mengajukan soalan sebagaimana skrip jawapan yang saya sediakan. Sememangnya khenduri belum bermula,dibangsal masing-masing sedang sebok rewang. kami yang perempuan masuk kedalam rumah dan duduk dihadapan pelamain. Beberapa anak muda melintas di ruangan kami namun tiada seorang pun yang menyapa. Pada ketika itulah kami mengambil kesempatan untuk memberi sedikit takzirah pada 3 orang anak saudara dan juga dua orang anak kepada rombongan dari kampung saya tadi. 

"Bagaimana rasa bila kita masuk ketempat orang,dalam keadaan begini? kalau kita rasa tak selesa jangan buat macamni. Masa kita berada dirumah saudara mara tolong peduli pada tetamu yang datang kemudian. Sambut dan lontarkan soalan yang menunjukan kita cakna mereka, contohnya sila masuk Makcik, Makcik dari mana,Tuan rumah sedang sebok bersiap,jemput duduk dulu dan sebagainya" 

Kumpulan rombongan yang pertama tadi bersetuju dengan kata-kata saya. Perkara ini tidak diajar disekolah,jadi ketika inilah paling sesuai diaplikasikan dalam situasi semasa. 

2 ulasan:

  1. Sangat benar pendapat itu. Sekarang ramai ahli masyarakat kita yang seperti nafsi-nsfsi. Kalau tidak kenal tidak mahu mengenal. Kekadang senyum pun susah. Apakan daya. Betul tindakan Hasimah yang mentarbiah anak-anak buah. kalau bukan kita siapa lagi.Kita mula dengan keluarga kita. Salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,kalau bukan kita siapa lagi,anak saudara,anak jiran tetangga semua kita tarbiah macam anak kita juga,dengan harapan anak kita juga ada yang memimpin. jangan hanya sekadar mengeluh melihat kepincangan.

      Padam

Catatan Popular