DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 16 Mac 2011

Tsunami di sana tsunami di sini

Masih terngiang-ngiang dan terbayang-bayang beberapa klip kejadian Tsunami di Miyagi. Tinggi rasa keEsaan pada Maha Pengatur Alam.Allah SWT.Belum lagi Tsunami politik di Timur Tengah.





Diantara kedua-dua situasi yang berbeza tersebut, muncul pula situsi tsunami kecil-kecil di seluruh melata alam.Antaranya petang tadi seorang makcik-makcik tergesa-gesa ke balai polis membuat report.


Dia bersaorangan semasa Solat Zuhur di ruangan muslimah. Sebaik sahaja dia menoleh salam pertama dia terasa sesuatu menarik objek kebelakang,apabila salam kedua terdengar suara pintu dihempas,lantas dengan sepontan mata memberi isyarat kepada otak untk membuat  kesimpulan bahawa objek tadi ialah beg tangannya,lalau tanpa wirid dan doa terus berlari keluar,mencari  kelibat insan itu lalu  sirna.



Bila di lihat pada senarai harta yang terkandung,sebanarnya amat malanglah nasib insane tersebut,tak berbaloi,penat-penat berjuang hanya RM itu yang ada,dia tersilap target,beg tangan makcik tersebut nampak besar sebab antara didalamnya botol air minum,dan yang lainnya penuh dengan resit-resit belian yang belum sempat dikemas,tapi tidaklah tersenarai dalam bahan report,malu mahu memberitahu polis cun di kaunter tadi..Telefon bimbit pula yang termurah dalam pasaran,itupun sisa-sisa telefon ana-anak yang sudah tidak up-to-date. Tapi habislah nombor telefon orang-orang penting dalam hidup termasuk nombor-nombor akuan yang tersimpan.Cermin mata yang terlibat adalah termahal yang makcik tersebut miliki,dia gelap bia hari panas,tapi sudah pasti tidak boleh dijual bundle kerana powernya besar.Kad-kad kredit kesemuanya tidak pernah berpakai,dan entah apa nombor pinya.Tapi kad ATM berfungsi juga. Lesen memandu baru diperbaharui yang habis tempok 19 mac  bersama lessen memandu anak dara yang belum sempat diserahkan. Yang  mahalnya lessen memandu tersebut menggunakan gambar sewaktu berusia 25tahun,bila membuat yang baru sudah pastilah dengar gambar terbaru dengan wajah terkini.Kalaulah tadi sempat panggil budak tersebut pasti makcik itu akan merayu “Nak ambillah semua harta makcikni,makcik ikhlaskan nah makcik tambah duit,tapi pen drive tu bak sini,dalamnya berharga bagi makcik tapi tidak pada kamu” Ya walaupun dia nampak murah tapi kandungan amatlah bernilai tinggi. Beg tangan itu pula adalah hadiah dari anak sulung makcik sempena gaji pertamanya.

Waktu itu makcik tersebut terasalah dirinya paling malang. Waktu dia memejamkan mata dan menarik nafas,terbayang mangsa tsunami di Miyagi yang bukan sahaja harta benda,malah keluarga dan nyawa musnah.Minggu lepas Kakak sepupu suami dia mengalami cerita yang sama dan megandungi RM3K, bulan sebelumnya kereta kakak sepupunya telah  dipecah kerana mahu mengambil beg telekung yang disangka beg tangan,walaupun begitu nila cermin yang pecah tinggi juga.Waktu membuat report di balai polis tadi menerusi wake talky polis terdengar satu rompakan di Bandar baru Bangi melibatkan RM30K dan kereta mewah." Jangan marah ya makcik,Sabar"Kati hati makcik tersebut.

Seorang lelaki yang meminta nasihat dari Rasululuah SAW “Ya Rasulullah,berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak,moga aku senang mengamalinya”.Lantas Baginda SAW menjawab “Jangan marah”

7 ulasan:

  1. kakak kena ragut ke, kurang adjar punya peragut, patut potong tangan je. sabar ye kak

    BalasPadam
  2. Ya Allah.. tsunami diri insan yg meragut beg tangan di dalam musolla itu lebih parah daripada tsunami di jepun.. Astaghfirullahal azhiim..

    Semoga sahaja yang merompak itu diberi hidayah Allah dan insaf.. La hau la wala qu wata illa billah..

    ..dan makbonda.. ini rezeki nih... peluang besar nih... makbonda telah dianiaya!!.. doa org yg teraniaya naik ke Allah tanpa hisab.. cepat cepat cepat.. mohon doa.. doa.... doa... hihihii... (maaf.. ianya tak lucu pon sebenarnya kan.. cuma, di harap, moga ini dapat mengubati secalit calar terkilan dihati makbonda kerana kesukaran yg sedikit yg dihadapi akibat kehilangan harta benda yg walau sedikit cuma tetapi tetap membantutkan beberapa pergerakan..)


    Pasti akan ada berita baik yang lebih besar nilai kebaikannya daripada 'nilai' beg tangan dan nilai segala kandungan di dalamnya yang akan Allah beri kepada makbonda dalam masa terdekat ini.. InsyaAllah.. Ameen.
    (tiny yakin dan pasti akan itu.. dan sentiasa berpegang kepada itu.. semoga dapat terus beristiqamah dengan pegangan itu.. ameen)

    .. sebab itu adalah janji Allah kepada kita.. kan makbonda kan..

    "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Quran Surah Al-Insyirah 94 : Ayat 5-6)

    Semoga Allah permudahkan laluan kehidupan makbonda dan keluarga.. ameen.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    Inna lillah wa inna ilayhi raji'un.

    Saya yakin makbonda seorang yang sabar.

    Kad kredit walau tak pernah guna, perlu di'block'kan kalau pernah diaktifkan.

    BalasPadam
  4. Lah dan Adik,
    Bukan ragut,copet.mula-mula gelap juga,tapi kenang orang lain lagi lebih berat dari itu.Abang kamu agak demam pulak tu,bawak kakak ke sana kemari. Hari ini Tiqah &Tina jadi pemandu dan body guard,uruskan semua-semua,Eman jaga abahnya kat rumah.

    BalasPadam
  5. Tiny,
    Itulah doa Makbonda,agar dia mendapat taufik dan hidayah,bila antara yang terkandung ialah utasan biji tasbih dan sejilid Ma'thurat kecil.

    Semoga diperkenankan doa kamu,Allah akan gantikan dengan yang lebih abadi.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Ros,

    Semoga diperkenankan doa kamu.Ya semua dah di blog,seharian ni anak-anak temankan uruskan menggantikan semua dokumen yang hilang,sebab tu malam baru dapat online.

    Doakan sekali suami Makbonda kebah demam ye!

    BalasPadam

Catatan Popular