DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 12 November 2011

Perkhemahan





Ketika menulis entri ini Makbonda berada di sekolah,bermalam disekolah kerana sekolah sedang mengadakan program Perkhemahan Ko kurikulum. Biasalah bila perkhemahan program yang paling popular ialah masak-masak. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan,5 orang satu kumpulan.Bahan utama ialah beras,sadin dan telur.Peralatan memasak dan akesesori lain mengikut kreativiti masing-masing.Tercuit hati juga melihat ragam kerenah mereka menglolakan menu,ada diantara mereka yang biasa dengan kerja-kerja memasak tetapi tidak kurang juga yang sebaliknya. Pengalaman memasak menggunakan kayu api adalah kosong dalam diari keidupan mereka. Makbonda tercuit dengan seorang pelajar yang sibuk mencari lap untuk mengeringkan belakang periok nasi,padahal belakang periuk nasi itu telah disapu air sabun untuk memudahkan bila mencuci kesan hitam apabila siap masak nanti.ialah biasanya dia memasak menggunakan periuk elekterik,yang perlu dikeringkan bahagian bawah periuk tersebut.
Dalam aktiviti sebegini kita dapat melihat bakat mereka,cara mereka memotong bawang dan mememagang sudip pun sudah kelihatan bakat mereka dalam bidang ini.Juga menguji sifat toleransi mereka dalam pembahagian tugas.Ada yang boleh juga sebaliknya,ada yang suka memerintah ada yang suka bekerja dengan diam.
sudah berapa lama,api tidak juga menyala

Saya ialah Chef King Ahmad Poji

kalau anak gadis,tentu kena berfikir dua tiga kali untuk meneruskan lamaran
 
suasana di tapak perkhemahan

Manggoreng sadin






memerah tenaga mengupas kentang


akibat terlupa membawa tudung periuk,tutup sahaja menggunakan kuali sebagai alternatif.

siap memakai apron,pelajar ini antara yang terpilih dalam program Permata Pintar.hanya 2 orang dari Daerah Sabak Bernam.
Cara persembahan hidangan juga diambil kira sebagai markah untuk mendapat hadiah,ada diantara mereka yang tidak percaya apa yang mereka hasilkan.Lihat sahaja antara hasil kreativit yang ditunjulkan



konbinasi menu tradisi dengan modern,salad sayur dan pucuk ubi celur.



Tetapi yang agak kurang mencabar,khemah-khemah mereka di dirikan bukan di pinggir-pinggir pinggir hutan,atau di tepi pantai atau sekurang-kurangnya di padang sekolah yang berumput,tetapi di ruangan kantin dan di tapak perhimpunan yang bersimin. Bak kata abang-abang mereka "Apa barang lah berkehmah di ruangan kantin" Namun sekurang-kurangnya memisahkan mereka dari tilam empok di rumah dan dapat tidur bersama kawan-kawan.

aktivit mendirikan khemah.

Biasalah bila beralih tempat tidur awal pagi lagi mata masing-masing sudah tidak boleh terlelap,jadi diambil kesempatan oleh ustaz mereka untuk berqiamullail bersama guru-guru yang mahu.Semasa kuliah subuh juga ustaz tersbut berjaya membuka mata dan telinga mereka untuk menerima santapan rohani,walaupun jadual jumlah tidur mereka agak sempit.

Semoga program yang dijalankan mendapat keberkatan dan kerahmatan.

4 ulasan:

  1. Salam. Usaha yang bagus. Kalau boleh, ration dikurangkan dan seorang makan sikit sahaja. Belajar kurang makan supaya rasa kalau nak jadi pejuang mesti redha dengan kekurangan.

    BalasPadam
  2. Salam kembali puan.

    Mereka makan apa yang mereka masak.Sedap tak sedap kena terima. Betul Puan,kalau perut kenyang,tilam empuk nak bangun dari tidur berat sungguh. Dalam situasi begini tak ada sorang pun yang keberatan meninggalkan tempat tidur.

    BalasPadam
  3. Yang berbaju jingga tu....sampai terkemam-kemam bibirnya mengupas kentang!

    BalasPadam
  4. Yang berbaju jingga itu lah yang merungut
    "Kenapa tidak memasak menggunakan dapur gas sahaja?"

    BalasPadam

Catatan Popular