DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 20 Jun 2012

Mendidik

Persoalan siapa yang paling layak mendidik.

Hari sabtu yang lepas Makbonda dan rakan sejawat diseluruh Sabak bernam diarahkan membawa pelajar tahun 4,5,6 ke program projek i THINK. Hanya perlu jaga pelajar,bas disediakan untuk mengambil pelajar disetiap sekolah yang agak jauh dari lokasi.Bagi pelajar sekolah Makbonda tentu amat teroja dapat naik bas,kerana di daerah kami perkhidmatan bas adalah terlalu kurang.Selain bas ekspres disekitar pekan ada juga bas sekolah,tetapi bagi kawasan pendalaman macam kami kesempatan menaiki bas adalah amat kecil.Perkhidmatan bas telah diberhentikan sejak 20 tahun yang lalu.

Jadi kesempatan kali ini sangatlah menerojakan mereka,jadilah perjalanan selama 30minit sejauh 15km itu.

Tidak perlulah rasanya mencerita kanpengisian program tersebut,yang menampakan pihak penganjur seperti tidak cukup bersedia,dengan para penjaga both yang kurang mesra pelanggan.

Makanan disediakan,pelajar diberikan pasport untuk mengambil makanan,sementara tempat makan bebas dimana sahaja.

Di sana-sini pengunjung berlonggok longgok menikmati makanan dalam kumpulan sekolah masing-masing. Tidak terkecuali juga kami. Alhamdulillah,pelajar kami seperti yang biasa mereka lakukan semasa di sekolah,akan memasukan bekas-bekas makanan mereka ditempat yang disediakan.




Tetapi bagaimana pula dengan kumpulan yang baru meninggalkan tempat mereka yang tidak jauh dari lokasi kami. Seingat Makbonda ada 3 orang lelaki dewasa dan beberapa orang pelajar di sini tadi. Lelaki dewasa tersebut adalah rakan sejawat kami.


Mereka jugalah  spesis yang gemar merosakan pemandanga di tempat-tempat perkelahan seperti diair terjun atau di tepi-tepi pantai juga ditempat-tempat lain,mereka jugalah yang dengan ringan tulangnya mencampakan bekas makanan keluar dari tingkap kereta di permukaan jalan raya.




Bagaimana pula dengan yang ini?


Sungguh kasihan pada makcik hitam manis  ini

"Tidak mengapalah, perlu apa bersusah payah,bukankan mereka telah diberi tugas,kalau kita yang buat apa pula kerja mereka,makan gaji buta sahaja" agaknya begitulah yang ada dalam minda orang-orang tadi.


"Alah Cikgu,janganlah ambik gambar saya" Rayu anak gadis ini dengan manja-manja.
"Tak apa,saya tak nampakkan muka,sebenarnya saya nak tulis kat blog saya mengenai sikap manusia yang tidak ada keperihatinan ni" Makbonda memberi respon.



Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”
Riwayat al-lmam Muslim.

2 ulasan:

  1. Salam dear Hasimah. Saya pun rasa nak marah. Pemerhatian saya : Orang yang bersikap begini tidak dilatih di rumah lagi. Di sekolah pula ada guru yang kurang prihatin. kalau lihat bilik air/bilik mandi di rumahnya saya hampir pasti ia.......kotor!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Puan.

      Ada sejenis sikap lagi. didalam rumah atau keretanya bersih tapa sampah,tetapi dengan sewenang-wenag dia membuang sampah keluar sesembrononya.

      Padam

Catatan Popular