DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 21 Jun 2012

waris




Oleh kerana terlalu  lamanya saya bertugas disini saya telah berkesempatan berjumpa dengan anak kepada anak murid yang dahulu. Bila melihat tingkahlaku,perwatakan cucu cucu ini terkenang wajah emak-emak atau bapa mereka dahulu.Ada yang saling tak tumpah,like father like son like mother like doughter.Kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Namun ada juga kuah yang tidak langsung tumpah ke nasi.Tersangat jauh panggang dari apinya. Tersangatlah jauh dari ciri-ciri ibubapa mereka dahulu. Ibu bapa mereka pelajar tahun 80an dan mereka sekarang 2012. Agak jauh juga jarak zamannya,tapi bagi saya rasa masih baru sahaja.

Tadi siang Ayob,dengan selamba meletakan permukaan tapak kasutnya dihadapan mata saya dengan jarak lebih kurang sejengkal. Sambil meminta izin mahu ke tandas.Sepontan mulut ini beristigfar panjang. Walaubagaimanapun  keizinan tetap diberikan terlebih dahulu dan mentarbaiahnya sebaik sahaja pulang dari tandas . Menurut rakan-rakan sejawat lain banyak lagi tingkahlakunya yang menjengkelkan sedangkan Musa bapanya dahulu adalah seorang yang sangat sopan,pemalu, dan sangat hormati guru sehinggalah sekarang.

Sufiah,dulu ibunya seorang yang rajin,dan punyai pekej yang lengkap bagi menyenangkan hati guru-guru,kelima-lima adik beradiknya juga begitu.Tapi kini anaknya jauh berbeza. Suka hati dia mahu membuat kerja atau tidak.

"Sufiah kenapa tak siapkan kerja"
"Fiah malas,penat" jawab selamba badaknya.

Latip dulunya aktif,lasak,badannya kurus  kuat berlari,menjadi wakil sekolah dalam larian.Pergi sekolah naik basikal sejah 4 km. Sekarang dia menjadi kontraktor dan isterinya juga sekampung. Sekarang anaknya  Amirul paling tidak suka matapelajaran PJ. Nanti penat,berpeluh-peluh rimas katanya. Pantang tersentuh,melenting. Tubuhnya yang obes itu menyebabkan dia lebih suka duduk-duduk makan bekal atau apa sahaja yang boleh dimakan.

Daripada beberapa contoh diatas,dapat disimpulkan bahawa nilai positif manusia beransur-ansur terhakis.Iman itu tidak diwarisi.Ibubapa dahulu sememangnya kurang ilmu,tapi dapat menghasilkan anak-anak yang kaya dengan akhlak,sedangkan anak-anak sangat terdedah dengan panduan-panduan mendidik anak,tetapi tewas dengan keadan zaman.Tidak dapat melahirkan anak-anak sebaik mereka.

Walaubagaimanapun mereka adalah sebahagian sahaja yang masih menetap dan menyekolahkan anak disini,yang lainnya telah terpencar keseluruh pelusuk benua.Mungkin tidaklah seperti mereka yang masih terperuk dikampung. Orang kata jauh berjalan banyaklah pengalaman. Hendak-hendaknya begitulah.



“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum akak! memang betul iman tu bukan warisan kan! tapi memeng mendidik anak ni kena mulakan dengan mendidik diri kita. Contohnya bakal Presiden Mesir serta isteri dan anak-anaknya.....semoga kita mendapat kekuatan untuk mengislah dan mentarbiah keluarga kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Ustazah,

      Iman itu bukan warisan tapi boleh diwariskan.

      Alhamdulillah,dalam zaman kegersangan ini Allah turunkan satu tokoh keluarga yang boleh dijadikan role model.Islam menuju keambang kemenagan.Janji Allah itu benar.

      Padam

Catatan Popular