DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 11 Jun 2012

Peringatan

Tiba-tiba Makbonda teringat kesah agak lama,kira-kira 10 tahun yang lalu.Beliau sepeupu suami Makbonda tapi pernah menjadi classmate dahulu.Dia bertugas sebagai pakar bius.Suatu ketika anak keduanya demam memanjang,kebetulan kami sempat mengunjunginya.Olah kerana beliau adalah seorang pegawai perubatan,sudah semestinya ada stock ubat demam.Jadi sekejap-sekejap kebah dan demam balik. Sebulan selepas itu seorang rakannya di Seremban memintanya menggantikan bertugas dikelinik persendiriannya.Oleh kerana ketika itu cuti sekolah,dibawalah keluarganya semua sekali sambil bercuti-cuti.

Semasa di Seremban demam anak itu masih bersambung. Lalu dibawanya ke hospital .Setelah dibuat pemeriksaan darah,alangkah terkedunya beliau,apabila diketahui anaknya positif denggi.Sebenarnya telah ada simptom-simptomnya cuma beliau sangat tidak perasan. Terus anaknya ditahan di hospital tersebut kerana keadaannya agak keriktikal.Dalam beberapa hari sahaja keadaanya terus tenat.Beliau mahu membawanya pulang ketempatnya bertugas di Selayang tatapi tidak dibenarkan kerana keadan agak keriktikal.Kami juga sempat  melawat. Keadaanya sangat menyentuh jiwa,dari seorang kanak-kanak langsing menjadi kembang beberapa kali ganda akibat organ tubuhnya sudah tidak boleh memproses air.Setelah sebulan berkampung di situ anak itu meninggal dunia. Lalu jenazahnya dibawa pulang kekampung di Sg Tengar,Sabak Bernam.

Suasana semasa penyempurnaan jenazah amat sahdu. Selepas solat jenazah, ayah beliau adalah seorang Pak Kiyai,memberi ucapan walaupun dalam kesedihan kehilangan seorang cucu

"Ujian Allah tidak memilih sesiapa.Doktor yang kerjanya merawat orangpun diuji anaknya sakit denggi dan meninggal. Sesiapapun tidak mahu perkara ini berlaku pada keluarga kita,tapi kalau berlaku juga kena bersyukur,kerana anak ini telah di panggil pulang dahulu ketika dia suci,kalau dibiarkan terus hidup sampai besar entah menjadi apa dia.Alhamdulillah,nanti dia akan menunggu ibubapanya di pintu syorga"(Sebenarnya ini adalah terjemahan dari bahasa jawa)

Masih terngiang-ngiang lagi dalam minda segala peristiwa itu.

Sebenarnya beberapa hari yang lalu anak Sulung Makbonda mendapat kemalangan,kakinya tersiram air panas.Ketika itu sedang dalam proses memasak nasi dagang.Hati ibu mana tidak sedih melihat anaknya menahan kesakitan,kalau boleh biarlah ibunya yang merasa kesakitan tersebut. Walaupun dia sudah besar panjang. Tapi sejuk hati bila dia menulis di FBnya;


Ya,kemalangan itu tidak pernah dipinta,tapi kalau berlaku juga perlu bersyukur,ianya adalah satu peringatan agar kita insaf  dan menghayati penderitaan yang pernah dialami oleh orang lain. Ianya juga adalah penghapus dosa.Paling tepat masanya untuk membuat muhasabah diri.

2 ulasan:

  1. Salam makbonda,
    Moga anak cepat sembuh. anak yang sulung perempuan ya makbonda? Tahniah dah lulus buat nasi dagang tu :)

    Satu pengalaman saya dgn kata-kata begini, ialah apabila saya mghadiri satu pngkebumian seorang lelaki, yang meninggal dunia di rumah isteri keduanya. Dia mewasiatkan hanya kpd isteri kedua supaya dikuburkan di suatu tempat. Isteri pertama dan anak2 mereka, sangat bersedih ditambah lagi barangkali dgn terluka hati. Di saat itulah ada seorang lelaki yg mgkin kenalan yang dihormati menasihatkan, supaya janganlah ungkit kesalahan si mati, berdoalah agar dia selamat di alam akhirat. Lbih kurang begitulah tazkirah dia di perkuburan haritu. Saya ms tu baru brkahwin, terkedu juga dgn keadaan itu. Ya, tiada yang diperlukan oleh mereka yang tiada, kecuali kemaafan dan doa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah,

      Alhamdulillah,lulus,walau taklah setanding dari masakan dari negeri asal. :)

      Itulah hikmahnya menziarahi jenazah,selain pahala banyak ilmu yang dikutip,sangat menginsafkan.

      Padam

Catatan Popular