DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 8 Oktober 2009

Anis proses menjadi dewasa

Emak telah diamanahkan untk menjaga dua orang anak Pak Alang Amani 7 tahun dan Aman 4 tahun sepanjang pemergiannya ke tanah suci Mekah pada musim ini……sebelum itu emak sudah memberi taklimat awal kepada Yaya dan Anis tentang kehadhiran 2 orang sepepupu mereka selama 45 hari bersama mereka. Nampaknya reaksi mereka positif,dan tidak sabar menunggu ketikanya.
Anis ,adik bungsu,selama ni memang selalu buat hebok, pagi sebelum pergi sekolah jika barang kepunyaannya hilang seperti setokin,pemadam,buku home work yang dia tau melalak,dan emak yang tak kuasa dengar lalakannya mengerah semua kakak dan abang untuk mencarinya… sambil merungut dan mengutuk cari tetap cari walaubegitu mereka seperti sentiasa memafkannya,begitulah tuah si bungsu .
Sudah 2 minggu berlalu Anis telah menaikkan taraf dirinya menjadi kakak,berbagai cerita yang berlaku dan boleh di hantar kat PTS dijadikan novel kanak-kanak

Cerita 1

Oleh kerana cuti sekolah belum bermula,Emak bawa Amani dan Aman kesekolah,kebetulan pula P&P di sekolah sudah tidak berapa dijalankan kerana selepas musim peperiksaan. 4 orang anak dalam kereta, Kak Yaya,Anis Amani dan Aman .Sampai sekolah maka offer kedua-dua anak buah tu buat pilihan, nak ikut makngah kat bilik guru,kak Yaya kat tahun 5 atau Kak Anis tahun 3,mereka sebulat suara nak ikut kakak Anis,Emak tahu Anis tak berepa senang hati,lalau emak cepat-cepat kata “Oooo semua orang suka kat kakak Anis ye,jeles emak dan Kak Yaya” maka ceria kembali air mukanya. Hari pertama adik-adiknya masih takut-takut je,masih ikut semua arahan tatapi bila hari kedua dek kekeletahan dan kecerdikan adik-adikni(ialah anak Doktor dan Ustazah lulusan Mesir mestilah berbeza dengan rata-rata mereka anak kerja kampung) semakin popularlah mereka,masing-masing hendak berkawan,maka terpinggirlah kakak yang sorang ni…sakit hatinya membawa kepada lemah fizikalnya,muram memanjang…malam mak tanya… “Anis ada masalahke jaga adik-adik?” setelah beberapa kali di tanya mengakulah ia yang adik-adiknya sudah tidak pedulikannya,semua kawan-kawan dah potong jalan , Mak “Eh ok apa,kawan-kawan Anis suka kat adik Anis,apa jadi kalau kawan-kawan tak suka adik Anis,dia orang ejek-ejeklah,jelir lidahlah,bulilah…mesti lagi sedihkan…bir aje dia orang tolong jagakan,balik nanti mesti dia cari Anis”…… selesai…….

Cerita 2

Cuti sekolah bermula..Abah nak bawak kami semua kenduri di sebuah Felda di Sungkai ,selepas itu ke Hot Spring ,masing masing bersiap menyediakan pakaian mandi, kami naik Inova Pak Alang. Setelah semua masuk kereta dan emak sedang membuat sentuhan akhir meninggalkan rumah tiba-tiba Anis masuk ke rumah menuju kebilik dan baring atas katil sambil air mata berlinang “Anis tak nak pergi!nak kat rumah aje” dengan beberapa pujukan yang tidak di layannya mak guna tektik kotor “Ok lah jaga rumah ye.. nanti kalau lah tetiba ada pencuri masuk rumah,dia ingat rumah kosong rupanya dalm ada budak,samada di ikat mulut,kaki kat katil, sampai mak balik,atau di tembaknya atau di bawak lari macam sazlin dan mak dan abah didakwa masuk penjara pasal tinggalkan anak…camna?” “ok-ok lah nak pergi tapi tak nak naik kereta budak tu” dah agak mesti Amanibuat sesuatu kat dia……sesmpai ke kereta mak tolak je masuk Inova dan abah start kereta terus jalan……sepanjang jalan emak tunjuk gunung,hutan sungai…..hatinya cair… Di Hot Spring Yaya dan Anis menguruskan adik-adiknya dari bersalin pakaian,bermandian dan bersiap untuk balik, mak dan abah cuma tengok dari jauh je.
Malamnya masa tenang tenang mak korek cerita pagi tadi “Macamni…Anis jumpa gula bawah kusyen kereta…Anis makan..Amani tak bagi lepas tu Anis jawablah …bla- blab la….. tiba-tiba Amani kata ini kereta dia….Anis pun sakit hatilah” mak dapat tangkap kenapa Amani cakap macam tu.mesti kes Anis cakap lebih-lebih.

Cerita 3

Selalunya Anislah yang menguasai lap top mak,dengan gamenya,sampai naik geram kakak Yaya, hari ini dah dua jam Aman duduk di situ,Aman pergi Amani pulak,ganti Aman lagi,bila kedua-duanya bosan mulalah Anis ambik peluang…baru 15 min Aman merengek-rengak nak main…..Anis mendengus lalu masuk bilik naik atas katil doble dakernya…main anak patung dan mencatat sesuatu….Amani masuk, di terimanya lepas tu Aman pulak….”Hei sapa suruh naik….mengacau je” apa lagi melalaklah si kecik bersuara garau tu “Hei apasal nangis…ada kakak cubit ke…kakak usik ke…diam… nanti mak dengar ingat kakak yang buat( dengan garang sebijik macam dialog Yaya bila marah kat dia)
Emak tengah membelek pokok bunga di luar jerit panggil Aman tengok anak burung.Aman gembira.

Cerita 4

Kalah berebut laptop lagi, Anis ke dapor….masak Maggie(Anis memang suka masak)….hidung Amani kembang kempis “Bau apa ni?” “Syys diam diam kita makan berdua” tiba-tiba “yeye nak Maggie..nak Maggie”…Anis mendengus.. “ngacau lagi” mak menyampok “Alah makanlah bertiga ,tak boleh makan banyak-banyak,magie tu,tak berkhasiat,lagi satu dosa kalau kita makan orang lain bau tapi kita tak bagi tau” “ok oklah”


Cerita 5

Masa mengaji,kakak Yaya dah khatam tak perlu mak semak,selalu mak semak Anis sorang,kini Anis kena giliran no 3(akhir)habis ngaji mak ambik kesempatan…ber takzirah ngan Anis “dah lebih 2 minggu Amani kat sini,kejap lagi dia balik…dah tak jumpa Amani lagi….Anis suka tak Amani kat sini?” “Suka..tapi Anis selalu sakit hati je…dia orang tu berlagak…melawan je tak pandai jaga hati Anis?

“Ooooo ye ke....Sebenarnya memang macamtu lah jadi kakak,Anis tak pernah ada adik….kakak pun dulu macatu jugak,adik-adiknya selalu lawan kakak,nak menang je…tapi mak selalu cakap kat kakak suruh sabar,mengalah adik kecik lagi…..sampai 5 orang adik kakak…..mak lagi ada 8 orang adik…memamnglah geram kalau adiknya lawan…penat-penat kita jaga dia dia lawan….tapi bila dah besar adik-adik sayang kat kakaknya,,,adik-adik mak semua sayang kat mak,adik-adik kakak semua sayang kat kakak….Anispun sayang kakak kan?Tu pasal lepasni jangan suka lawan-lawan kakak.
Kalau Anis garang-garang sambai bila-bila Amani ngan Aman takut nak datang lagi.Nanti dia cerita kat Umi dia Kakak Anis garang,Anis juga yang malu.”

Dalam bilik sebelah yang bertutup pintunya terdengan suara Aman nyanyi lagu ‘Aku Ketahuan’ dengan hafalnya,tak tau macamana boleh hafal. Anis pegang kamera digital tengah rakam aksi Aman,Amani jadi juruacara…(minggu lepas masa malam camping kat sekolah ada pertandingan bakat)…….mak biarkan saja mereka berkreatif….kalau abah tau tak bagi tu ,ayat biasa yang akan keluar “Hei hei apa main kamera ni,dah-dah simpan kang rosak lagi,dah berapa kamera mak rosak”.Tapi bagi mak sesekali apasalahnya bersubahat dengan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular