DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 6 Oktober 2009

Periok berkilat.

Masa aku umur 19 tahun,emak ajak temankan melawat seorang penduduk kampong yang baru melahirkan anak(muyi,jagong) ramahnya amat sederhana beratap nipah dan berdinding separuh papan separuh atap nipah.Tiangnya rendah saja dan hanya 5 anak tangga,maknanya kita boleh menjengah kedalam rumah itu tanpa menaiki tangga. Pemandangan tersebut biasa kita Nampak kalau kita naik Camereon Higland iaitu tak ubah macam rumah orang asli dari luar. Tetapi yang aku kagum bila aku menjengah ke dapor aku liaht periuk belanga yang tidak berpakai bergantung kemas di dinding dengan keadaan yang berkilat seperti tiadak pernak berpakai, padahal dapurnya dapur kayu. Keadaan rumahnya tersusun rapi,lipatan kain seperti diukur, padahal masa tu tuan rumah sedang dalam pantang da anak-anaknya kecil-kecil lagi……aku tak komen apa-apa kalau aku bersuara habislah ungkitan mak.

Sekarang aku dah berumahtangga dan anak daraku sudah sebaya aku pada masa itu…dapurku dapur gas,tapi periuk kualiku tidak seberkilatnya seperti periuk belanga orang itu,walaupun sudah berapa kali aku menyentalnya dengan menggunakan berbagai-bagai bahan pencuci terkini.

Pada suatu hari sedang aku menyiapkan makan tengahari tiba-tiba aku teringat Nak solat dhuha,hanya tinggal menggoreng ikan sahaja yang belum siap,anak daraku sedang menonton TV “Kak tolong tengokan ikan ni ye mak nak solat dhuha”
“Ok” katanya.

Selesai salam tiba-tiba aku terdengar anak daraku menjerit “Mak…api” akupun melompat kedapur,rupanya nakdaraka ghalit tengok TV tidak di jengoknya ikan dalam kuali,api menyambar minyak dalam kuali……dengan keadaan separoh cemas aku basahkan tuala dan campakkan keatas api….Alhamdulillah keadaan terkawal Cuma bidai dapurku yang rosak.Aku kawal lidahku dari mengeluarkan perkataan yang mneydihkan anak daraku biar dia melayan sesalnya sendiri. Sebenarnya haritu anak daraku akan menaiki bas pulang ke kolejnya,sebabtu aku control baik kat dia,takut dia sedih….tapi aku tengok muka dia selamba je,tak Nampak kesal pun. Setelah 30 minit bas bergerak tiba-tiba nada mesej berbunyi “ Mak sory ye” aku reply “Kenapa” “Pasal tadi,kakak sedih sangat” “takapa benda dah berlaku”

Balik dari menghantrnya ke stesyen bas akupun mengambil kuali tadi dan meletakannya kesinki,lalu menyiramnya……tapi apa yang aku lihat ialah……kerak yang melekat di buntut kuali tu tertanggal semua dan buntut kualiku berkilat seperti baru……terus aku sms kat anak dara aku “Kak , sedih lagi….mak nak cerita biar hilang sedihnya……..”
“waaaaaa, boleh lah aply kat benda lain pulak…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular