DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 6 Oktober 2009

Pendidikan formal dan Informal

Cerita 1

Jiran sekampung seorang ibu, punyi 8orang anak kesemuanya lulusan kolej dan universiti. Dalam ramai-ramai ni bermacam-macamlah perangai walaupun dah berijazah tetapi kemaanusiannya berbeza-besa, ada yang suka berkira,kedekut,berat tulang dan sifat-sifat mazmumah lain tapi ada juga yang ringan tulang,murah hati –sifat dan sifat –sifat mahmudah lain, pada yang bersikap positif tentulah melegakan benaknya tetapi bagaimana pula dengan yang sebaliknya. Dia mengadulah kepada aku

“Tak taulah cikgu….semua anak-anak dibela dengan cara yang sama,di curahkan kasih saying yang sama,di beri peluang belajar pun sama,Makcik nak didik tak tau…bila dah disekolahkan…masuk universiti….kerja bagus-bagus…ingatkan dah jadi oranglah……tapi masih tak elok-elok lagi perangai……..apa yang dia belajr kat universiti tu?”

Aku jawab “Mak cik, kat universiti tak ada matapelajaran supaya ringan-ringankan tulang,tolak ansur,jangan suka berkira, elok-elok perangai ,semua tu tak ada….tapi benda tu didapati diluar kuliah, masa bercampur dengan orang dan masa hidup seharian masa camp-camp motivasi, tapi kalau tak ikut aktiviti macam tu mana nak berubah.Lagi bagus kalau benda-benda tu semua kita yang ajar sebelum dewasa”


Cerita 2

Maka sebok lah cikgu ngadimin,besah,pijun, jajak dan rakan-rakannya sebab minggu tu mereka mengadakan minggu Cegah Jenayah,Anti Dadah dan Kesihatan. kertas kerja di buat dengan rapi,penceramah dijemput untuk memenuhi aturcara, hari pertama penceramah dari AADK,berceramah dengan menayangkan slaid-selaid yang menarik, murid-murid senyap setiap kali slide di paparkan,bukansahaja murid cikgunya pun sekali melompong,selama ni benda yang tak tahu jadi tau,akhir ceramah kuiz,10 orang yang mendapat menjawab soalan akan di beri hadiah seperti yang dijanjikan di awal tadi….berebut-rebut murid mengangkat tangan,soalannya bukanlah mudah,cikgupun tak dapat jawab,bukan cikgu bodoh tapi murid-murid memegang pen dan buku nota masa dengan ceramah.

Hari kedua Doktor kesihatan dan Pegawai polis pulak giliran berceramah,dan suasana murid-murid pun macam semalam juga. Hari ketiga giliran doctor gigi pulak, dan suasana masih tidak berubah malah bertambah hangat lagi sebab murid yang belum mendapat hadia berlumba-lumba mencari peluang.

Bukan setakat ceramah sahaja, setiap penceramah yang datang membawa bahan-bahan untk di pamerkan, seperti poster,gambar,model dan bermacam-macam lagi….betul-betul minggu ilmu. Tiba-tiba pada tengahari hari ketiga guru besar dipanggil oleh PPD ke Pejabat PPD,suruh datang dengan mebawa kertas kerja serta dokumentasi aktiviti yang dijalankan……berpendangan lah si cikgu-cikgu…..ni mesti PPD terpikat dengan aktiviti kita.

Petang itu sebelu Kokurikulum dijalankan guru besar memanggil cikgu-ciku ni berkumpul di bilik mesyuarat…dengan perasaan berbunga-bunga mesti khbar gembira yang kami terima,sekurang-kurangnya 4-5 orang yang dapat APC tahun ini…rupanya apa yang kami buat ni salah. Sekolah tidak di benarkan menjalankan aktiviti sehingga meninggalkan aktiviri Pengajaran dan pembelajaran. Apakah P&P yang di maksudkan itu? Iatu belajar BM,Mt,Sains,BI,PAI,KT, dan mesti ada Set induksi,Tajuk,Objektif dan langkah-langkah lepas tu exam.
Aktiviti yang di tas tadi bukan P&P.Kalau nak buat di luar persekolahan……..setelah 25 tahun aku jadi cikgu,baru kini aku mengerti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular