DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 29 Mac 2011

KAMI (V1)



sumber gambar


"Makbonda,kamu tonton tak semanis khurma malam Jumaat semalam?"

"Insyaallah ada,tapi sambil berlari-larian,kalau tak silap tajuknya dingin dalam rumah tangga kan"

"Perasan tak ada satu pendengar yang kongsi masaalah.Dia isteri pertama,bila tiba giliran dia bersama suaminya  dingin pada dia,tidak di pedulinya,sibuk merokok,dah lama mereka tidak bersama"

"Owh ya ya saya perasaan, he he he ke kamu tu?"

"Eh taklah....tapi kamu tau tak itulah yang saya alami,maaf ye kalau sepatutnya saya tak cerita,tapi itulah hakikatnya, dah  3 bulan dia tidak menyentuh saya,bila tidur dia hadap ke lain dan lebih rela memeluk kucing dia.Saya masih punya naluri,bila sudah lama tidak balik,saya harapkan sesuatu yang istimewa dari dia,tapi hampa,bila dalam kehampaan saya akan mengalami kepeningan hingga ke siang. Beberapa kali saya sudah menagih padanya,dia kata dia tidak ada selera,bila saya syorkan padanya berubat dia kata di sana tidak ada masaalah. Pernah saya bepakaian seksi,dia mencemuh "tak sedar siri dah tua pakai macam ni,tak malu, katanya."Kami sama-sama diam.

"Patut ke saya mengesakki ada unsur ilmu hitam disini? Saya masih ada naluri,Dia pernah suruh saya yang berusaha memulakan,tapi saya tak boleh,saya bukan peminta sedekah. Saya dah merujuk pada seseorang di pejabat agama. Saya sudah boleh menuntut bubarkan perkahwina,tapi saya tak mahu.......tak mahu......saya masih mahu bersama dia?"

Hmmm,Makbonda tarik nafas,dan pandang matanya dalam-dalam,berat sungguh. Makbonda tak ada langsung pengalaman sebegitu. Sepanjang telinga menangkap butir bicaranya,mata menatap riak wajahnya,dalam hati berdoa  "Ya Allah berilah aku petunjuk agar mendapat ilham,agar apa-apa yang tekeluar dari lidah menjadi ubat bukan racun."

"Makbonda,tolonglah katakan sesuatu,pening kepala saya masih belum hilang ni. perut saya mual. Ya Allah ,saya sudah mengadu kat kat Allah Taala,tapi masih belum jumpa jawapan."

"Ilmu hitam? Memang ada berlaku,itupun kalau ya,kalau tidak,percuma sahaja kita dapat dosa. Ataupun memeng itulah perasaan dia,dia telah jatuh kejurang kebosanan,dia mahu sesuatu yang baru'kalaulah itu jenis dia,satu masa dia juga akan rasa begitu pada yang muda."

"Bolah saya bercerita sedikit. Suami saya punya seorang sepupu yang mengahwini anak gadis pada seorang  Guru pondok di Sik Kedah.Meraka sekampung ditempatkan di petempatan baru setelah kampungnya di tenggelamkan untuk menjadi sebuah empangan. Jadi sebelum berpindah mereka telah mengorek tanah perkuburan untuk dipindahkan sama,satu antara tanah berkuburan itu berusia 20 tahun tapi,jenazahnya masih utuh seperti jasad baru di semadikan,setelah di siasat rupanya adalah jenazah seorang lelaki. Semasa hidupnya dia telah punya anak isteri tapi telah di larikan oleh perempuan Siam,tentu sekali diilmu hitamkan,sehingga saudara,anak isteri telah menganggap dia telah murtad mengikut  kehidupan perempuan siam tersebut.Setelah beberapa puluh tahun,tiba-tiba dia muncul,tapi dalam keadaan uszur,lalu di hantar ke hospital,dan meninggal. Lalu timbullah masaalah kemana harus di kebumikan,sebab telah begitu lama dia meninggalkan Agama. Tiba-tiba jiran sebelah katil wad mencelah. "Sebelum dia nazak tadi dia mengucap kalimahsyahadat dengan jelas sekali" Semua yang ada terfana' lalau dikebumikanlah secara Islam. Dan sekarang itulah yang punya jenazah. Jadi boleh kan buat kesimpulan,bahawa sesaorang yang sedang di ilmu hitamkan tidak dikIra segala dosanya."

"Jadi maknanya dia tidak bersalahlah ya.?"

"Saya tak boleh nak bagi hukum,kamu buat kesimpulan sendiri,berusahalah dari jauh,tanya lagi pada ilmuan,ayat-ayat syifa'. Yakinlah Allah Maha melihat,mendengar,mengetahu,pengasih,penyang dan punya 99 Asmaul Husna.

"Semantara tu macamana saya nak sembuhkan penig kepala saya ni."

"Ibaratkanlah ye, kamu suka sangat makan sup tulang,siang malam makan sup tulang,makan di luar pun order sup tulang,hujung minggu suami balik pun sup tulang,dah di kategorikan sebagai ketagih tegarlah,tanpa sup tulang bukan makan namanya. Tiba-tiba kamu telah disahkan kena darah tinggi atau jantung akibat kolestrol yang terhimpun. Antara makan yang perlu di tinggalkan ialah 'sup tulang'. Agak-agak apa tindakan yang kamu buat"

"Saya tinggalkan sup tulang"

"Tapi sukar kan?,jadi kamu kena buat alternatif bagaimana mahu melupakan sup tulang,bukan sekejap tapi lama."

"Tapi mana nak samakan penig kepala saya dengan ketagihan sup tulang ni?"

"Ketagihan tu kan nafsu, yang boleh ditundukan,sedangkan perokok tegarpunboleh sembuh hanya menggantikan dengan gula-gula apalagi ketagihan kamu,ubatlah dengan zikir."

"Ya Allah Makbonda,kenapa saya tidak boleh berfkir begitu,Ya Allah sesungguhnya satu demi satu saya nampak nikmatnya. Terimaksih  pijamkan telinga,bagi pulak oleh- oleh-oleh jiwa."

"Seberannya saya lagi patut ucap kat kamu,bersama kamu saya telah belajar untuk menghargai  dan mensyukuri apa yang saya sedang miliki. Lepas ni jangan cakap terimakasihlagi kat saya ye,tapi ucapkan Jazakillahikhairan kathira"

Lalu KAMI berpelukan.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum :)

    Cerita yang bermanfaat. Semoga hamba Allah terus bersabar menghadapi ujian Allah. InsyaAllah kesabaran bakal menghadiahkan kebahagiaan.

    Jazakilla'hu'khairan kathira :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum makbonda..

    Suruh kawan makbonda tu buang sikit perasaan 'MALU DAN EGO' seorang perempuan dan isteri, dan pegi *ROGOL* je husband dia tuh!!.. HABIS CERITA!.. (sesilap haribulan nanti, laki dia pulak yg KETAGIH nk "KENA ROGOL"!..) kehkehkeh (maaf, mungkin nampak mcm "GILA", tapi.. adakah benar ia "GILA" tanpa mencubanya???... hehehehe)..

    ...

    Betul tu makbonda..
    Jalan terbaik adalah tundukkan nafsu.. larikan diri daripada syaitan yang membisik..

    Kadang-kadang, hati kita ni sering keliru, terkeliru dan dikelirukan oleh Iblis laknatullah!!.. kan?.

    Cuba tanya iman, apakah 'keinginan' itu kerana 'keperluan batin atau kehendak nafsu'.. atau sebenarnya sebab "perasaan cemburu, dendam dan ego yang meluap" (akibat bermadu).

    Andai ikutkan 'tabiat' sifat perempuan.. biasanya peringkat umur 40-an ke atas, nafsu keinginan batin ni akan menurun (kajian normal - purata, tidak mewakili keseluruhan wanita).

    Jika adapun kehendak batin itu, ia bukan menjadi KEPERLUAN UTAMA (berbanding lelaki yang hormonnya itu sentiasa HIDUP sampai hari dia MATI!), tetapi sekadar KEHENDAK yang boleh didiamkan.. (macam kalau teringin nak beli barang kemas la.. dapat best, tak dapat takpe, banyak benda lain boleh beli lagi).

    Mungkin, (tiny kata mungkin, maaf, bukan menuduh atau membuat kesimpulan, hanya andaian semata), jika tidak bermadu, mungkin 'keinginan' itu tidak menjadi TITIK SOAL UTAMA, malah ramai ibu-ibu di luar sana yang 'tidak kisah' dapat atau tidak ("tak dapat lagi lega", kata sesetengah mereka)..
    .... kerana penumpuannya ibu-ibu diperingkat 'berumur' ini biasanya sudah banyak terarah kepada anak-anak, kerjaya, perihal rumahtangga dari yang seremeh jintan putih sampai ke sebesar bagak yakni hutang piutang seisi rumah yg hendak ditanggungnya.

    sebab tu ramai ibu tunggal boleh hidup 'tanpa lelaki' sehingga akhir hayat mereka (tapi, lelaki, kebanyakkannya, kubur isteri dok merah lagi, dh naik pelamin semula... hahaha.. kata org laaa... hihihi).
    ...

    bukan tak percaya kepada bomoh dan sebagainya, cuma takut 'terbawak ke syirik'.. bab tu yg syaitan dok tunggu-tunggu tuh!.. huhuhu..

    ya benar.. pulangkan segala rasa kembali kepada Allah.. itu yg sebaiknya..

    ....

    bab semanis kurma tu.. biasanya ustazah dan ustaz akanbagi doa2 ayat quran, cuba semak balik..

    ............

    wallahu'alam bisawwab..

    (bukan tiny nak menunjuk pandai menjawab makbonda.. sekadar perkongsian pandangan, sementara Allah anugerahkan ilham daya fikir dan menaip nih.. entah bila di tarik-Nya kita tak tahu.. dan lagi, sebagaimana tiny suka org memberi dan meninggalkan komen kepada tiny, sebegitu juga tiny suka memberi kepada orang.. tetapi hanya kepada yang mahu menerima dan sudi menyapa.. terima kasih makbonda, sbb sudi menerima tiny di sini dan menyapa tiny di sana.. sungguh tiny bersyukur Allah hadirkan makbonda sebagai 'guru'... tiny pulangkan segala rasa syukur itu kepada Allah yang Maha Berkuasa..)..

    :)

    BalasPadam
  3. salam makbonda,
    apa khabar? Teringin nak menyapa.
    Benar, seorang isteri sentiasa mahu memikat hati suaminya, risau dikatakan tidak pandai melayani. :)) Benar, isteri harus pandai mengawal nafsunya. Moga kami pun dapat menjadi pendengar yang baik dan menyamankan hati. Amin...

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam.

    Ros,

    Ameen,semoga dia menang dalam menempuhi ujian.
    Ya,begitulah,anatara kesah-kesah yang berlegar,semuanya kita akan jadikan iktibar jika mahu.

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Tiny,

    Tak boleh tahan gelak Makbonda baca komen kamu,lurus dan telus,tapi Makbonda tak sampai hati nak cakap macam tu.Walaubagaimanapun serba sedikit idea kamu digunakan dalam menyuntik tenaga padanya.Walaubagaimanapun sentiasa berwaspada agar apa yang disangka ilham itu ialah bisikan syaitan.Nauzubillah.

    Tu sebab Makbonda tergamam,biasanya baca kesah begitu di majalah,rupanya tidak semua orang sama rasa,sama cita.

    Tiny juga jangan terlalu menaikan makam makbonda,kerana makbonda hanyalah insan biasa yang cetek ilmu,pengalaman dan pergaulan.Masih dambakan perkongsian dari teman-teman maya.

    Semoga Allah membalas kebaikan kalian.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kembali indah,

    Walau apa yang yang berlaku,itu semua adalah urusan Allah,yang penting kia terus tunaikan tanggungjawab kita,kan indah.

    Terimakasih masih sudi bertandang dan menyapa.

    BalasPadam

Catatan Popular