DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Khamis, 28 Julai 2011
Khamis, 21 Julai 2011
Sebelum,semasa dan selepas Ramadhan.........
"Alah nak mengadap puasa nilah ,buatlah khenduri aruah"
"Sampai berebut-rebut hari,kenapa tak bulan Ramadhan sekali,kan lebih afdhal?"
"Bulan puasa susah,leceh nak buka puasa tempat lain,orang tak nak datang nanti."
"Bagi makan orang berpuasa lebih tinggi ganjarannya."
"????"
Maka akibat berebut hari sebelum tibanya Ramadhan,sudah hilang nikmat kendurinya,sesiapa yang mendapat giliran malam,hadirinnya sudah tidak lalu makan.Menu seistimewa manapun sudah hilang kenikmatan.
"Bukankah senang di bawa kat masjid sahaja,kongsi beberapa orang,"
"Alah,anak-anak ni ha nak kumpul.Nak rasa makan sama,"
"Kumpullah di masjid,kan lebih berkat,makmur masjid."
"Susahlah kat masjid,nanti orang perempuan ada yang uzur."
"Jadinya majlis itu bertajuk jamuan makan atau bertahlil."
"Berathlil sambil jamuanlah"
"Betullah ,yang di atas bertahlil keluarga rapat di bawah bersembang dan bermesra,maklumlah sudah lama tidak bertemu."
Bila tahlil di rumah,satu kampung dijemput,tidak kira mereka bolah membaca tahlil atau tidak,cukup solat 5 waktu atau tidak,yang penting hidangan dapat menjamah. Sedangkan di masjid,pembaca tahlilnya sudah pasti ahli masjid,istiqamah dalam ibadah,pastinya boleh bertahlil,bukankah lebih afdhal?
Sebelum,semasa dan selepas Ramadhan....masih bertajuk makan-makan
Elok juga berjalan-jalan di sini ,Jom.
Ahad, 17 Julai 2011
Berita baik untuk penggemar coca cola!.
"Siapa ya ada petua macamana nak cuci karat di lubang tandas"
Tiba-tiba mencelah suara garau tuah Haji pegawai teknologi pendidikan ketika peserta sedang asyik menyelesaikan kerja-kerja perbengkelan.Isu yang sangat lari dari koordinat asal perbengkelan..
"Guna klorok tapi yang berjenama pipit." Respon seorang peserta yang tidak dapat membezakan antara jenama dengan dengan bahan. Bukankah klorok dan pipit itu adalah jenama,sementara bahannya ialah cecair peluntur.
"Gunalah haprhic kata Afdlin Shauki" Sahut salah seorang peminat fanatik ilklan TV
"Dah macam-macam jenama di cubanya tapi tak berkesan."
"Tandas baru ke Haji?" Seorang peserta meminta penjelasan.
"Taklah,.......anak baru masuk rumah sewa,lubang tandasnya berkarat,nak duduk tak sampai hati"Jelas Tuan Haji tersebut.
"Guna coca cola maaaa" Tiba tiba Cikgu Ahmoi lahiran Pulau Pinang yang berpakaian pramugari emas mencelah.Cikgu Ahmoi seorang gadis kantonis ini sekarang jarang memakai mini skirt,bila ditanya
"Mengapa tidak memakai mini skirt?". "Sudah biasa pakai kain maaa,bila pakain skirt malu lhooo rasa something semua orang mau pandang I punya betis"
Wah...itu satu petanda....cahaya separuh dari iman sedang berhembus dijiwanya.Makbonda cadangkan mana-mana peria yang mahu mencri jodoh,tolonglah kalaulah dapat mendekatinya dan tiupkan roh Islam ke dalam kalbunyaa.....subhanalllah betapa besar ganjarannya.Sudahlah cantik rupa,elok pulak pekertinya,tolong juga beritahunya busana peramugari yang di pakainya itu busana melayu bukan busana Islam.
"Kamu ni biar betul Ahmoi"
"Betul maa.....you try ambik itu paku karat,siram itu coca cola,then you buat observation,itu paku sutah berkilat lhoo,tidak percaya cubalaaaah,kita olang cina sutah tidak mau minum itu cocacola lhoooo,dengrous"
YaAllah begitu jatuh merundumnya taraf minuman produk yahudi ni,yang selama ini gah dalam iklan di sana sini sebagai minuman bertaraf antarabangsa. rupanya hanya sebagai bahan pencuci tandas.
Nah lihatlah anak-anak,berita baik untuk kamu semua yang gemar dan berasa seperti orang kelas atasan bila meminum cocacola.Sedangkan karat tandas berjaya dikikisnya,apalagi organ saluran bahan kumuh dan tinja kita yang bersifat begitu lembut.
"Ekeleh sudahlah Ahmoi tu,Cina juga yang jual,dia sendiri tak mau minum" bisik seorang cikgu yang begitu fanatik assobiah disudut jiwaraganya..
"Memanglah,Orang Cina berniaga sahaja, itu sumber ekonominya.Itu produk yahudi,yahudi sendiri tidak mahu minum sebab dia sudah tahu akan bahayanya,dan orang cina menjualnya sebab mereka peniaga tapi mereka tidak minum pun,anak-anak sekolah semua bawa air kosong....awaklah yang dok terpngaruh dengan iklan tv yang jadi mangsanya........ lu fikirlah sendiri."Kata Makbonda tapi cuma dalam hati kerana beliau ialah seorang yang sangat lemah imannya untuk membetulkan kepincangan ummah.
Mereka semua bukan muslim....mereka tidak ada hari pembalasan,jadi cara merka mencari rezeki bujur lalu melintang patah....yang penting nilai keuntungan.................... menjadi iktibarlah kepada semua peniaga Islam,silalah singkirkan cocacola dalam senarai barang jualannya semoga perniagaan anda dalam kerahmatan dan keberkatan.
Kalau ada masa luangkan klik url berikut http://www.videojug.com/film/how-to-clean-your-toilet-with-coke

Khamis, 14 Julai 2011
Sahabat
Dia baik.........ya sangat baik............kedua-duanya suami dan isteri. Sebut sahaja kawanyang mendapat musibah...............ringan sahaja bahunya menolong. Sebut sahaja rakan tiada membawa wang untuk membayar sesuatu.....................ringan sahaja dia mendahulukan. Sebut sahaja rakan yang tidak mampu pergi sesuatu tempat......................ringan sahaj dia menghantar. Sebut sahaja sesiapa ingain bertandang kerumahnya tidak mengira waktu........................ada sahaja sesuatu untuk dijamu.Sehingga mejadi tumpuan para pelajar yang belajar sambil bekerja,untuk memintanya membantu dalam menyiapkan tugasan belajarnya,dengan mebuat terjemahan samaada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya kerana itulah kepakarannya. Adakala dalam sampul tugasan disertakan note-note berwarna,ada kalanya bernilai tinggi tidak jarang juga kadang ada yang terlalu rendah berbanding ketebalan tugasan yang perlu di sempurnakan................biasalah manusia sering mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Begitulah mereka berdua, seboleh mungkin yang boleh sehingga mengadakan yang tiada demi memuaskan hati orang lain.
"Makbonda kagumlah dengan kamu berdua,baik betul"
"Makbonda,bila kita berbuat baik dengan orang,satu masa bila kita susah kita meintak tolong pula pada dia"Itulah perinsip hidupnya.
Satu kelemahan mereka. Mereka terlalu cair dalam kewangan,bisa saja mengalir kelubang-lubang atau ruangan kosong yang banyak dan dalam,hingga mereka sering terperangkap dalam arah aliran. Acapkali mereka alpa membezkan antara kehendak dan keperluan. Dengan mudah dia mengorek lubang baru untuk menutup lubang lama.....sewenang-wenangnya.
Kali ini mereka terperangkap betul, dalam lubang yang banyak dan dalam. Merata-rata dia merayu terutama pada kawan sahabat dan orang disekelilingnya yang pernah ditolongnya dahulu untuk menutup lubang-lubang yang banyak dan dalam itu. Semuanya tidak mampu. Lubang-lubangnya terlalu dalam. Bila dia tutup lubang sana di korek pula lubang sini, Sering berlaku bahan dari lubang baru tidak dapat menampung lubang lama atas sikap keterlaluannya dalam kecairan kewangan.......Sehingga dia jatuh kedunia keluh kesah dan hilang ketenteraman jiwa.
Makbonda sendiri memang tidak mampu membantunya menutup lubang yang dibenanya......terlalu besar dan dalam, kecuali makbonda sendiri membuat lubang baru......Masyaallah....memang makbonda tidak mampu...bimbang tidak tidak sempat mnimbusnya tiba-tiba hayat sudah sampai..........Astaghfirullahuladhim.....
Hanya yang mampu Makbonda cadangkan padanya berbuatlah baik pada manusia demi untuk Allah,dan jangan mengharapkan untuk orang itu membalasnya,tapi biar balasannya dari Allah dan istiqamahlah dengan doa ini;
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mudaripada keluh-kesah dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia.”
"Ooh kalau dah amalkan ini adalah orang nak tolong bayar hutang ya Makbonda,?"Tanya mereka penuh harap
"Tidaklah semestinya ada orang tolong bayar,tapi Insyaallah tersekat nafsu kita nak buat hutang baru.........dan Allah Taala ada lah maha pelindung.....Insyaallah doa dengan yakin.......adalah akan datang nanti penyelesaiannya.Dan kalau tidak keberatan jom amalkan solat Dhuha"

|
Selasa, 12 Julai 2011
apabila ibu sudah kehabisan kanak-kanak.
"Mak,macamna ni.kita dah period"
Sesiapa yang punya anak perempuan akan tiba masanya mendengar jeritan sebegini. Sebagai ibubapa tentulah menghadapinya dengan penuh kesyukuran,menandakan anak gadisnya normal dan sihat. Tetapi agak besar juga kebimbangan jika kedatangannya tiba terlalu awal,bimbang anak belum pandai mengurus diri. Sesungguhnya teramatlah besar peranan ibu menghadapi saat ini. Kebijaksanaa amatlah penting bagi membuka minda anak bahwa mereka telah sampai ketikanya melakukan tanggungjawab sebagai sebagai muslimah. Memberitahunya bahawa segala amalnya akan tercatat dalam buku amal baik dan tidak baik untuk dimizan dialam akhirat nanti.
Apa yang perlu meraka tahu ialah mereka;
Bersyukur bagi anak-anak yang lewat kedatangan bulannya,iaitu sehingga mereka bersekolah menengah. Tentu agak matang berfikir,dan telah punya ramai teman-teman yang telah mengalami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.
Bagi ibu-ibu yang belum pernah mengalami situasi perubahan anak-anak gadis dari alam sunti ke dunia gadis Makbonda syorkan membaca buku catatan di bawah. Berbaloi juga Makbonda belikan untuk sidia, semestinya makbonda telah mengkhatam dahulu. :)

- -Sudah tidak boleh meninggalkan solat 5 waktu .
- -Kena bayar hutang puasa.
- -Kena tahu bagaimana mahu mandi junub.(jangan meletakkannya di bahu ustazah sekolah agama sahaja)
- -Kena membataskan pergaulan dan aurat di kalangan orang yang berhak sahaja.
- -Kena bertanggung jawab dengan tuala wanita dan pakaian dalamnya,bagaimana mencuci dan menguruskannya(Bukan dengan mencampakkan merata-rata tempat,seboleh-bolehnya cuci sehingga tiada kesan darah dan mambalutnya dengan kertas akhbar sebelum membuang di dalam tong sampah.
- -Perlu jaga adab adab semasa kedatangan bulan,masa orang solat jagalah tingkahlaku tidak menggangu orang sedang solat begitu juga semasa bulan ramadhan, semamgnya tidak boleh berpuasa tetapi janganlah makan dengan menunjujk2 di khalayak ramai.
Bersyukur bagi anak-anak yang lewat kedatangan bulannya,iaitu sehingga mereka bersekolah menengah. Tentu agak matang berfikir,dan telah punya ramai teman-teman yang telah mengalami untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.
Bagi ibu-ibu yang belum pernah mengalami situasi perubahan anak-anak gadis dari alam sunti ke dunia gadis Makbonda syorkan membaca buku catatan di bawah. Berbaloi juga Makbonda belikan untuk sidia, semestinya makbonda telah mengkhatam dahulu. :)
Sinopsis dari PTS.( Mengenai haid. Kisah seorang remaja yang masih belum datang bulan. Isi jurnal ini banyak berkisar mengenai bagaimana dia memerhati rakan-rakan dan guru-guru perempuan di sekolah, serta resah gelisah dan debarannya kerana belum datang bulan. Penantiannya berakhir apabila dia betul-betul datang bulan. Namun dia panik kerana di sekelilingnya tiada ahli keluarga perempuan yang boleh membantu. Jurnal ini cuba mengaitkan haid dan perubahan-perubahan hormon, tingkah laku dan mood kepada wanita, sama ada remaja ataupun perempuan dewasa. Masalah berkaitan PMS dan hal-hal taboo mengenai haid juga cuba ditonjolkan.)
Sabtu, 9 Julai 2011
kari kambing vs kari landak.
Kalau saya ditanya mana sedap kari landak dengan kari kambing,tentu saya tak boleh jawab sebab saya tidak pernah meresa daging landak. Mana sedap spegeti dengan me rebus,saya kata mesti me rebus sebab lidah saya sudah biasa dengan mee rebus, spegheti menu baru dalam hidup saya.
Seorang yang saya tidak kenali telah menghantar email kepada saya
Mak bonda,saya pembaca senyap blog makbonda,dari pengamatan saya makbonda boleh merungkai persoalan saya. Saya seorang pelajar. Saya keliru antara dua pilihan untuk saya terima lamarannya.
A saya sayang,dia telah bekerja dan menjanjikan masa depan yang cerah pada kehidupan saya,keluarga saya juga suka padanya kerana dia pandai begaul dengan mereka. B saya cinta,tapi masih belajar,dia menepati ciri-ciri idaman hati saya,tapi dia belum bekerja,belum menjanjikan bagaimana masa depan saya,sebab sekarang bukan mudah mencari kerja.Keluarga saya tidak berapa berkenan sebab dia tidak pandai bergaul dengan orang.Boleh tak makbonda tolong saya membuat pilihan
(Sama ada satu pertanyaan jujur atau sekadar ingin menguji,tiak tahulah Makbonda hendak membuat hipotesis.Makbonda cuba juga untuk melayan,semoga ianya bermunafaat untuk dikongsikan)
re:Nak,kamu mahu jawapan jujur atau jawapan yang memuaskan hati?
re;Apa beza yang jujur dan memuaskan hati?
re;Kalau jujur mungkin manyakitkan,kalau memuaskan hati mungkin tidak menghasilkan penyelesaian.
re:Susahla nak faham
re:Susah ya. atau mungkin juga kamu silap oranglah untuk tempat bertanya,Sebab makbonda tidak akan dapat menjawab dengan adil
re:maksud Makbonda
re: pertama ilmu makbonda senipis kulit bawang merah.
kedua pengalaman makbonda juga hanya ibarat separuh buah epal.
ketiga makbonda tidak pernah menikmati perbezaan cinta dan sayang.
re:ok lah saya mahu jawapan jujur.
re:Sejak dahulu Makbonda tidak mahu jatuh cinta kepada manusia,sebab kalau cintanya sudah mendalam makbonda takut jika dia pergi kita akan jatuh,sebab manusia itu lemah.Lagi satu Makbonda jahiluntuk membezakan antara cinta dan sayang .
re:habis makbonda tidak cinta kepada suami.?
re:bagi makbonda cinta itu nafsu,itu sebab orang sanggup membujur lalu melintang patah ,menghalalkan cara sebab mengejar dan mempertahankan cinta.Makbonda sayang suami selagi dia meletakkan Allah di jemalanya.
re:Habis macammana makbonda boleh terima dia sebagai suami,sedangkan sebelum itu tiada cinta.Makbonda kahwin paksa ke?
re: Ada pihak yang mengesyurkan kepada kami.Sebenarnya dari majlis ilmu dan pengajian yang saya ikuti telah tersenarai dalam diri kareteria seorang suami idaman. Dia mesti labih berilmu,sebab nanti akan mendidik anak dan isteri.Suka perjuagan menegak Islam dan kerja bermunafaat bukan aktiviti sia-sia dan lagha. Boleh menjadi pemimpin sebab nanti akan memimpin keluarga,menyelamatkan keluarga di dunia dan akhirat. Bergaul dengan orang-orang berilmu dan suka majlis ilmu.Kemudian tidak henti-henti minta pada Allah. Bila ada beberapa lamaran tentulah memilih yang ada dalam senarai setelah meminta petunjuk,walau tidak selengkap sebagaimana yang tersenarai,kerana manusia itu tidak dilahirkan sempurna.
re:Wow,Makbonda memperjudikan pilihan,tanpa mengenali sepenuh hati boleh makbonda terima dia,Hidup bersama tanpa mengenalinya.
re:Janganlah samakan dengan judi,judi itu terkutuk,tapi keyakinan. bahawa pilihan Allah itu benar,jia tidak menepati kareteria yang kita mahu,adalah kebaikan disebaliknya.Tidak mengapa tidak mengenalinya tapi kita sama-sama kenal Allah,secara tidak langsung kami mengenali antara satu sama lain,dan beriringan meningkatkan lagi keintiman,mengikut tali Allah. Saling melengkapkan antara satu sama lain.Biasanya walau sekenal manapun sebelum menempuh perkahwinan tidak sama apabila sudah benar-benar menempuh hidup bersama.
re:Habis bagaimana dengan jawapan saya?
re:Mana diantaranya yang ada agama?
re:Dua-dua bukan ustaz Makbonda,alah ustaz pun ada kalanya teruk. Kawan saya kawin dengan ustaz tapi kena kontrol teruk,itu tak boleh,ini tak boleh tapi senang-senang makan duit ister.Tolong kerja rumah tak mahu,tapi nak kena layan macam raja.Suruh isteri taat tapi dia tak layan isteri aik-baik.
re:Ustaz itu gelaran orang yang mengajar ilmu Islam. Tidakpun di suruh kita pilih ustaz tapi pilih yang soleh.Lebih baik orang biasa tapi bercita-cita dan berusaha mahu mengupgredkan ilmu dari pada orang tinggi ilmu tapi ego dengan ilmunya,tidak mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan.
re:Tapi nampak jugalah dia solat.
re:Solat itu tiang agama,tapi tidak cukup hanya dengan solat sahaja,perlu dinding,tangga,bumbung siling dan sebagainya.Sejak budak lagi telah bersolat tapi sehingga tua tidak berubah mutu solatnya dengan ketika budak dahulu,macamana nak duduk berlindung. Antara keduanya kamu ajaklah mendekat dengan Allah, tengok siapa yang berjalan terkehadapan,itulah pilihan kamu.Walaubagaimanapun minta petunjuk Allah dahulu.
re:Entahlah Makbonda,saya sendiri bukan baik sangat, segan pulak nak pilih orang baik-baik.
re:Macamnilah,sudah Makbonda kata tadi ilmu makbondapun senipis kulis bawang,carilah insan yang berilmu tebal contohna di sini sini atau sini. Makbonda pun seusia ini masih saling lengkap melengkapi antara sumai dan isteri. Masing-masing saling tegur menegur. Ada kala yang keselahan yang suami tegur akan berbalik pula kepadanya dan makbonda pula yang membetulkannya. Bahtera yang kami seang layari adakalnya tenang ada adakalanya terumbang ambing,adakalnya tersasar dari haluan.Jadi sama-sama la kami bekerjakeras menjaga kemudinya dan menyesuaikan layar dari arus angin.
re: Ok thank Makbonda sudi melayan saya.

re: Yang baik itu dtangnya dari Allah,yang kurang baik tu adalah dari kelemahan saya. Maaf jika tidak dapat memenuhi persoalan.
re:Ok saya akan kunjungi link yang Makbonda syorkan.
Ahad, 3 Julai 2011
sukan di sekolah saya
Hari ini Cikgu Razak ditugaskan menggantikan YB untk merasmikan sukan sekolah,sebab YB tidak dapat hadhir atas urusan mahkamah. Cikgu Razak yang ada urua-ura akan dicalonkan untuk menggantikan YB satu masa nanti tentu amat berasa ghairah untk meluangkan masa ke majlis tersebut,inilah satu proses latihan untk melayakan dia mengambil tempat sebagai YB bila masanya tiba nanti,agar tidak kekok dan kaku. Satu malam suntuk Cikgu Razak menghafal skrip untuk membetulkan intonasi ucapan gaya YB-YB. Kebetulan malam tadi giliran beliau bermalam di rumah isteri pertama,semamangnya itulah ketikanya beliau akan buat-buat sebok di pejabat rumahnya dan akan masuk bilik isterinya jam 4 pagi setelah pasti isterinya lena. Itulah yang diamalkannya sejak dua tahun kebelakangan ini.
Mesti diselitkan maksud hadis atau ayat Quran,jadi kena hafal itu semua. Sehingga pejam-pejam mata dia mengulang-ulang,maklumlah seusia ini,banyak sel-sel di otaknya telah pupus. Tiba hari yang dinantikan,beliau tiba diperkarangan temasya dijalankan,disambut dan di angkat-angkat sebagaimana YB-YB, dan duduk dikhemah tamu dan kena duduk,senyum,angguk dan letak kaki imeg YB. Tibalah masa membacakan skrip yang telah di hafalnya malam tadi.
“……………..Tuan-tuan sekelian,ingatlah kesejahteraan Negara bermula dari rumah. Didiklah anak-anak kita sebaiknya. Rapatkan hubungan kemesraan dengan anak-anak agar tuan-tuan dapat menyelami jiwa anak-anak,agar mereka menjadi insan yang berjiwa positif demi membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya bangsa dan Negara. Untuk itu pastikan tuan-tuan sering meluangkan masa bersama anak dan isteri agar mereka tidak berasa kekosongan lalu mencari alternative dengan lebih selesa bergaul sesama rakan di luar sehingga dengan mudah tercebur dengan gejala kurang sihat……..…………………….”
Begitulah antara skrip yang di bacakan oleh Cikgu Razak dalam agenda ucapan YB dalam temaysa sukan itu. Tidak kiralah di dalam rumah tangga beliau,sudah 2 tahun hubungan dengan anak-anaknya longgar. Anak-anak yang seramai 5 orang lelaki itu akan masuk kedalam bilik atau keluar rumah bila bapa mereka ada. Sudah beberapa lama mereka tidak makan sehidang,dan berbual mesra. Semuanya di sebabkan anak-anak menjengkeli perilaku bapa mereka terhadap batin insan yang melahirkan mereka. Walaubagaimanapun itu bukan salah Cikgu Razak,Cikgu Razak hanya membacakan skrip bukan keluar dari lubuk jiwanya. Jadi para ibubapa yang mendengarnya anggaplah itu semua adalah sebuah dramateater dari actor yang menjalankan peranannya……….
....usah lihat pada siapa yang bercakap, tapi dengarlah apa yang dikatakan.

Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...