Hujung minggu lepas jadual Makbonda penuh. Dalam Ramadhan yang hampir meninggalkan kita kalau dulu-dulu waktu beginilah yang paling sebok membuat persiapan hari raya,mengemas rumah,membuat kuih raya yang setahun sekali baru dicuba dan bermacam-macam lagi.Tapi kali ini jadual dipenuhi dengan aktiviti ehya Ramadahan. Hari Sabtu di sebuah Masjid di kampung berhampiran dalam brosher tercetak PROGRAM KHUSUS MUSLIMAT MENGGAPAI BINTANG DAERAH SABAK BERNAM.........Alhamdulillah, yang telah memberi peluang untuk turut serta,kerana selama ini sentiasa berdoa agar dapat memunafaatkan usia. Peserta terdiri dari 10orang wakil setiap masjid dan setiap Sekolah Renda Agama JAIS. Penuh sendat dalam masjid,semuanya muslimah. Antara programnya solat dhuha,solat tasbih,tazkirah dan tadarrus.Yang paling menarik ialah ustazah yang menyampaikan tazkirah. bertajuk "Wanita Tunjang Kecemelangan Keluarga" Tajuk yang baisa-biasa tapi menjadi luar biasa kerana penyampainya muslimah yang luar biasa. Disampaikan dengan penghayatan ketara keikhlasannya.Sehingga menerbitkan suasana yang hening dan syahdu,terdengar esakan di sana sini bersahutan.
“Apabila
seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan,
memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia
akan masuk syurga” Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai
kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu
memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai
menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.
Memang benar sekarang ramai wanita diuji atas kekurangan isteri,suami malas bekerja,malas mencari ilmu,ikan tanggungjawab berkahwin lagi,mengabaikan tanggungjawab keluarga,dan ibu-ibu mengambil alih menyara keluarga.Maka gagallah kesempatan pada ibu-ibu untuk ke pintu syurga akibat dari mengutuk dan hilang hormat pada suami. .Ramai juga ibu-ibu yang hampir masuk syurga tapi di tarik oleh anak-anaknya kerana ibu gagal mendidik anak-anak sewaktu di dunia.Ibu-ibu sudah tidak berdaya menarik tali layag-layang anak dan terus bersekongkol dengan tingkah laku anak-anak nauzubillah. Ustazah berdoa sambil diaminkan oleh peserta dengan seribu esakan.
Hari Ahad pula menghadhiri majlis seperti didalam imej sebelah. Pada pagi itu hari sungguh bening,cuaca tidak panas juga tidak sejuk,tapi malangnya hari tu jugalah jalan di hadapan masjid ditutup kerana perarakan mengusung tokong.Sambil melihat tingkah laku mereka terasa belasnya manusia di tipu daya oleh syaitan.Upucara mereka benar-benar mengganggu. Perkarang masjid dicemari dengan bau asap colok........kadang hairan juga apa-apalah yang dibuatnya,bagaimanalah rupa kitab rujukannya.
Ini adalah antara berkat atau door gift yang dibekalkan pada setiap peserta,Semoga ianya bermunfaat.
Assalamualaikum
BalasPadamAlhamdulillah banyak majlis ilmu dapat dihadiri. Semoga mendapat barokah-Nya berganda-ganda.
Assalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamAlhamdulillah dapat menghadiri majlis ilmu..
Benarlah jika dapat suami yang banyak masalah, isteri terpaksa melipat gandakan kesabaran.. jika tak dapat sabar ada jalan keluarnya.. namun pintu yang tidak berkunci itu boleh dibuka selepas berusaha.. bimbang juga kan jika akhirnya terjerumus dalam azab yang pedih.
Waalaikumussalamwarohmatullah Ros,
BalasPadamItu semua adalah peluang dan kesempatan anugerahNYA, yang tidak putus-putus dipohon,
Waalaikumussalamwarohatullah
BalasPadamjuga untuk Kak Werdah
Betul,pendapat Kakak.Yang penting setiap langkah lah dalam berusaha hendak sentiasa dalam redha Allah.
Salam makbonda,
BalasPadam:) Penghayatan ramadhan utk kaum wanita. Beruntung sesiapa yg hadir.
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Salam Aidilfitri buat makbonda sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin kalu ada terkasar bahasa atau tersalah cara. Moga Syawal ini yg terbaik buat makbonda. :D
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
BalasPadamSalam kembali indah,
BalasPadamYa semoga segala amal salih yang kita lakukan sepanjang Ramadhan di terima Allah SWT.Selamat juga dari makbonda,Maaf zahir dan batin semoga ukhuwah berpanjangan.
CkLah
BalasPadamTaqabbal ya Kareem