DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 9 Ogos 2011

Tarawikh


Usai Tarawikh,waktu semua jamaah bangun bersalaman,berdakap sambil berselawat,Lek Musalmah masih terpaku di sejadah. Kelihatan bahunya bergerak-gerak dan terdengar esakan yang di tahan-tahan. Waktu semua orang telah mencicip juadah moreh, beliau masih bertafakkur. Sehingga semua beredar,ada yang mendapatkan suami masing-masing dan tidak kurang juga yang  ke kenderaan sendiri. Pak Siak talah memutuskan satu demi satu litar lampu. Makbonda masuk keruangan mosolla muslimah mendapatkannya,lalu memegang bahunya. Balasan darinya terus dia mendakap erat tubuh Makbonda. Makbonda biarkan dia puas. Tanpa soalan dia membuat kenyataan

"Lek teringat Aruah Lek lelaki(suami beliau) kamu"
"Alhamdulillah....mudaha-mudahan dia bahagia di sana"
"Ia kalau dia masih hidup tentu dia sangat gembira......Kalau dia dapat tengok Jijan tadi tentu dia suka sangat"
"Dekat sana pun dia nampak Lek Mus,dia pun bahagia,sama...sebab itulah antaranya hubungan yang masih bersambung walaupun telah berbeza alam,anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya."
"Ia betul kata kamu,tak taulah kenapa malam ni lek hiba sangat,malam-malam yang lepas tak lah macam ni....kami berpisah mati bukan berpisah hidup...kamu tak rasa lagi...Lek lelaki kamu pergi dalam lek belum bersedia nak hidup sendiri. dah sepuluh tahun rasa baru lagi. Malam selalu Jijan jadi imam Lek macam biasa je,tapi tau tahu kenapa malam ni lain sangat. Tadi Lek ternampak macam kelibat Lek Lelaki kat barisan jemaah,hati lek tak karuan,Lek Rasa macam dia ada kat sini"
Lek Musalmah semakin nampak tenang dan lancar bicaranya, scuma ekarang tiba-tiba Makbonda pula yang mendapat jangkitan.

Sembilan semua anak makcik Musalamah,kesemuanya telah bertebar keseluruh pelusuk bumi. sehingga di negara terbit sebelah sana,tinggal sibungsu yang masih bujang baru lepas SPM dan anak lelakinya Jijan yang telah beristeri dan membena rumah di halaman rumah ibunya. Kesemua anak-anaknya telah melewati IPT dan menjawat berbagai-bagai lapangan kerjaya,tapi Jijan tidak bersekolah tinggi,selepas tahun 6 beliau dihantar mengaji tahfiz di kelantan,tapi dia tidak dapt menamatkan pengajiannya,lalu balik tinggal bersama ibunya dengan menjalankan bermacam-macam pekerjaan akhirnya ditawarkan mengajar sekolah rendah agama. Walaupun tidak dapat menghabiskan pengajiannya beliau telah dapat menghafaz beberapa juzuk al Quran. Bila tampuk pemerintahan negeri berubah dan penduduk kampung boleh memilih sendiri Imam masjid serta organisasinya,mereka sebulat suara melantik beliau menjadi salah seorang imam.Pada awalnya beliau agak keberatan disebabkan faktur usia atau rasa rendah diri,tetapi penduduk kampung dan juga keluarganya memberi perangsang untk beliau menerima kerana semua telah maklum akan kelebihanya.
Sekarang dia adalah antara imam yang bergilir mengimami solat tarawikh. Beliau telah mewarnai ibadat terawikh di masjid ini,merubah sedikit dari imam lain yang hanya menggunakan surah-surah lazim . Alunan suaranya yang begitu shahdu menyebabkan  para jemaah merasakan terlalu cepat habisnya tarawikh   22rakat. walaupun menggunakan surah-surah panjang tidak terasa,tiba-tiba sahaja telah sampai ke witir..

Oh telah sembilan hari Ramadan rupanya......malam tadi makbonda berjemaah terawikh bersama emak,dirumah emak......bapak uzur,tidak mampu ke masjid........Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.



6 ulasan:

  1. Salam makbonda,
    Beruntungnya Lek musalmah. Moga hatinya subur dan gembira selalu hendaknya... Ada masa bertarawikh bersama ahli keluarga, mmg terasa dekatnya. saya juga pernah, ms saya tak sihat, dan hubby mahu temankan saya terawikh di rumah.

    BalasPadam
  2. Kelmarin tiny baca entry mak bonda ni..
    terharu hingga tiny sendiri menitiskan airmata..

    ...semalam semasa solat tarawikh, tiba2 gambaran kisah ini hadir seperti wayang gambar dlm minda tiny.. esakan ditahan agar tidak menganggu jemaah kiri kanan.. hanya berjurai air mata laju membasahi telekung..

    ..sejurus selepas itu, ada satu bayangan (mungkin lebih kepada khayalan), membayangkan suara anak tiny si zaqwan itu yg sedang mengalunkan alunan surah pada rakaat tarawikh.. Allahu.. air mata dan esakan langsung tak dapat di tahan.. sendu menyelubungi jiwa.. sepanjang solat.. Astaghfirullahal 'azhiim (moga Allah ampunkan ketidak-khusyukan tiny dlm solat smlm.. huhuhu)..

    Tiny ingin merasai nikmat seperti itu kak.. seperti Lek Musalmah itu.. Diimami anak sendiri.. di masjid yang menjadi khariah kami.. Subhanallah.. sungguh hati ini teringin kak..
    Mempunyai anak yg padat dgn ilmu agama ~ hafazan quran dan hadis.. kerana si ibu ini, tidak punya itu semua.. :(

    BalasPadam
  3. salam kembali indah'

    Makbonda pun meremang bila beliau terasa suaminya seperti ada bersama. Mungkin jugakan,rohnya terasa kenyang bila anaknya bermunafaat.

    BalasPadam
  4. Tiny,

    Peluang kamu masih terbuka untuk menentukan arah kehidupan Zaqwan. Dia adalah evidence kamu semasa di lokasi pengadilan nanti.Insyaallah niat untuk itu akan mendapat perkenan Allah SWT. Biarlah anak-anak kita lebih baik dari kita.

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum Makbonda

    Semoga sihat dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna.

    Alhamdulillah tumpang gembira bila ada Imam Muda seperti Jijan anak makcik Musalamah.(Semoga kali ini kak tak silap lagi)

    Seronok bila ada imam muda menjadi imam dan menghafal surah yang panjang.

    Pada dua tahun kebelakangan kak werdah suka dengar terawih daripada masjid Wilayah Persekutuan melalui IKIM.FM, sambil ikut membaca,hanya sesekali dapat kesan kesilapan kerana melangkau ayat. Kak tak dapat berterawih di masjid sebab ada kekangan. Pada tahun ini ada beberapa hari sahaja kak mengikuti siaran langsung ni.

    Berkenaan pemergian suaminya tu, semoga beliau tabah.. tak salah kan? mengingat kenangan kita, cuma jangan sampai kita tak redha.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalamwarohmatulah kak Werdah.

    Apa Khabar?Insyaallah,betul,tidak ada kesilapan :)

    Memang seronok,seperti bertenaga. Saya masih diberi peluang untuk mudah ke masjid sebab jarak antara rumah dan masjid sepelaung sahaja.

    Semasa pulang dari masjid dengan berjalan kaki saya dapat menimati pemandangan dilangit yang bertaburan dengan planet dan bintang..... sunguuh indah.... Subhanallah.... sangat menginsafkan.Betapa besarnya yang menciptakannya.

    BalasPadam

Catatan Popular