Satu ketika dulu di sekolah makbonda menerima seorang guru lelaki yang berpindah dari sebuah sekolah di Perak,dari rekod yang dibawanya setelah 6 bulan disana. Dengar kata juga dalam masa 4 tahun entah beberapa sekolah beliau dipindahkan,tentu ada yang tidak kena......Berimejkan pakaian sunnah.......dan gemar berbincang mengenai ilmu Islam. Pada mulanya kami gembira menerima kedatanggannya sekurang-kurangnya terisi kekosongan rohani kami.Lama kelamaan terserlahlah bahawa apa yang di bawaan dan dihidangkan kepada kami lari dari garis agama,dan kemuncak pada keterselahanya ialah bila beliau bercerita mengenai pengalamannya beberapa kali telah bertemu Lailatul Qadar. Dengan menggunakan dalil bahawa sewaktu Lailatul Qadar air menjadi beku, beliau bercerita pada malam itu semasa berqiamullail dia meletakkan tangan didalam satu bejana,lalu beliau tertidur,bila terjaga dia tidak dapat mengangkat tangannya kerana airnya telah membeku.Dan bermacam kesah lagi. Masalahnya ada yang percaya. Kalaulah betul dia pernah berjumpa Laitul Qadar tentu punya akhlak yang baik,sedangkan dia masih menghisap paip dan sering tidak masuk kelas kerana leka bertelifon yang menurutnya pelanggan perbomohannya.Sememangnya begitua mudah dia dapat mengumpulkan pengikut,dan beberapa staf sekolah yang telah mula terpesona dengannya. Begitu mudahnya benda-benda sebegini mendapat tempat. Maka dalam masa 6 bulan dia telah mendapat arahan pindah ke sekolah lain pula.
“Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu beristihza’
(bersenda gurau atau bermain olok-olok)? Tidak usahlah kamu meminta
maaf. Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman”. [Surah
at-Taubah: 65-66 )
“Alangkah kejinya kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu. Mereka
tidaklah berkata sesuatu melainkan dusta semata-mata.” [Surah al-Kahf:
5].
Assalamualaikum Makbonda :)
BalasPadamPada pendapat peribadi saya, kalau seseorang itu bertemu dengan Lailatul qadar mereka tidak akan menyebar-nyebarkannya. Sebab itu rahsia dia dengan Allah.(melainkan golongan tertentu)
Betul kata Makbonda, mereka yang menemui Lailatul qadar pasti akan berperibadi mulia'
Wallahu A'lam
Salam. Tidak memadai dengan tindakan menukar. Kalau tidak berprestasi dan melanggar peraturan sekolah, orang seperti ini MESTI di ambil tindakan tatatertib. Saya dulu mengurus tatatertib semua guru. Sebelum itu semua rekod tegoran dan amaran dari pengetua mesti didokumentasikan. Amat mudah prosidurnya. Ini satu tanggongjawab ketua. Kalau tidak diambil tindakan dia rosak lagi merosakan. Maslahah guru-guru dan pelajar mesti diambil kira. Jangan ambil mudah hal-hal tatatertib. Dan jangan "pass the buck". Not Islamic.Nahi mungkar itu amat penting, bukan? Maaf.Masa saya kerja dulu, pengetua yang elak tanggong jawab, mereka sendiri boleh diambil tindakan tatatertib. Itu peraturan untuk menentukan pengurusan pendidikan cekap dan terjamin. Maaf sekali lagi.
BalasPadamAssalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamSetuju dengan dua-dua pendapat di atas.. pernah juga ambil tindakan kepada beberapa orang guru yang ada masalah disiplin dan seorang guru yang ada masalah mental (langsung tak dapat mengajardan selalu tinggalkan pelajar membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan peralatan elektrik dan hands tool tapi asyik ditukarkan je).. hingga ke sekolah yang kak bertugas, kak sebagai PK pada masa tu dan alhamdulillah pengetua pada masa tu mahu mendengar dan menyambung mengambil tindakan apabila kak bercuti belajar. Akhirnya walaupun kasihan dengan guru itu, dia diberhentikan.
Waalaikumussalamwarohmatullah
BalasPadamMemang selayaknyalah begitu kan Ros.Semoga dia mendapat hidaya. Mari kita merebuat peluang yang tinggal beberapa hari lagi.
Salam kembali Puan,
BalasPadamSemamngnya itu bukan berbentuk hukuman,tapi memberi peluang padanya untuk memberi mencari lebih banyak pengikut,dan kemana sahaja dia dihantar akan menimbulkan masalah kepada orang lain.
Saya pun tidak faham bagaimana bentuk penyelesaiannya pada individu seperti ini,selama yang saya nampak berterusan berkeadaan begitu,cukup bulan dapat gaji.
Wallahuaalam.
Waalaikumussalam warohmatullah
BalasPadamKak Werdah,
Biasanya mereka diberi jawatan sebagai guru luar kouta,datang ke sekolah tapi tak buat apa-apa,gaji dapat cuma tiada kenaikan....bagi saya itu satu pembaziran yang besar.
Terpulanglah pada pentadbir membuat penyelasaian.
betul mcm kata makbonda kepada Puan Ngasobah..
BalasPadamhukuman tu bukan hukuman bg dia, tapi dh jadi ruang dan peluang utk dia menambah pengikut..
andai satu sekolah dia dapat 5-10 org pengikut dlm masa 6 bulan.. setahun dia ada 10-20 pengikut.. 5 tahun?.. 50-100 pengikut dr 10 sekolah.. huish.. mau tak 'femes' dan bergayut di telefon je kerjanya.. profesion guru sekadar sandaran.. profesion 'bomoh kelentong' tu yg lebih diutamakan!.. nauzubillah..
Astaghfirullahalazim..ada juga guru macam ni..sangat menyedihkan..
BalasPadamTiny,
BalasPadamSemoga dia mendapat hidayah.
Teacher Basariah ,
BalasPadamMemang sedihkan?Berapa ramai lagi orang yang memohon jawatan itu,tapi dia yang telah mendapat membawa kerosakan pula.
Terimakasih atas kunjungan.