DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 7 Ogos 2011

Tadarus


Alhamdulillah program tadarus Muslimah di Masjid kampung Makbonda telah bermula Sabtu semalam setelah 6 hari Ramadahan…agak lewat kerena ustazah uzur.
Tidak mengapalah lewat yang penting berjalan. Tambahan lagi ustazah mengajar di sekolah jadi kesempatan hujung minggulah yang dapat digunakan.
Selama ini program tadarus yang dijalankan adalah dengan membuat kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi juzuk tertentu untuk di baca. Dalam setiap kumpulan ada 2 atau 3 orang ahli. Seorang membaca dan yang lain menyemak. Makbonda rasa ada sesuatu yang tidak puas hati dengan kaedah begini. Kalau dalam kumpulan tersebut ada yang ahli sedikit hukum-hakam tajuwid tidak lah menjadi hal,bagaimana pula jika kesemuanya tidak punya ,tidak ada pembetulan dalam bacaan, akibatnya kesalahan yang sama berulang-ulang walaupun telah beberapa tahun,berulangkali mengikut program tadarus. Kesalahan-kesalahan dari segi panjang pendek bacaan serta penggunaan makhraj sering diabaikan tanpa pembetulan,sehingga boleh mengubah maksud ayat. Pernah juga dicadangkan agar pastikan setiap kumpulan ada seorang yang sedikit betul bacaannya,tapi masing masing mahu dengan kawan-kawan rapat sendiri.
Pada ketika itu tiada ustazah yang mahir untuk memimpin program,paling ada pun ustazah yang pernah masuk pertandingan tilawah wanita. Bertadarus semata-mata membaca Quran sehingga khatam dalam masa setengahari,dan terus buat acara khatam Quran,sambil ada pula bunga-bunga telur. Makonda pun hairan apa kaitan khatam dengan bunga telur.Bukankah maksud tadarus itu sendiri ialah yang mempelajari, meneliti, menelaah, mengkaji dan mengambil pelajaran.Tapi atas tanggungjawab untuk turut serta dalam masyarakat,ikut sahajalah,dengan harapan sedikit demi sedikit dapat menyuntik untuk membetulkan cara.

Alhamdulillah,kali ini Allah turunkan kepada kami  kepimpinan seorang uztazah yang betul-betul ahli,Berpendidikan tinggi dan sangat mahir dalam hukum bacaan juga tafsir. Kaedah tadarus telah di ubah. Bertadarus Quran bukan untuk khatam tapi untuk mendapat keberkatan dan kerahmatan Alquran. Tidak guna membaca dan khatam berulangkali tapi ayat-ayat Allah itu tidak menyentuh hati pun.Tidak ada kumpulan-kumpulan,membaca secara bergilir dan semua menyemak sama. Sudah pastilah segala kesalahan dapat dikesan dan dibuat pembetulan. Dalam masa 2 jam hanya dapat menghabiskan 2 juzuk. Tidak mengapa tapi Kualiti bacaan dapat ditingkatkan. Selepas habis ustazah mengulas bacaan dan memberi ingatan bahawa dengan kesalahan baris satu huruf adakalanya mengubah makna. Ustazah juga memilih beberapa ayat untuk di tafsirkan. Ya cukup berkesan…peserta tadarus sangat teruja…barulah bacaan AlQuran dapat menyentuh jiwa………..walau pun bilangan peserta agak berkurang di bandingkan dengan kumpulan yang menjalankan kaedah lama. Masih ada kelompok yang tidak bersetuju dengan kaedah yang ini,bagi mereka lambat dan mereka punya banyak kerja lain yang mahu diselesaikan. Tidak mengapa biar kita dalam kumpulan yang sedikit tapi berkualiti

Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .(QS. Al-A’rah: 204)  

“Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud) 

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Qur'an dan mengajarkannya kepada orang lain”.(Bukhari no : 4739).

    Selamat bertadarus :)

    BalasPadam
  2. Rasa macam nak pindah duduk di kariah Mak Bonda...untuk menyertai makcik-makcik dan kakak-kakak itu.Tak dapat diperolehi dari kejiranan di sini...

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalamwarohmatullah,
    Ros,
    Bila tiba giliran ustazah membaca,makbonda cemburu.Dia membaca penuh penghayatan,dia tahu makna ayat.Sedangkan Makbonda bergantung pada tafsir.Kita mendengarpun tersentuh hati.

    Sesungguhnya Makbonda adalah tergolong dalam golongan yang rugi. Astaghfirullahaladhim.

    BalasPadam
  4. ckLah.

    Marilah,sebelah ni masih ada ruangan kosong,muat-muat rumah di taman Riduan tu di angkat dan letak disini,kita suruh tentera Nabi Sulaiman.:))

    Dah susun tarikh ke nak beriftar disini?

    BalasPadam
  5. Salam makbonda,
    Tahun lepas, ada imam kat sijangkang buat cara mcm ni. Dia membaca, dan semua anak murid ikut ramai-ramai. Dia buat sampia habis 30 juzuk. Imam ni siap ceritakan ringkasan tafsir surah. Pernah sekali je ikut mertua pegi. Mmg bagus cara macam ni.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum makbonda..

    sungguh la.. teringin jugak nak berjiran dgn makbonda.. dan menjadi ahli kariah yg begitu.. kat rumah tiny ada, tapi tiny pulak yg tak dpt 'mengizinkan' diri.. (sbb kerja ~ alasan kan!! huhuhu).

    .. sungguh tiny berazam utk mempelajari bahasa arab!. supaya dapat lebih menghayati makna bacaan..

    .. turut ingin memasuki semula kelas bacaan Al-Quran, utk memantapkan semula tajwid, makhraj, sifat huruf malah sebutan huruf juga..

    .. sedih rasanya sbb membiarkan ilmu itu larut sedikit demi sedikit!.. nak kena perbetulkan semula.. malu dan takut nk ajar anak2.. bimbang si ibu sendiri asyik LUPA dan SALAH!..
    huhuhu..

    BalasPadam
  7. Salam kembali indah,

    Bagus juga kaedah begitu,bolehlah dicadangkan untuk Ramadhan akan datang?

    sijangkang dimana? Bapak pernah ajak makbonda jejak kawan lama di sijangkang,kalau tak silap batu 7.Anaknya ramai tapi tiada seorang pun di rumah.

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam warohmatullah Tiny,

    mari kita berazam untuk itu.

    Seboleh-bolehnya,biarlah pencapaian anak lebih dari kedua ibubapanya dalam ilmu alQuran,tapi malangnya makbonda tidak dapat mewarisi ilmu alQuran Bapak,....sedih.....,bagaimana mahu mewariskan pada anak-anak pula?.....

    BalasPadam

Catatan Popular